Sejarah kejatuhan Turki Othmaniah... antara penyebabnya ialah hutang yg terlalu banyak dan terlalu boros dan terlalu bergantung kepada ekonomi barat !
WANITA JUGA menjadi salah satu puncanya !
Sultan ‘Abdul ‘Aziz merupakan seorang pengaggung Barat yang boros dan banyak menghabiskan harta negara, meskipun baginda sendiri adalah pengamal tariqat sehingga Daulah “Uthmaniyyah diisytiharkan muflis.
Pada waktu itu, hutang negara mencecah 6 225 000 000 franc. Baginda banyak berhutang pada pihak pemodal dan tokoh bank dari Britain dan Perancis.
Ini telah meletakkan Daulah ‘Uthmaniyyah telah bergantungan kepada Barat dalam aspek ekonomi dan semakin mudah untuk terus dicengkam. Malangnya, teras ekonomi adalah RIBA!! Selain itu, baginda menghabiskan wangnya dengan berfoya-foya.
Baginda terlalu gilakan seorang jariyah yang berbangsa Circassia (berkulit putih dan cantik) yang bernama Mihri Hanoum, telah memberikan hadiah sebanyak 1 JUTA POUND kepadanya sebagai upah hanya untuk menemainya dan berhibur! Akibat perangainya yang jijik ini, baginda terpaksa digulingkan berdasarkan fatwa yang dikeluarkan oleh seorang syeikh al-Islam (Mufti) pada ketika itu.
Sejarah kejatuhan Turki Othmaniah yg boleh kita buat pengajaran.....
Banyak penyakit yg menimpa pemimpin dan pembesar di akhir hayat pemerintahan berkhalifah...
Satu lagi penyakit yang timbul akibat daripada kepimpinan yang lemah ialah meningkatnya campur tangan pihak harem (permaisuri, bonda sultan atau gundik kesayangan sultan)dalam hal ehawal pentadbiran negara. Apakah harem ini sebenarnya? Pada dasarnya, istilah harem ini merujuk kepada bahagian atau sebahagian daripada rumah yang dikhaskan untukm kediaman wanita, dan lelaki, selain si suami, tidak dibenarkan untuk memasuki kawasan ini kerana menjaga tuntutan Syara’.
Pada dasarnya ia tidaklah salah. Tetapi sikap manusia yang berlebih-lebihan seperti dalam Daulah ‘Uthmaniyyah telah menimbulkan musibah yang besar bagi umat Islam. Amalan menyediakan harem yang dibekalkan dengan segala persiapan yang mewah, termasuk tempat mandi yang besar, tempat urut dan perabut yang mewah serta taman-taman menimbulkan masalah apatah lagi bila ia dijadikan kediaman Sultanah dan para gundik untuk berhibur semata.
Islam tidak mengharamkan poligami, malah mengharuskannya bagi yang berkemampuan. Seorang Muslim jika perlu dan sanggup dibenarkan untuk mempunyai 4 orang isteri sahaja. Namun, disini amalannya sudah melampaui batas sehingga menimbulkan kegoncangan nafsu yang tidak terperi. Beratus-ratus orang gundik yang cantik dari pelbagai bangsa termasuklah Eropah, disediakan sehinggalah sultan menjadi lalai berhibur, mengabaikan tanggungjawab memerintah dan menjaga kebajikan rakyat bahkan mendedahkan keselamatan negara kepada pihak musuh. Tidak kurang jua pihak atasan, iaitu PM dan pegawai-pegawai istana lain turut terlibat sama dalam hal ini.
Amalan mewujudkan harem ini telah wujud di rantau Asia Barat dan timur Jauh sejak zaman dahulu lagi. Dinasti ‘Uthmaniyyah hanya meminjam dan menggunakan sistem ini daripada amalan pihak Byzantine.
Dalam sesebuah harem yang menjadi bahagian penting istana itu, bukan sultan yang mentadbir dan megawalnya. Tumpuan segala kuasa berada di tangan bonda sultan (walide Sultan) yang menguruskan keluarganya sendiri, iaitu para isteri raja termasuk Permaisuru pertama (Sultanah Pertama) , para gundik dan putera-putera diraja. Ringkasnya, sebuah harem ini merupakan satu institusi lengkap dengan susuna darjatnya (hierarchy) bagi setiap wanita yang mempunyai tugasnya mengikut umur, status dan kemampuan ilmu yang diperolehinya. Ia seperti jua sebuah kerajaan, tetapi di sini adalah para wanita yang berkuasa.
Meskipun, kuasa bonda sultan itu adalah mutlak, tapi terkadang berlaku jua pergeseran antara mentua-mentua atau sesama dua, tiga atau empat sultanah yang sehingga menimbulkan keributan yang melibatkan secara langsung pegawai-pegawai pentadbiran istana dan tentera dan seterusnya mengancam dan melemahkan negara.
Apabila perebutan kuasa berlaku, sultan yang memerintah menjadi cagaran dan seterusnya negara itu menjadi cagaran dan umat Islam secara tidak langsung. Selain daripada petugas wanita yang disebutkan ini, dalam harem jua terdapat sida (eunuch) yang dikasi supaya mereka hanya bertugas dan menjaga keselamatan dan ketenteraman para harem, menjaga wanita milik para sultan yang merupakan harta yang paling mahal bagi sultan.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej