Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, October 10, 2014

Usaha Anwar Menguasai UMNO dan PAS

  • Anwar keluar meninggalkan jawatan Presiden ABIM dan meninggalkan usrah PAS (terdiri dari arwah Ustaz Fadhil Nor dan TG Haji Hadi, Sidiq Fadil dll) untuk menyertai UMNO 1983 setelah berjaya dipujuk oleh Mahathir dan Prof Ismail Faruqi. Akibatnya Gerakan Islam di kampus dalam negeri dan luar negeri pecah berkecai pada ketika itu. Kemudian ABIM turut sama mendapat tempat dalam UMNO. Di kampus dalam negara, kumpulan ATMA (UKM) pecah, Markas Islam (ITM) pecah, dan pro-Islam di UM, UTM, dan UTM juga pecah. 

    Di luar negara, kumpulan mahasiswa Malaysia MISG (USA) dan IRC (UK) dan IRC (Timur Tengah) juga berpecah, tapi yang sokong Anwar masuk UMNO masih 50-50. Suara Islam (Islamic Voice) di UK tidak begitu popular dalam kalangan pelajar Malasyai, tetapi Khalid Samad yang popular dalam IV itu tidak setuju dengan Anwar dan bila balik ke Malaysia masuk PAS. Pun begitu hubungan akrab KS dengan pimpinan IRC (Dr Dzul, Shaari Sungip) adalah hubungan sentimental hingga hari ini.

    Apabila PAS berjaya ambil alih Kelantan semula 1990, MISG, IRC, ABIM bergabung dan berdiri dibelakang Anwar untuk mendapatkan semula Kelantan disamping membawa imej da pengaruh Islam dalam UMNO Lalu JIM yang ditubuhkan di Malaysia pada tahun 1990 oleh Shaari Sungip untuk mengumpulkan bekas ahli MISG dan IRC dan mengarahkan ahlinya menyertai UMNO bagi membantu Anwar merampas semula Kelantan dari PAS dan bersiap sedia menobat Anwar menjadi PM dan Presiden UMNO selepas 1995.

    Nama Dr Fuad Zakarshi (MISG), Dr Rahim Ghouse (MISG), Dr Dzulkifli Ahmad (IRC), Dr Wan Hasni (MISG), Dr Syed Azman (MISG), dan Shaari Sungip (IRC) adalah mereka yg menjadi jambatan luar dan dalam UMNO dan PAS bagi membantu Anwar. Mereka kini berada dalam parti berbeza UMNO, PAS, dan PKR tetapi hubungan rangkaian mereka dalam menjayakan rancangan Anwar untuk kuasai semua parti Melayu-Islam dan untuk menjadi PM masih berterusan. 

    Malang tidak berbau apabila ekonomi dunia meleset 1997, dan apabila Tun M tidak jadi letak jawatan PM selepas menangis di Persidangan Agung UMNO, Tun M menghidu perancangan Anwar. Info dalam circle Anwar dibocorkan oleh Azmin yang ditanam oleh Tun M sebagai pembantu Anwar sejak 1988 lagi.

    Lalu Anwar ditendang keluar dari UMNO bukan sahaja kerana grand design yang diketahui oleh Tun M tetapi kerana Anwar enggan luluskan pelbagai tender dan projek kerajaan yang melibatkan kroni UMNO termasuk keluarga Tun M. Lantas pada tahun 1998, Anwar disepak keluar dari peluang untuk jadi PM menjadi fatamorgana. Ketika itu ahli IRC--JIM pecah, ABIM pecah. MISG pecah. Ada yang diarahkan masuk PAS, masuk PKN kemudian PKR dan ada yang diarah duduk dalam UMNO sehingga sekarang termasuk Zahid Hamidi dll. 

    Dibelakang mereka ini iaitu Dr Fuad Zakarshi, Dr Rahim Ghouse, Dr Dzulkifli Ahmad, Dr Wan Hasni, Dr Syed Azman, dan Shaari Sungip , berhimpun pengikut IRC, MISG, dan ABIM. Merekakini berada dalam tiga parti UMNO, PAS, dan PKR.

    Apakah salah Anwar menjad PM? TIDAK SALAH tetapi janganlah kerana matlamat itu, maka para ulamak dalam PAS, ahli PAS dan PAS sendiri diperangkap, dihina, diperlekeh, dan dijadikan alat oleh Anwariyun (pengikut setia Anwar) untuk mencapai matlamat mereka. Orang-orang PAS lebih rela melihat lebih puak2 Anwariyun keluar PAS dan masuk PKR sahaja dan tidak bertopengkan PAS dan Islam kerana sikap itu adalah sikap hipokrasi yang jijik dan jelek

    Nanti sambung.lagi......tapi lihat dulu satu halaman dokumen JIM (kini pecah dua jadi IKRAM dan ISMA) yang membuat grand design berkenaan


  • ORANG PAS Mula Dedah Hubungan PARASIT Dalam PAS Dengan Pemimpin UMNO dan PKR Untuk Naikkan Anwar Ibrahim

    Ramai orang PAS yang sedar, terutama sekali yang pernah terlibat dalam aktiviti politik sekitar tahun 1990, bahawa kemelut yang sedang melanda Sel
    angor sekarang merupakan antara intipati dalam Grand Design Anwar Ibrahim pada tahun 1990 yang mahu menguasai UMNO dan PAS. 

    Pada ketika itu, Anwar Ibrahim masih lagi berada dalam UMNO dan merupakan antara pemimpin tertinggi UMNO serta Menteri Kabinet yang sangat berkuasa sehingga menimbulkan kebimbangan bahawa jawatan Perdana Menteri yang akan diserahkan kepadanya kelak oleh Dr. Mahathir, akan menyebabkan negara menjadi lintang pukang.

    Untuk itu, Anwar Ibrahim mula mengatur orang-orangnya. Dokumen 1990 ini merupakan blue print dan grand design untuk para penyokongnya merancang serta menguasai UMNO dan PAS selepas PAS berjaya merampas Kelantan pada tahun 1990. Dan walaupun Anwar Ibrahim telah ditendang keluar dari UMNO dan dipecat daripada jawatan Kabinet, perancangan ini berterusan memandangkan para penyokongnya di dalam UMNO dan PAS bersiap sedia melaksanakan perancangan yang telah dibuat dengan rapi. 

    Di dalam PAS, golongan yang dikenali sebagai Anwarinas atau kalangan PAS menggelarkan mereka sebagai PARASIT, muncul serentak antara 10 Ogos sehingga 17 Ogos 2014. Dan kalau diperhatikan secara teliti dalam kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor, antara 2 Ogos sehinga 20 Ogos, inilah muka-muka yang bersuara menyalahkan PAS, mengkritik Presiden PAS dan menyerang orang PAS yang mengkritik Anwar Ibrahim seperti Dr. Zuhdi.

    Dan kesemua mereka merupakan pemimpin dan AJK PAS Pusat!

    Mereka adalah:

    1. Dr Dzulkifli Ahmad, pemimpin IRC UK
    2. Shaari Sungip, pemimpin IRC UK, mantan Presiden JIM 
    3. Dr Syed Azman Syed Ahmad, MISG USA
    4. Dr Mujahid Yusuf Rawa IRC Mesir
    5. Khalid Samad, Suara Islam, Ummah Centric
    6. Kamaruddin Jaafar, ABIM 
    7. Dr Hatta Ramli, MCKK 
    8. Husam Musa, UM 

    Siapa rakan-rakan mereka dalam UMNO?

    1. Dr Fuad Zakarshi MISG USA
    2. Dato' Zahid Hamidi ABIM
    3. Dr Wan Hasni ABRAR MISG USA
    4......ada lagi, kita akan senaraikan nanti

    Siapa rakan-rakan mereka dalam PKR?

    1. Sahri Bahari MISG USA
    2. Azman Hussin MISG USA
    3. Dr Mohd Nor Manuty, MISG USA
    4. Dr Rozhan MISG USA
    5. Idrus Wan Chik MISG USA
    6. Dr Rahim Ghouse ABRAR MISG USA

    Siapa Murabbi mereka? Kalau mereka pernah menjadi anak didik Ustaz Alias Othman dan Ustaz Zawawi Ali, sama ada semasa belajar di luar negara atau dalam negara, maka kita akan nampak hubungkait mereka semua. Mereka berada dalam PAS tetapi ada hubungan dengan rakan sejati dalam PKR dan UMNO dan sentiasa memikirkan bagaimana mereka boleh menguasai PAS dan UMNO selain membantu Anwar dalam apa keadaan sekali pun.

    Ustaz Alias Othman dan Ustaz Zawawi Ali adalah dua murabbi yang sentiasa dijemput dalam program IRC, ABIM, dan MISG di dalam dan luar negara. Mereka mempunyai hubungan dengan murabbi Ikhwan Alami (yang berasal dari Ikhwanul Muslimin) di luar negara sama ada di USA, EROPAH dan Timur Tengah dalam rangkaian WAMY, IFSO, IIIT (Triple IT), ABRAR, dan Saar Foundation yang mana semuanya melibatkan kepentingan Anwar. 

    Justeru, apa pula peranan DAP dalam perancangan besar ini?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej