Dalam Islam, kita tidak digalakkan melayan orang jahil atau orang yang degil & sombong dalam berdebat atau berbincang kerana dia tidak membawa sebarang faedah. Saya tertarik kata-kata Bernard Shaw: "I learned long ago never to wrestle with a pig, you get dirty, and besides the pig likes it". Ia sangat tepat berdasarkan firman Allah swt :
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي
الْجَاهِلِينَ
Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang
tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: "Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil" - Al-Qasas:55
Juga kata-kata Imam As-Syafie:
إذا نطق السفيه فلا تجبه ... فخير من إجابته السكوت
Ertinya : Apabila berkata kepadamu orang 'safih' (bodoh, provoke, emosi hingga hilang pertimbangan warasnya dan sepertinya) maka janganlah kamu menjawabnya...maka sebaik-baik jawapan kepadanya adalah senyap.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej