Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, December 31, 2014

Ramai yang tidak mengetahui rentetan perjuangan pas

Ramai yang tidak mengetahui rentetan perjuangan pas, sehingga timbu berbagai tomahan dan mehna. Tetapi pas tetap bertahan kenapa sila kaji sejarah PAS moga artikal ini boleh dijadikan sandaran hujah dan bermanafaat. 

PAS parti pertama yang menghantar wakil rakyat mewakili wadah Islam sebelum merdeka.Berlaku dengan kemenangan tunggal Haji Ahmad Tuan Hussein mengalahkan calon UMNO Haji Sulaiman Palestin di Kerian Perak. Itulah sejarah yang terlakar.

Permulaan kemenangan pembangkang dalam sejarah pilihanraya sebelum merdeka pada tahun 1955. Daripada kemenangan yang minima ia berkembang sebagaimana yang ada kini.

Meski pun di bawah tekanan penjajah British yang ketat, di bawah kuasa darurat, PAS masih mampu menang berhadapan dengan kemampuan yang sangat terbatas. Melawan dengan kekuatan penjajah British yang menyokong UMN0 dengan tegas. Seluruh pemimpin rakyat dijeblos ke kem-kem tahanan. Ahmad Boestaman, Haji Abu Bakar al Baqir ,Ishak Haji Muhammad ribuan para pejuang rakyat ditahan, dimasukkan ke kem-kem tahanan seluruh Malaya.

Tujuannya supaya seluruh kebangkitan yang mencabar kekuasaan British dilumpuhkan dan UMNO selamat. Tidak berhadapan dengan saingan yang kuat. Dalam suasana yang serba mencengkam di bawah undang-undang darurat pun PAS terus hidup berjaya memecah dominasi UMNO yang kuat.

British mengangkat UMNO sebagai wakilnya yang akan memerintah Malaya dengan segala persediaan. Perlembagaan disediakan , bendera dilakar, lagu kebangsaan ditemakan, kekuatan perisikan disediakan dan pentadbiran yang menjadi jentera kerajaan.

Sebagai jaminan supaya tidak kehilangan kuasa, British mempastikan akan masuk campur sekiranya andainya berlaku peralihan kuasa dalam masa 10 tahun, 1967-1967 . Tentera British diletakkan untuk mewaspadai keadaan. Tidak cukup dengan itu maka UMNO pun dibekali dengan bantuan logistik, propaganda, perisikan , media dan segalanya.

Pun dalam situasi serba kedaifan , PAS berkembang pesat dan mampu memecah kubu-kubu UMNO dengan semangat kesedaran Islam yang tulin. Hasilnya dalam masa 3 tahun kepemimpinan Dr Burhanuddin dan Zulkifli Muhammad PAS dapat menawan Kelantan dan Terengagnu daripada genggaman UMNO dalam PRU pertama selepas merdeka pada tahun 1959.

PAS telah mencipta sejarah demi sejarah sebagai pencabar UMNO yang paling dekat. Parti -parti lain yang mencabar UMNO dan mewakili suara rakyat ialah Parti Rakyat di bawah pimpinan Ahmad Boestamam dan Parti Negara di bawah pimpinan Datuk Onn. Mereka meraih kejayaan dengan memenangi beberapa kerusi .

Barisan Sosialis yang menggabungkan Parti Rakyat dan Parti Boroh telah menyapu bersih bandar-bandar utama dengan kemenangan gemilangan menguasai Majlis -majlis Perbandaran Kerajaan Tempatan. Majlis Perbandaran P.Pinang . Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka dan Kuantan diperintah oleh parti-parti pembangkang.

Barisan kepimpinan utama PAS, Parti Rakyat dan Parti Negara yang di hantar ke Parlimen telah menjadi pembangkang yang paling aktif dalam sesi perbahasan di Parlimen 1959-1964.

Maklumat perisikan British meramalkan jika kemaraan pembangkang tidak disekat Malaya akan jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU ke 2 pada tahun 1964. Singapura akan jatuh ke tangan Parti Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong dan Borneo Utara akan ditawan oleh Indonesia. Kepentingan British yang banyak akan terjejas di rantau ini
Bagaimana untuk menyekat kemaraan pembangkang pada tahun 1964 dan melumpuhkan keupayaan mereka untuk berkembang. Membunuh imej mereka sebagai pejuang rakyat dengan mentarbalikkannya untuk dianggap pengkhianat yang mesti dibasmi kerana menjadi musuh negara.

British juga berasa gusar dengan perkembangan di Brunei , Sabah dan Serawak. Takut-takut akan jatuh ke tangan Indonesia di bawah pimpinan Sukarno yang memang anti impiarealis.Tanda-tanda telah ada apabila Parti Rakyat Brunei menang besar dan parti itu mirip ke Indonesia di bawah pimpinan HM Azhari .

British perlu menyelamatkan kepentingan petroleum di Serawak dan Brunei serta pelaburannya yang banyak di Malaya dan Singapura. Bagaimana menyelamatkan parti-parti yang didokongnya di Malaya dan Singapura supaya terus menang dengan gemilang untuk memimpin kerajaan. UMNO mesti terus berkuasa di Malaya dan PAP Petir pimpinan Lee Kuan Yew di Singapura

Rangka rancangan yang besar untuk menyelamatkan keadaan ialah menerusi GAGASAN MALAYSIA. Gagasan Malaysia telah dirancang sejak tahun 1937 oleh Profesor Rupert Emerson sebagai usaha menggagalkan rancanagn Melayu Raya atau Indonesia yang ingin menyatukan bangsa Melayu dalam satu negara bangsa yang besar di alam Melayu.

Pada tahun yang sama (1937) parti politik Melayu yang pertama telah ditubuhkan dengan nama KMM Kesatuan Melayu Muda atau Kesatuan Melayu Merdeka menurut pengasasnya Ibrahim Yaakub dan Mustafa Hussein. KMM mempunyai gagasan untuk menyatukan Malaya dengan Indonesia di bawah gagasan Melayu Raya atau Indonesia Rakyat.Sukarno mengusulkan nama baru Mafilindo iaitu gabungan Malaya, Filipina dan Indonesia.

Dalam situasi inilah pilihanraya Kedua 1964 diadakan. Para pemimpin utama pembangkang sekali lagi ditangkap dengan menggunakan undang-undang baru tahan tanpa bicara ISA Alat UMNO ketika terdesak untuk membunuh kemaraan pemimpin yang membahayakan kestabilannya.

Dr Burhanuddin di tahan di bawah ISA, Ahmad Boestamam ditangkap semula, Ishak Hj Muhammad dipenjarakan dan ramai lagi yang menjadi mangsa. Politik ketakutan disebarluaskan untuk menyekat kebangkitan dan kemaraan pemimpin yang berjiwa rakyat .

Isu yang dipergunakan ialah KESELAMATAN NEGARA, MEDIA DIKAWAL DAN HANYA SATU SUARA DIBENARKAN IAITU KE ARAH MENYOKONG KERAJAAN SECARA TOTOK DAN MELULUAMAT PELIK .

PROPAGANDA UNTUK MELATAM DAN MEMPERBURUKKAN PEMBANGKANG DISAHKAN DALAM NEGARA YANG MENGAMALKAN DEMOKRASI. RAKYAT DILATU BAHAWA PEMBANGKANG JAHAT DAN KHIANAT.

SEGALA KEGAGALAN KERAJAAN DARI SEGI EKONOMI DAN SOSIAL DISOROK. MEMBONGKARNYA ADALAH SATU JENAYAH DAN BOLEH DITAHAN TANPA BICARA. SUASANA KETAKUTAN DISEBARKAN SELUAS-LUASNYA.

LOGIKKAH DALAM NEGARA MERDEKA PEMBANGKANG DIHUKUM MUSUH NEGARA. KEBEBASAN BERSUARA DIMUSNAHKAN DAN RAKYAT DIPAKSA SECARA PSIKOLOGI UNTUK MENERIMA APA YANG DISOGOKKAN ADALAH BENAR MENERUSI MEDIA RASMI YANG KONONNYA SAH DAN SAHIH. PEMBOHONGAN DAN FITNAH DIPERBOLEHKAN ATAS NAMA KESELAMATAN .

Pun begitu PAS masih menguasai Kelantan dan terus hidup berkembang walau ditekan dengan keras. Inilah kekuatan kental bagi parti yang tulin. Dalam suasana begitu PAS kehilangan beberapa orang pemimpin yang mati secara misteri. Allahyarham Zulkifli Muhammad terbunuh dalam tragedi kemalangan dijalan raya dan Abdul Samad Gol Ahmad Mianji mati di tangan pembunuh upahan dengan menggunakan kapak kecil. Pembunuhnya kabur , hilang begitu sahaja dan kesnya hanyut tanpa penyelesaian.

PAS sebagai parti yang berjiwa besar atas nama survival Melayu dan Islam telah bergabung dengan UMNO dalam politik baru BARISAN NASIONAL selepas peristiwa 13 Mei 1969. PAS sanggup melupakan segala pengalaman pahit dan getir berhadapan dengan musuh tradisi UMNO.

Namun UMNO apabila sudah pulih dan kuat daripada kekalahan dalam PRU ke 3 1969(pembangkang menang undi majoriti 55 peratus ) mula mengkhianati kerjasama.

Akhirnya PAS secara terpaksa tidak boleh lagi bersama BN. PAS tidak mempunyai pilihan lagi melainkan menarik diri daripada BN secara terhormat daripada ditendang keluar dengan hina. Pun begitu PAS yang hancur lebur bangun semula, membina kekuatan baru , basis yang kukuh dalam masa 12 tahun untuk merampas semula Kelantan pada tahun 1990 di bawah kepimpinan Tuan Gurun Nik Abdul Aziz

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej