Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, December 21, 2014

Hukuman Islam VS Hukuman Civil

Hukuman Islam VS Hukuman Civil


Perbezaan antara hukuman sebat dalam islam dengan hukuman sebat Civil:-
hudud
Hukuman Sebat Cara Islam
Dalam islam hukum sebat(had jilid) hanya dikenakan ke atas jenayah:
(a) Zina
Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali.
(b) Qazaf (Melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik)
Hukuman : sebat 80 kali
(c)Minum arak
Hukuman : sebat 40 kali
Sifat-Sifat Sebatan:
-Rotan yang digunakan tidak besar sehingga boleh mematahkan tulang
-Rotan yang digunakan tidak halus sehingga boleh melukakan
-Rotan yang digunakan tidak pecah-pecah
-Tukang sebat tidak boleh mengangkat tangan melebihi kepala sehingga kelihatan putih ketiaknya.Tujuan sebatan(hudud)bukan untuk membunuh atau membinasakan,tetapi untuk memberi keinsafan dan mencegah pasalah daripada melakukan kejahatan.
-Sebatan tersebut tidak sampai melukakan,mencederakan dan membinasakan tubuh pesalah
-Tidak boleh memukul kawasan kepala,muka,kemaluan dan tempat-tempat yang boleh membawa maut seperti di perut
-Pukulan dikenakan ke atas beberapa tempat pada badan.Dilarang memukul pada tempat yang sama
Cara-Cara Pelaksanaan Hukum Sebat:
-Pesalah dalam keadaan sempurna berpakaian(tutup aurat).Tidak boleh(haram) menelanjangkan\menedahkan aurat pesalah sebagaimana hukuman rotan di dalam penjara sekarang ini.kecuali jika pesalah memakai pakaian tebal yang menghalangnya dari berasa sakit seperti pakaian musim sejuk,ketika itu pesalah hendaklah menukar pakaian tesebut kepada pakaian yang boleh menyebabkan dia berasa sakit
-Pesalah lelaki didalam keadaan berdiri manakala pesalah wanita dalam keadaan duduk
-Tidah boleh mengikat atau memegang pesalah
-Hukuman ini tidak boleh dijalankan pada masa pesalah sakit,dalam tempoh nifas,sedang hamil,pada hari terlalu panas atau terlalu sejuk.
-Bagi pesalah yang ditimpa sakit yang ada harapan untuk sembuh seperti demam atau sakit kepala,hendaklah dilewatkan hukuman sebat sehinggalah dia pulih dari sakitnya
-Bagi pesalah yang ditimpa penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh syarak memberi keringan kepada mereka dalam hukuman sebat.Dalam kes seperti ini hukuman akan terus dilaksanakan tetapi bukan dengan 100 sebatan(hukuman zina).Caranya adalah dengan kumpulkan seratus dahan\ranting pokok,ikat(jadikan satu),kemudian sebat pesalah hanya sekali sebatan..
sivil
Hukuman Sebat Cara Civil Di Malaysia
-Terdapat dua jenis rotan yang digunakan:
(a)Rotan jenis nipis:Digunakan untuk kes rasuah,kesalahan jenayah pecah amanah dan jenayah kolar putih.
(b)Rotan jenis tebal:Digunakan untuk jenayah sumpama kes rogol dan kekacauan seksual.
-Rotan jenis nipis tidak begitu merosakkan badan,akan tetapi ia lebih menyakitkan.
-Rotan tebal yang melebihi lima kali sebatan boleh mengakibatkan mati pucuk dan kematian rasa dari punggung ke bawah yang payah dipulih.
Oleh kerana kesan merotan yang begitu dashyat,undang-undang Malaysia mengecualikan kategori-kategori di bawah daripada hukuman tersebut:
1.Perempuan,kerana merotan boleh menjejas keupayaan beranak.
2.Lelaki berumur 50 tahun ke atas.
3.Orang yang disahkan tidak sihat oleh pegawai perubatan.
4.Orang gila.
-Jumlah rotan paling banyak yang boleh dikenakan ke atas seorang penjenayah mengikut undang-undang jenayah Malaysia ialah 24 rotan.
-Hukuman tidak diperlihatkan kepada orang ramai melainkan kepada mereka yang terlibat sahaja(Pegawai Penjara dan Pegawai Perubatan)
-Pengarah Penjara\Pegawai penjara akan membaca hukuman kepada pesalah,dan memintanya mengesahkan hukuman yang terbaca.Beliau juga akan bertanya pesalah tersebut adakah rayuan telah dibuat.Jika ya,hukuman merotan akan ditangguhkan sehingga keputusan rayuan diputuskan.
-Pesalah dalam keadaan telanjang selepas pemeriksaan perubatan dijalankan melainkan hanya dipakaikan sehelai apron yang diikat kepada pinggang.
-Sewaktu dirotan,tangan dan punggungnya diikat pada suatu rangka berbentuk “A”. Kepalanya diletakkan dibawah sebatang kayu melintang supaya badannya membongkok.
-Tukang sebat akan menghayunkan rotan kearah punggung pesalah dengan sekuatnya, seolah-olah pemain golf menghayunkan pemukul.
-Hukuman sebatan mesti dijalankan dalam satu sessi.Sekiranya pesalah itu pengsan,ataupun pegawai perubatan mengarahkan pelaksanaan hukuman diberhentikan kerana pesalah tidak boleh meneruskan lagi,pelaksanaan merotan akan ditamatkan. Suatu permohonan akan dibuat kemudian ke makhamah supaya baki rotan digantikan kepada hukuman pengurungan.Biasanya,setiap rotan disamakan dengan lima atau enam bulan pengurungan..
Sekarang ini anda nilai sendiri hukuman mana yang adil?hukuman mana yang zalim?HUKUMAN yang DICIPTA oleh ALLAH? atau Hukuman yang DICIPTA oleh MANUSIA?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej