Sedang mengaku salah pun Rasulullah masih beranggapan baik..
zaman skarang, fitnah bermaharajalela.. Yang terbukti tidak bersalah pun tetap dikenakan hukuman.. Zaman penipuan.. Yang jahat disanjung, yang baik dihukum..
Kes Zina Maiz bin Malik RA
Diriwayatkan bahawa Maiz RA pergi berjumpa Rasulullah SAW untuk membuat pengakuan (revelation). Maka setelah bertemu Nabi SAW, Maiz pun berkata:
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Kemudian Maiz RA bertanya buat kali kedua.
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling lagi sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Kemudian Maiz RA bertanya buat kali ketiga.
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Rasulullah SAW berpaling sambil tidak merespon apa kepada Maiz RA. Sebelum Maiz RA ingin bertanya Nabi SAW buat kali keempat, Saidina Abu Bakar RA telah menyuruhnya pulang. Namun Maiz RA tetap mahu meneruskan pertanyaan, seraya bertanya:
“Ya Rasulullah (SAW) sesungguhnya aku telah melakukan zina maka hukumilah aku”. Kemudian Rasulullah SAW berkata:
“Wahai Maiz, mungkinkah kamu hanya bercium sahaja?”
Jawap Maiz “Tidak ya Rasulullah, aku berzina”.
“Wahai Maiz, mungkinkah kamu hanya meraba sahaja?”
Jawap Maiz “Tidak ya Rasulullah, aku berzina”.
“Wahai Maiz, tahukah kamu apa erti Zina?”
Jawap Maiz, “Tahu ya Rasulullah”.( Zina dari segi fiqahnya dikira kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam kemaluan perempuan, ada pendapat mengatakan hanya apabila seluruh kepala ashafah [kepala kote la] di masukkan ke dalam kemaluan wanita barulah dikira berzina). Kemudian Rasulullah SAW bertanya lagi:
“Wahai Maiz, apakah kamu berada dalam keadaan gila ketika melakukan zina tersebut?”
Jawap Maiz RA “Tidak ya Rasulullah SAW saya berada di dalam keadaan waras”.
Kemudian Rasulullah SAW berkata: “Pulanglah kamu dan bertaubatlah, semoga Allah SWT mengampunkan kamu”. Motif Rasulullah SAW ini kerana disebabkan perbuatan tersebut hanya diketahui oleh beliau sendiri dan Allah SWT, bukan diketahui umum.
Namun Maiz RA tetap bertegas: “ Ya Rasulullah, selagi saya tidak dijatuhkan hukuman saya akan sentiasa berperasaan saya berdosa”.
Maka Nabi SAW pun mengarah Maiz RA direjam mengikut hukum Allah SWT. Ketika peristiwa rejam itu di lakukan, ada diantara sahabat yang mengutuk Maiz RA dengan kesalahannya, lantas Nabi SAW bersabda (Riwayat Ibnu Abbas RA):
“Janganlah kamu berkata yang demikian, ketahuilah bahawa aku Nampak Maiz berenang-renang di sebuah sungai di syurga”.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej