Ia amat menjengkelkan saya setiap kali saya mendengar 1MDB dikatakan sebagai "dana kekayaan negara" dan mengapa ia perlu ada apabila kita sudahpun ada Khazanah.
Mengikut definisi, dana kekayaan negara (sovereign wealth fund) adalah dana pelaburan milik negara DIBIAYAI oleh hasil daripada eksport komoditi atau daripada rizab pertukaran asing yang dipegang oleh bank pusat.
Benih wang 1MDB hanya RM1 juta oleh kerajaan dengan yang lainnya dipinjam (dengan sokongan kerajaan) - dan dengan definisi itu tadi saja 1MDB sudah BUKAN dana kekayaan negara.
Jika 1MDB menggunakan dana daripada rizab forex besar Malaysia kira-kira USD130 bilion dan tiada halangan untuk guna sepenuhnya, maka anda boleh mengatakan 1MDB sebagai dana kekayaan negara. Tetapi atas sebab-sebab yang disenaraikan di bawah, tiada wang Malaysia yang sedia ada telah digunakan.
1MDB mungkin lebih baik ditakrifkan sebagai "syarikat sepenuhnya milik negara untuk pembangunan strategik dan transformasi" - sama sekali bukan dipanggil dana kerana ia tidak melaburkan wang sesiapa.
1MDB menjalankan projek berwawasan jangka panjang yang strategik dan yang tiada pihak lain di Malaysia berada dalam kedudukan mampu membuatnya - projek seperti penyusunan semula keseluruhan industri IPP di Malaysia dan projek-projek seperti membangunkan TRX menjadi pusat kewangan Islam utama di dunia dan projek sokongan Bandar Malaysia yang berkaitan.
TNB tidak boleh melakukannya berdasarkan pinjaman sedia ada dan aliran tunai mereka serta hakikat bahawa ia adalah sebuah syarikat tersenarai yang menumpukan kepada pengagihan tenaga elektrik.
Khazanah tidak boleh melakukannya kerana saiz dana mereka tidak cukup besar dan ia tidak cukup tangan kerana sedang menguruskan banyak pelaburan sedia ada. Ia juga adalah tidak bijak meminta Khazanah untuk melakukannya kerana ia akan mendedahkan mereka kepada risiko jika ia mula meminjam kerana ia akan meletakkan dana kerajaan milik sepenuhnya yang sedia ada pada risiko.
Petronas, dengan tunai RM120 bilion mungkin boleh melakukan apa yang 1MDB lakukan tetapi jika Petronas lakukan, orang ramai tidak akan menyukainya kerana ia dilihat akan mengganggu Petronas, permata mahkota kita.
Projek-projek yang 1MDB lakukan adalah projek-projek infrastruktur jangka panjang yang memerlukan tempoh matang yang panjang - sebab mengapa 1MDB mengeluarkan bon 30 tahun. Ia adalah tidak realistik untuk mengharapkan 1MDB membuat keuntungan daripada hari pertama.
(By the way, apa yang dipanggil "klasifikasi semula NPL" (reclassification of NPL) sebenarnya salah kerana yang dipanggil NPL itu sebenarnya adalah "pembiayaan penyambung" (bridging finance) jangka pendek yang sepatutnya dibayar balik oleh penyenaraian 1MDB Tenaga yang ditangguhkan atas pelbagai sebab termasuk sentimen pasaran saham yang lemah pada masa kini. Tempoh kewangan ini telah dilanjutkan oleh bank dan tidak diklasifikasikan sebagai NPL)
*NPL : Non performing loan
Malah projek seperti lebuh raya NS, KLIA, Astro dan Maxis telah kehilangan wang pada tahun-tahun awal tapi menjadi sangat berjaya di kemudian hari.
Pada peringkat awal, projek-projek infrastruktur skala besar dan jangka panjang biasanya terbuka kepada serangan orang ramai kerana keraguan dan kurang pemahaman. Sebagai contoh, lebuh raya NS dan lapangan terbang KLIA telah diserang beberapa kali oleh pembangkang semasa tahun-tahun awal mereka tetapi kedua-duanya berhasil baik - begitu juga CyberJaya dan Putrajaya - semua projek-projek ini juga telah dibiayai oleh bon jangka panjang.
Saya percaya banyak kebimbangan yang diutarakan kepada 1MDB adalah disebabkan oleh usaha lemah yang kerajaan lakukan untuk menjelaskan apakah 1MDB dan apa yang ia ingin lakukan dan yang lebih penting, bagaimana rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada apa 1MDB lakukan.
Rakyat Malaysia biasa tidak memahami langsung tentang 1MDB!
Ini perlu berubah. Sila jangan bersembunyi di sebalik "tempoh tenang" atau di belakang polisi "tiada komen" mereka sepanjang beberapa tahun ini.
1MDB mestilah cepat menjawab dan membalas dengan cara yang amat mudah supaya orang biasa atau orang ramai boleh memahami. Boleh?
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej