Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 24, 2015

Lebih RM1.8 bilion dipindahkan antara akaun bank Jho Low, kata Sarawak Report

Lebih RM1.8 bilion dipindahkan antara akaun bank Jho Low, kata Sarawak Report
Akaun bank di bawah nama Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC) milik Low Taek Jho atau juga dikenali sebagai Jho Low, disenaraikan sebagai pemilik benefisial BSI Bank Limited di Singapura. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2015.
Good Star Limited, firma ahli perniagaan Low Taek Jho yang didakwa menyalurkan AS$ 700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2009, didapati memindahkan lebih AS$ 500 juta (RM1.8 bilion) kepada satu daripada akaun banknya di BSI Bank Limited di Singapura daripada 2011-2012, menurut laman web Sarawak Report, memetik dokumen daripada pihak berkuasa kewangan republik itu.
Akaun itu di bawah nama Abu Dhabi-Kuwait-Malaysia Investment Corporation (ADKMIC), di mana Low, juga dikenali sebagai Jho Low, disenaraikan sebagai pemilik benefisialnya.
ADKMIC adalah nama syarikat yang Low gunakan untuk menyamar pada Julai 2008, yang sebelum ini terlibat dalam pembelian 53% pegangan saham dalam Utama Banking Group (UBG), sebuah syarikat yang dikawal keluarga Tun Abdul Taib Mahmud, menurut laman web pemberi maklumat itu dalam laporan terbarunya.
"Terdapat juga maklumat yang didokumenkan menunjukkan AS$528,956.027 dibayar antara Jun 2011 dan September 2013 dari Zurich akaun Good Star Limited yang sama, ke akaun ADKMIC di Singapura, yang mana Low merupakan pemilik benefisial yang berdaftar," kata Sarawak Report.
Tujuh bayaran berasingan dibuat ke akaun ADKMIC Low, menurut rekod BSI yang diserahkan kepada pihak berkuasa Singapura, katanya.
ADKMIC akhirnya keluar dari UBG apabila bekas rakan kongsi usaha sama 1MDB, PetroSaudi International, menggunakan AS$260 juta daripada pinjaman Murabaha untuk membeli UBG menerusi anak syarikatnya, Jarvace Sdn Bhd, menurut laman web itu.
Ia menambah yang rekod BSI Bank menunjukkan Low menutup akaun ADKMIC pada 18 Februari 2014, hanya dua minggu selepas bayaran akhir daripada Good Star Limited.
AS$700 juta yang didakwa disalurkan kepada Good Star ialah daripada usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International yang kini berakhir, hasil perancangan Low.
Good Star Limited juga menerima tambahan AS$160 juta dari perjanjian Pinjaman Murabaha yang ditandatangani antara PetroSaudi dan 1MDB, yang juga didalangi Low, kata Sarawak Report.
"Terdapat dokumen memaklumkan sejumlah sekurang-kurangnya AS$860 juta dibayar dari 1MDB ke akaun RBH Coutts Zurich milik Good Star Limited antara September 2009 dan September 2010.
Pendedahan terkini laman itu susulan yang sebelum ini mengatakan 1MDB membentangkan penyata bank palsu kepada pelbagai pihak berkuasa mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Limited, di cawangan BSI di Singapura.
Menurut Putrajaya, BSI Bank di Singapura ialah tempat menyimpan sebahagian dana 1MDB yang dibawa pulang dari Kepulauan Cayman.
Tetapi, Sarawak Report berkata, sumber berasingan di Singapura memberitahu, "sebenarnya tidak ada wang tunai dalam akaun BSI 1MDB yang berkenaan, yang dibuka di bawah anak syarikat 1MDB, Brazen Sky Limited, hanya 'aset kertas' dengan nilai yang tidak dapat ditentukan."
Sehingga 31 Januari 2015, Bank BSI Singapura melaporkan 26 akaun aktif dimiliki secara benefisial oleh Low, mengandungi hampir AS$17.5 juta, kata Sarawak Report.
"Penemuan itu menimbulkan persoalan kritikal, berhubung status AS$1.103 bilion yang 1MDB dan Kementerian Kewangan kini dakwa berada dalam akaun yang berasingan di bank yang sama - wang yang kononnya diperolehi daripada perjanjian asal.
"Lagipun, jika begitu banyak wang yang mengalir keluar dari perjanjian melalui Good Star kepada Jho Low, bagaimana 1MDB berjaya mendapatkan kembali semuanya dengan faedah?
Sarawak Report berkata, seorang tokoh kanan di Bank BSI Singapura digantung bulan lalu, kemungkinan kerana siasatan ke atas 1MDB, dan mempersoalkan tiadanya reaksi dari pihak negara ini, walaupun pihak berkuasa kewangan Singapura sudah memberi maklumat kepada Malaysia.
Laman web itu juga berkata, difahamkan yang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor bertemu Low di Istanbul baru-baru ini, semasa singgah dalam perjalanan ke Kazakhstan. – 23 April, 2015.
Like · Comment · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej