Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, April 17, 2015

Mengejutkan! Wajah Wanita Islam Berusia 700 Tahun Masih Sempurna

Mengejutkan! Wajah Wanita Islam Berusia 700 Tahun Masih Sempurna
15/4/15
Terdapat satu laporan di mana ada penemuan mummia terbaru di China, yang secara kebetulan ditemui ketika pekerja sedang menggali untuk membangun jalan di China bahagian Timur.
Yang luar biasa adalah keadaan tubuh si mummia yang masih sangat baik dan utuh. Dikatakan dia milik pwanita pegawai tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Ia ditemui di kota Taizhou, Daerah Jiangsu.
Arkeologi Cina terkejut bagaimana utuh keadaan kulit, rambut, alis, dan wajah si wanita itu. Seakan-akan wanita ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Ia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.
Mummia tersebut ditemui di dalam keranda kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang dia pakai dan bagaimana kondisi dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu Cina. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh disebutkan mummia ini sangat lengkap dan baik.
Adakah dia seorang Islam? Kerana Dinasti Ming dikatakan sebuah kerajaan Islam? Adalah dipercayai bahawa Chu Yuan Chang, pendiri kerajaan Ming itu ialah seorang Islam. Baginda menggunakan gelaran Maharaja Hung Wu, seorang Islam dari keturunan Semu (semitik) yang telah datang ke China dalam zaman Yuan.
Permaisurinya iaitu Ratu Ma Hou jelas beragama Islam kerana baginda berasal daripada keluarga Ma di An Hui. Setelah menawan Nanking, Chu Yuan Chang telah mendirikan sebuah masjid jami’. Masjid ini dinamakan Masjid Chin Juieh yang bermaksud ‘Pencerahan Murni’. Bahkan baginda sendiri telah menulis sebuah sajak untuk diabadikan pada dinding masjid yang dibinanya itu.
Ibrahim Tien Ying Ma, bekas mufti Peking (Beijing) dan salah seorang pegawai Republik China sebelum China jatuh ke tangan Komunis pada tahun 1949, telah menyatakan bahawa Dinasti Ming itu memang sebuah kerajaan Islam. Beliau menjelaskan bahawa ‘Ming’ bermaksud ‘gilang-gemilang atau terang-benderang’.
Hal ini mengingatkan kita kepada kisah Rasulullah Saw ketika mula-mula sampai ke Yathrib pada tahun 622M. Baginda telah menukarkan nama kota itu kepada Madinah al-Munawarah atau ‘Kota yang gilang-gemilang dan bercahaya’.
Dinasti inilah masyhur dengan Laksamana muslim bernama Cheng Ho dan mengadakan perhubungan dengan kerajaan Melaka. Jadi adakah Mumia itu seorang wanita muslim? Begitukah rupa dan pakaian mereka 700 tahun lampau.
Sumber: vivaNews
Like · Comment · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej