Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 25, 2015

TERPANAS: PEMUDA UMNO DIDAKWA MAHU JATUHKAN NAJIB

TERPANAS: PEMUDA UMNO DIDAKWA MAHU JATUHKAN NAJIB
Laman pro-Umno dakwa ada bukti pimpinan Pemuda jatuhkan Najib
Laman MYKMU.net turut mencabar supaya laporan polis dibuat sekiranya lima pemimpin Pemuda iaitu Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bersama exco Pemuda Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz menafikan tuduhan itu.
Sebuah laman portal pro-Umno mendakwa memiliki bukti penglibatan lima pimpinan sayap Pemuda parti tersebut yang merancang menjatuhkan Presiden Datuk Seri Najib Razak, menggesa supaya perkara itu disiasat.
Laman MYKMU.net itu sebelum ini mendedahkan, Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun bersama exco Pemuda Arman Azha Abu Hanifah, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman dan Penolong Setiausaha Pemuda Barisan Nasional Datuk Mohamed Shafri Abd Aziz menghasut ketua Pemuda Umno Johor agar menentang kepimpinan Najib.
Bagaimanapun, perkara itu dinafikan seorang exco Pemuda Ibdillah Ishak dan Ketua Pemuda Johor Hahasrin Hashim semalam.
Mengulas penafian itu, pengarang MYKMU.net, menggunakan nama pena KuntaKinte Malaysia menulis di laman itu: "Sebenarnya MYKMU melihat salinan laporan yang akan dihantar kepada Perdana Menteri dan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mengesahkan laporan tersebut."
Laman tersebut juga mencabar supaya laporan polis dibuat sekiranya kelima-lima pemimpin Pemuda tersebut menafikan tuduhan itu
Like · Comment · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej