Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 9, 2016

Parti mana yg terbaik ?

Tadi selepas isyak, ada sahabat yg masih keliru nak pilih PAN atau PAS bertanyakan soalan kpd saya dan rakan rakan.

Saya kata kat dia... hang pilih lah yg mana terlebih dekat dengan dakwah dan islam....
Tak kan hang tak tahu ?

Yg jelas dasar dan  perjuangannya.
Yg ada ada ramai ulamak dlmnya
Yg ada ramai penuntut ilmu agama dalamnya

Hang pi la cari dan baca perlembagaan parti parti
Hang bandinglah perbezaan perlembagaan semua parti tuh
Hang tengoklah para pendakwah, para pengajar ilmu agama... depa sokong parti mana

Pasai apa sya kata cam tu .
Pasai kita dah janji dengan Tuhan kita selepas takbiratul ihram yg hidup mati kita, amalan kita, seruan kita dan perjuangan kita , kita nak ikut apa yg Allah dan Rasul minta. Kita nak amalkan kehidupan ini berlandaskan iman dan islam .

Setiap hari, selepas takbiratul ihram, kita baca... tapi tak mengerti betul betul apa makna dan apa maksud sebenar doa iftitah tersebut !

Kita kena faham yg itu adalah janji dan bai'ah kita di depan tuhan !
Itu adalah janji dan bai'ah !

Apa guna kita janji dan bai'ah tapi tak laksanakan ?
KITA BERBAI'AH DI DEPAN TUHAN !

Pasai apa dok keliru lagi ?
Ni bukan apa... ini kes hang dok dengar cakap cakap,  tohmahan dan berita yg bukan dari sumber asal !
Yakni dari sumber PAS sendiri !

Sya cuma nasihat saja, hang sendiri kena fikir !
Kalau hang dok asyik dengar cakap2, persepsi org... gosip2 .... sampai bila pun hang akan keliru !

Umpama org yg nak kenal islam, tapi dia asyik baca artikel, berita dan cakap2 musuh islam.... sampai bila pun dia tak akan dapat maklumat sebenar !

Mana ada musuh nak cakap dan komen baik baik terhadap musuhnya ?

Kalau hang dengar cakap org pkr, dah tentu depa cakap parti depa terbaik
Kalau hang dengar cakap org dap, dah tentu depa cakap parti depa terbaik
Kalau hang dengar cakap org pan, dah tentu depa cakap parti depa terbaik
Kalau hang dengar cakap org pas, dah tentu depa cakap parti depa terbaik

Laaa ni, hang nak terbaik dari sisi sapa ?
Terbaik dari manusia atau terbaik di sisi Allah dan Rasul.... ?

Hang kena ingat bai'ah yg hang baca 5 kali sehari yg sya sebut tadi !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej