Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, April 6, 2016

Raja Libya yang terakhir yang digulingkan oleh Muammar Gaddafi.

Beliau adalah al Malik al Amir as Sayyid as Syarif Muhammad Idris bin Muhammad al Mahdi as Sanusi al Hasani RA (1889-1983) atau dikenali Raja Idris. Beliau merupakan Raja Libya yang terakhir yang digulingkan oleh Muammar Gaddafi.

Ketika itu Raja Idris sedang berada Di Turki untuk menjalani Pembedahan Kakinya, kemudian tentera Libya yg di pimpin muammar gaddafi menurunkan takhta nya dengan cara merampas Kuasa. Ketika Beliau mendapat kabar Takhtanya sudah digulingkan, beliau berkata "sekiranya aku ke sana utk merampas takhta ku kembali, hanya akan menambahkan lagi kematian kaum muslimin, maka aku tak mau ini terjadi. Walaupun ikhwan sanusiyyah di libya lebih ramai, dan mampu untuk merampasnya kembali. Namun Raja Idris tidak mau mendapatkannya kembali. Kemudian Raja Idris hidup didalam buangan Di Greece, Kemudian beliau berpindah ke Mesir & Wafat Di Kaherah Tahun 1983.

Beliau bukan sekedar Raja, Bahkan seorang Ulama' yang mengamalkan ilmunya, bahkan beliau adalah pemimpin tariqah sufi, tariqah sanusiyyah. Beliau juga diantara guru dari Al Muhadith Haramain, Sayyid Muhammad Alawi al Maliki, yg begitu masyhur dan disegani kaum wahabiyyah di Bumi Hijjaz. Ketika Kerajaan Beliau digulingkan Oleh Muammar Ghadaffi, Kata Para Ulama', Allah ﷻ akan menghina muammar ghadaffi karena dia telah menggulingkan ahlul bait Rasulullah ﷺ .

Maka ini benar terjadi, diakhir kehidupan Muammar Ghadaffi, dia mati dalam keadaan kehinaan. Penghinaan kpd Allah dan Rasul yg dibuatnya di Khalayak ramai menjadikan dirinya hina sehina hinanya saat akhir hidupnya.

نفعنا الله به و بعلومه و اسراره ونفحاته وبركاته في الدارين آمين

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej