Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, April 2, 2016

Raja bayangan sultan

Benarkah Sultan Bayangan Allah? Ahmad Baei Jaafar Baru-baru ini saya ditanyakan tentang sebuah hadis yang menyebut Sultan bayangan Allah. Isu ini turut dibincangkan dalam fb dan blog tertentu. Ramai juga yang memberi komen mempertikaikan kesahihan hadis tersebut. Melihat pertikaian itu saya cuba merujuk kepada kitab-kitab hadis. Antara yang ditemui ialah riwayat dalam kitab al-Jami’ al-Saghir oleh al-Sayuti (meninggal 911H) yang menyebut: السلطان ظل الله في الأرض، فإذا دخل أحدكم بلدا ليس به سلطان فلا يقيمن به Maksudnya: “Al-Sultan bayangan Allah di bumi. Jika seseorang kamu memasuki sesuatu negeri yang tiada sultan padanya, janganlah dia tinggal dalamnya”. Sultan dalam riwayat ini merujukkan kepada pemimpin sesebuah negeri atau negara. Jadi, sultan termasuk presiden, gabenor, raja, perdana menteri, menteri besar dan ketua menteri.

Kesemua pemimpin itu menurut riwayat itu adalah bayangan Allah. Ada yang mempertikaikan riwayat itu dengan mengatakan bayangan Allah besar sangat, layakkah pemimpin sekarang menjadi bayangan Allah. “Bayang” biasanya terbentuk dengan adanya matahari, bulan atau lampu. Bayang sesuatu benda tidak sama dengan bentu tersebut tetapi kalau baying dalam cermin atau air ada persamaan.

Sungguhpun begitu bayang itu tetap tidak sama dengan yang original di segi kandungannya. Kalau begitu apakah maksud bayangan Allah? Sebelum menjawab persoalan itu kita fahami dulu maksud hadis di atas. Sebenarnya hadis berkenaan dengan bayangan Allah ini ada nilai sastera. Dalam ilmu balaqah hadis tersebut adalah termasuk “tasybih” yang dibuangkan adat (alat) tasybih. Sepatutnya hadis itu berbunyi yang maksudnya, “Sultan adalah seperti bayangan Allah”. Tasybih ialah umpama, maka setiap yang diumpamakan itu tidak merujuk kepada semua tetapi sebahagian sahaja. Barangkali tasybih ini sering kita guna dalam bahasa Melaya, sebagai contoh kita selalu berkata kepada seseorang yang bodoh, “kamu lembu”. Ayat ini bukan bermaksud kamu itu binatang lembu. Tetapi bermaksud, kamu seperti lembu. Apabila disebut seperti lembu, tentu kita faham bahawa orang yang dimaksudkan itu bukan berkaki empat, ada ekor dll. Tetapi maksud “seperti lembu” itu adalah di sudut sifat lembu yang bodoh, boleh ditarik hidung ke mana-mana. Begitulah yang sepatutnya kita faham dengan hadis di atas.

Seharusnya kita faham hadis di atas begini, sultan yang memerintah adalah seperti bayangan Allah di sudut menjalankan urusan pentadbiran negara. Maka sultan atau pemimpin mesti mentadbir dengan cekap dan bijak seperti pentadbiran Allah. Jika sultan seperti kedudukan di atas maka wajarlah mereka disanjungi dan dihormati. Sebaliknya jika sultan atau pemimpin zalim, tidak cekap, tidak amanah dia sudah mencabuli bayangan Allah. Maka mereka tidak wajar disanjungi. Seterusnya hadis itu diakhiri dengan amaran, jika seseorang masuk ke sebuah negeri yang tidak ada pemimpin diingatkan agar tidak tinggal dalam negeri tersebut. Larangan ini merujuk kepada negeri yang tidak ada pemimpin yang berjiwa bayangan Allah. Oleh sebab itu umat Islam harus bernaung di bawah pemimpin yang dimaksudkan di atas. Wallahu aklam.

http://baei.blogspot.my/2012/04/benarkah-sultan-bayangan-allah.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej