Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, April 14, 2016

Pendakwah kontroversi terkenal Dr Zakir Naik tidak layak untuk bercakap tentang agama Hindu kerana tidak mendalami ajaran itu ?

Pendakwah kontroversi terkenal Dr Zakir Naik tidak layak untuk bercakap tentang agama Hindu kerana tidak mendalami ajaran itu, kata Persatuan India Progresif Malaysia (MIPAS).

Presidennya, Rajarentinam Armuggan berkata, seorang sami Hindu misalnya perlu belajar dan mempraktikkan amalan Hinduisme selama tujuh tahun sebelum benar-benar layak bercakap soal agama berkenaan.

“Soalnya kalau dia (Zakir) bercakap benar (mengenai Hindu) tak apa tapi dia cakap tak benar. Dia bukan berkelulusan dari sekolah pondok agama Hindu, dia tak pernah belajar.

“Kalau nak jadi seorang yang mahir dalam agama dan ritual Hindu, kamu perlu tujuh tahun pengajian, saya ingat tujuh hari pun tidak dan bagaimana awak boleh anggap diri awak mahir dalam agama,” katanya kepada pemberita di Wisma MHS di Petaling Jaya.

Sebelum ini beberapa laporan polis dibuat terhadap syarahan Zakir dengan mendakwa pendakwah itu sering mengeluarkan kenyataan anti-Hindu dan memperlekehkan agama lain.

Rajarentinam berkata, sekiranya dirinya ingin bercakap soal agama Islam, beliau sendiri akan masuk Islam dan belajar dengan golongan yang bertauliah mengenai agama itu.

“Saya rasa kalau saya nak cakap pasal Islam saya kena pergi belajar, ada guru yang mengajar dan menjadi orang Islam dan bertauliah cakap pasal Islam,” tegasnya.

Sementara itu Rajarentinam berkata bekas pemimpin utama PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat lebih baik berbanding dengan Zakir.

Ia kerana, katanya, Nik Aziz merupakan tokoh ulama manakala Zakir pula hanya penceramah biasa.

“Saya boleh bandingkan dua tokoh Islam. Satu Nik Aziz dan satu Zakir, Zakir langsung tak layak sebab dia bukan ulama dia hanya penceramah biasa, jadi kenapa nak di agung-agungkan Zakir ni.

“Bila Zakir diagung-agungkan, dia jadi taksub, itu yang jadi bahaya tu. Jadi kita tak nak terus berlaku,” katanya.

Justeru beliau menggesa kerajaan berfikir secara matang dalam memberikan ruang untuk berceramah terhadap individu kontroversi seperti Zakir

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej