Mohamad Fadli
December 5, 2014
Kemungkinan Menteri Wilayah Persekutuan itu akan menukar nama Kuala Lumpur dengan alasan bandar raya ini bukan lagi kuala penuh lumpur.
PETALING JAYA: DAP menyindir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Tengku Mansor yang berkemungkinan menukar nama Kuala Lumpur berikutan alasannya menukar nama beberapa jalan kerana ‘tidak ada erti.’
Ahli Parlimen DAP dari Segambut, Lim Lip Eng mempersoalkan kemungkinan Menteri Wilayah Persekutuan itu akan menukar nama Kuala Lumpur dengan alasan bandar raya ini bukan lagi kuala penuh lumpur.
Beliau merujuk kenyataan Tengku Adnan yang dilapor media semalam bahawa nama jalan ditukar kerana tidak membawa apa-apa makna.
Jelas Lip Eng, beliau juga sepatutnya merafak sembah memohon ampun atas keterlanjuran timbalannya, Datuk M. Loga Balan dalam kenyataannya baru-baru ini.
Justeru itu, Lip Eng menyarankan Tengku Adnan dan seluruh kementeriannya kembali belajar dan membaca kitab Sejarah Melayu.
“Saya hanya perlu buat carian Google untuk mengetahui bahawa Mahameru besar ertinya bagi sejarah orang Melayu, tempat lahirnya keturunan Sang Nila Utama di Bukit Siguntang.
“Kalau malas baca Sejarah Melayu, di Wikipedia juga ada. Saya tidak percaya ada menteri yang tidak rajin membaca seperti ini,” ujarnya, memetik laporan Roketkini.com.
Majlis Raja-raja dalam kenyataan sebelum ini menegaskan, ia tidak pernah meminta untuk menukar nama-nama jalan utama di Kuala Lumpur
Bagaimanapun Loga Balan tidak meminta maaf kerana mengaitkan keputusan penukaran nama jalan tersebut dengan Raja-Raja Melayu.
Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan, lapan jalan di Kuala Lumpur ditukar adalah Jalan Ipoh, Jalan Khidmat Usaha dan Jalan Duta, yang dinamakan semula dengan mengambil nama Yang di-Pertuan Agong yang terdahulu.
Jalan Duta akan dikenali sebagai Jalan Tunku Abdul Halim manakala Jalan Khidmat Usaha akan ditukar nama kepada Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, sementara Jalan Ipoh, yang menghubungkan Jalan Segambut ke Jalan Pahang, dinamakan sebagai Jalan Sultan Azlan Shah.
Jalan-jalan lain iaitu Persiaran Duta kini akan dirujuk sebagai Persiaran Tuanku Syed Sirajuddin manakala Jalan Khidmat Setia dan Jalan Ibadah akan dikenali sebagai Jalan Sultan Mizan Zainal Abidin.
Lebuhraya Mahameru ditukar namanya kepada Lebuhraya Sultan Iskandar, Persiaran Mahameru kepada Persiaran Tuanku Ja’afar dan Jalan Semarak kepada Jalan Sultan Yahya Petra.
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2014/12/05/dap-sindir-ku-nan-tukar-nama-kuala-lumpur/

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej