Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, December 4, 2014

melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya

Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya orang mukmin apabila melakukan suatu dosa terbentuklah bintik hitam di dalam hatinya. Apabila dia bertaubat, kemudian menghentikan dosa-dosanya dan beristighfar, maka bersihlah daripadanya bintik hitam itu.

Dan apabila dia terus melakukan dosa bertambahlah bintik hitam pada hatinya sehingga tertutuplah seluruh hatinya, tidak dapat lagi menerima sebarang kebenaran. Tasauf mangajar bahawa hati punyai cermin luar dan cermin dalam, Manakala hati tempat menyimpan iman, makrifah dan taqwa. Sekiranya cermin menjadi kotor, maka segala ajaran, segala nasihat ayat alquran , hadis kan kata kata Ulama .. tidak dapat masuk ke dalam hati. Ia menjadi hijab kepada kebenaran.

Itulah karat yang disebut Allah di dalam kitabnya:

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِم مَّا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Sebenarnya! (Ayat-ayat Kami itu tidak ada cacatnya) bahkan mata hati mereka telah diselaputi kekotoran (dosa), dengan sebab (perbuatan kufur dan maksiat) yang mereka kerjakan.”
(Surah al- Mutaffifin 83 :14).




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej