
Mengungkit dengan bersyukur... dua benda yg sangat jauh beza maknanya !!!!
Org yg sering mengungkit (Seperti meminta rakyat berterima kasih dan minta rakyat menyokong kerana balas jasa).... segala pahalanya akan dihapuskan oleh Allah..... dan dia akan jadi org muflis di akhirat nanti.... Kita nak jadi pengikut org Muflis atau ingin jadi pengikut org org Soleh dan beriman ....? TERSERAH LAHHHH !
Berhati-hati Dengan Dosa Mengungkit Pemberian Kita Pada Orang
Mengungkit kembali pemberian kepada orang lain dengan harapan supaya dikenang jasa dan sumbangannya serta ingin menyakiti hati orang lain, perbuatannya ini dicela dalam Islam dan termasuk perbuatan orang munafiq :
Firman Allah Subhanahu wata'ala :
يا أيها الذين ءامنوا لا تُبطِلوا صدَقاتِكم بالمنِّ والأذَى كالذي يُنفِقُ مالُهُ رئآءَ الناسِ ولا يُؤمِنُ بالله واليومِ الآخرِ
(Ertinya : Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut nyebutnya dan menyakiti perasannya seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat - al Baqarah 264)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
ثلاثةٌ لا يُكَلِّمُهُم الله ولا يَنْظُرُث إليهم يومَ القيامةِ ولا يُزَكِّهِم ولهُم عذابٌ اليم : المُسبِلُ والمّنَّانُ والمُنفِقُ سِلْعَتَهُ بالحَلفِ الكاذِبِ
(Ertinya : Ada 3 golongan pada hari kiamat di mana Allah tidak berbicara, tidak melihat dan tidak pula menyucikan mereka, bahkan bagi mereka seksa yang pedih, iaitu orang yang melabuhkan sarungnya hingga ke tapak kaki, orang yang mengungkit-ungkit (pemberian) dan orang yang menawarkan dagangannya dengan sumpah palsu - Muslim)
Rasulullah sollahu alahi wasallam bersabda :
ثلاثةٌ لا يَدخُلُونَ الجنةَ : العَاْقُ لوالدَيهِ والمُدمِنُ الخمرُ والمَنَّانُ
Ertinya : Ada 3 golongan yang tidak masuk syurga, iaitu orang yang berani (derhaka) kepada orang tuanya, peminum arah dan orang yang mengungkit-ingkit (pemberiannya) - An Nasai)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej