***ingat orang PR takut ker??
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah.
Menurutnya, dia juga telah menjawab surat tuntutan (demand letter) yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.
“Saya telah menjawab surat tuntutan yang dihantar oleh Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor pada hari ini melalui peguam saya, YB N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.
“Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara,” katanya dalam satu kenyataan.
Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR turut menyatakan bahawa dia yakin mengenai kritikannya terhadap Datuk Seri Najib adalah betul.
“Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej