Tapi mereka ini buat kerja ... tak pernah ungkit... tak pernah penat......
Sepatutnya puak ni lahhhh yg layak memerintah negara !
Mohd Monier added 4 new photos.
Sekitar awal tahun 2012 kalau tak silap, itulah pertama kali team NGO Wargakilang yg base di Utara ini melebarkan sayap masuk ke negeri Kelantan.
Saya tak akan dpt lupakan kisah Pn Rahana anak 7, masuk kedai runcit minta nak beli beras 2 kilo sebab itu saja yg dia mampu. Poksu Aziz contact kami di situ bagitahu, dia yg kebetulan ada di kedai itu tak sampai hati terus bayar utk sekampit beras 10kg, minta tauke kedai bagi kat Pn Rahana.
Point nak habagnya, BERAS masih lagi menjadi isu no WAHID utk anak2 bangsa kita yg miskin di bawah sana.
(Pn Rahana dan anak2 serta suaminya yg sakit dementia/nyanyuk - dlm gambar no 1)
Dgn suami yg tak mmpu bekerja dan tanpa pendapatan tetap, sumber rezeki Pn Rahana bergantung pada simpati orang. Masak pula banyak bergantung kpd dapur kayu - lambang sebuah kemiskinan yg diwariskan.
Selepas prog JJMK tersebut, sahabat kami sdra Burhanuldin Mohammadberjaya mengusahakan bantuan bulanan daripada pihak berkenaan, kemudian disusuli dgn projek baik pulih rumah beliau oleh rkn2 NGO kami khususnya dari Kelantan.
Alhamdulillah, kami di Wargakilang rasa bangga dapat membantu keluarga miskin yg punya POTENSI besar ini.
Apa tidaknya, anak Pn Rahana yg sulung (tiada dlm gambar) dapat PMR 9A, masih terus cekal belajar wpun saban hari mengikut kata sdra Che Jaafar rkn kami di Kelantan, anak pompuan Pn Rahana ini waktu itu terpaksa berulang-alik naik basikal ke sekolah lebih kurang 10 km pergi balik, dan sudah menjadi kelaziman mereka adik beradik pergi sekolah tak bawa duit.
Begitulah cekalnya anak-anak org miskin mengharung hidup.
Pagi tadi, bila saya dapat wasap daripada Che Jaafar memaparkan sabuah lagi kisah kemiskinan di kawasan yg hampir sama, saya jadi terpana.
Kisah Mokcik Lela dan suami yg kedua-duanya kerja NGO noreh getah org berpendapatan kurang lebih RM400-500 sebulan, 3 orang anak sekolah, sambung jahit kaki seluar sekolah anaknya utk dipakai semula tahun depan mcm tak masuk dek akal - tapi inilah realiti.
Cuba tengok gambar Mokcik Lela (tudung biru) dan anak lelakinya ini.
Gambar mula - anaknya pakai seluar sekolah singkat.
Gambar seterusnya - seluar yg singkat itu dijahit kaki disambung bagi panjang.
Gambar terakhir - anaknya sudah bersedia masuk sekolah dengan seluar sekolah "Baru".
Seluar sekolah pun kena re-cycle, kena sambung jahit kaki, tak tahu nak kata apa dah la !!
Ada masa meh la join kami Jln2 Masuk Kg musim cuti sekolah JJMS di Kelantan pada tarikh 27 Dis nanti.
Agak2 tak ada kelapangan masa nak join kami, tapi berminat nak bagi sumbangan dlm bentuk brg2 makanan, bolehlah PM sdra Che Jaafar. Sebarang sumbangan dan bantuan amat2lah dialu-alukan.
Moga kerjabuat kita ini ada manfaatnya.
Tkasih
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej