Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, December 12, 2014

Sorang ni jer bijak dlm umno

Zah Ziz >>>> Sorang ni jer bijak dlm umno...tapi sbb di kelilingi dgn org bodoh..kebijakannya tak laku
Universiti tidak faham kebebasan akademik, kata bekas timbalan menteri
Tindakan Universiti Malaya (UM) menghukum pelajarnya menunjukkan institusi pengajian tinggi di Malaysia gagal memahami makna sebenar semangat di sebalik undang-undang membenarkan pelajar berpolitik, menurut bekas timbalan menteri pengajian tinggi yang berperanan dalam pindaan akta itu. Datuk Saifuddin Abdullah berkata, walaupun Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 sudah dipinda, tindakan UM menjatuhkan hukuman kepada pelajarnya kerana menganjurkan pidato umum Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan pemahaman akademik dan intelektual yang lemah. "Kita sudah meminda Seksyen 15 AUKU. Ketika saya masih timbalan menteri saya berjaya melakukan pindaan itu, malangnya kebanyakan pihak pentadbir universiti tidak memahami semangat pindaan," katanya kepada The Malaysian insider di Kuala Lumpur semalam. Pindaan yang diluluskan di Dewan Rakyat pada April 2012 membenarkan pelajar universiti memegang jawatan dalam parti politik termasuk organisasi di kampus. Beliau memberi contoh kes baru-baru ini di mana sebuah kumpulan pelajar universiti awam yang cuba menganjurkan forum bersama Suruhanjaya Hak Asasi (Suhakam) di kampus mereka ditolak. Tanpa menamakan universiti terbabit, Saifuddin berkata kumpulan pelajar itu menawarkan untuk menaja keseluruhan program, tetapi pihak pengurusan universiti tidak membenarkannya. "Mereka terpaksa mencari tempat lain pada saat-saat akhir, ini adalah contoh bagaimana pengurusan universiti tidak memahami semangat pindaan Seksyen 15," katanya. AUKU sebelum ini dikritik kerana menjadi alat menyekat kebebasan pelajar dan menindas pemikiran mereka. Saifuddin merupakan antara pemimpin Umno yang menyokong pindaan undang-undang bagi membenarkan pelajar berpolitik. Sementara pindaan akta masih mengawal kebanyakan penganjuran program berbentuk politik dalam kampus, Saifuddin berkata ia mesti dilaksanakan dengan adil dan wajar.
Like ·  · 

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej