SUSU UNTUK KULIT MULUS
Sibuk menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah dan pejabat kadang kala membuatkan mama terlupa memanjakan diri sendiri. Hendak ke spa memang sudah tidak sempat. Mana hendak letak anak-anak yang tidak boleh berenggang mengikut ke mana mama pergi.
Tak perlu risau kerana mama boleh manjakan diri sendiri dengan rawatan di rumah. Gunakan sahaja bahan sedia ada di rumah. Pasti penampilan mama lebih disayangi suami dan anak-anak. Susu bukan sahaja menjadi kegemaran anak anda tetapi boleh juga digunakan sebagai rawatan kecantikan semulajadi.
3 sudu besar susu
3 sudu besar madu
1 sudu kecil oat mentah
Campurkan semua bahan dalam bekas, kacau sehingga sebati menjadi skrub. Sapurkan campuran tersebut ke seluruh wajah dan kulit kemudian urut lembut selama beberapa minit. Bilas skrub dengan air suam dan keringkan wajah anda dengan tuala lembut.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej