Tak kira apa bisnes kalau serah kat umno akan hancur !
Betul ke tidak.... kalau hangpa kata tak betul... lihatlah.. toleh lah ke belakang... jangan sombong sambil mengendong EGO !
Kalau betul... kenapa berat nak menukar sekurang kurangnya pemimpi di kalangan hangpa.... atau sebaik baiknya tukarlah pula parti yg boleh diharapkan....
KALAU DUA DUA HANGPA TAK MAU, KITA SAMA SAMA TUNGGU MATI ! ?
*****************************
*****************************
Pelantikan CEO Mas, bukti kegagalan Malaysia Boleh
Pelantikan Christoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airline Berhad (Mas NewCo) yang baru membuktikan kegagalan Barisan Nasional (BN) merealisasikan slogan 'Malaysia Boleh'.
Berkata kepada Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar, jikalau sebelum ini pemimpin BN sering mencanang bahawa kita mampu dalam segala bidang tetapi dengan pelantikan warga asing sebagai penerajui baru Mas membuktikan kegagalan Malaysia.
"Dalam isu ini kita gagal melahirkan tokoh pengurusan koperat tempatan, ini menjadikan slogan 'Malaysia Boleh' adalah slogan palsu. "Pemilihan warga asing untuk menerajui Mas menjadikan slogan Malaysia boleh bertukar menjadi 'Malaysia Bodoh' sepertimana kenyataan sinis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang rakyat Malaysia ini bodoh dan tidak layak untuk terajui Mas," kata beliau.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi, isu menyelamatkan dan memulihkan Mas bukan cerita baru kerana kerugian terus berlaku walaupun pelbagai pelan pemulihan telah dilaksanakan. Katanya, sepertimana pelantikan Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Azman Mokhtar dalam menyelesaikan masalah Mas sebelum ini sehingga Syarikat Penerbangan Malaysia itu terpaksa tutup kedai.


No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej