Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, June 30, 2015

ORANG RAJIN MENANG LAGI

ORANG RAJIN MENANG LAGI
Zaheer atau lebih dikenali sebagai Saddam Hussein baru berumur 23 tahun. Datang ke Malaysia dengan sebuah syarikat yang menawarkan khidmat potong rumput di sekitar Subang Jaya. Kerja beliau dari 8 pagi sehingga 2 petang setiap hari dan dibayar sebanyak RM1000 sebulan dengan cuti setiap hujung minggu.
Beliau menggunakan masa selepas 2 petang untuk memotong rumput dan berkebun di rumah-rumah sekitar USJ. Tiada harga tertentu ditetapkan tetapi purata setiap hari antara 2 petang hingga 7 malam beliau mampu untuk memotong rumput di 5 buah rumah bersaiz sederhana. Puratanya beliau dibayar sebanyak RM25 untuk sebuah rumah. Anggaran beliau memperolehi sekitar RM125 sehari (hari biasa) dan RM300 sehari untuk hari hujung minggu.
(Ini hanya congakan saya sahaja dari apa yang saya tanya beliau tentang kekerapan, waktu kerja dan purata pembayaran etc)
Anggaran pendapatan seminggu beliau RM625 (weekdays) + RM600 (weekend) = RM1225 seminggu (untuk kerja partime ini).
Anggaran pendapatan sampingan sebulan = RM4,900
Pendapatan kerja tetap sebulan = RM1000
Anggaran Pendapatan Sebulan RM5,900
Dengan rumah berkongsi 10 orang, kenderaan hanya basikal dan beliau telah tinggal di Malaysia selama lebih 3 tahun. Saya rasa beliau mempunyai simpanan kewangan yang lebih banyak berbanding dengan kebanyakan graduan universiti ternama luar negara yang telah bekerja di Malaysia selama 3 tahun.
Fikirkannya smile emoticon
SAIFUL NANG
Pemikir Pelik

Kita bukan penduduk bumi

01 /07 / 2015
Rabu
14 Ramadhan 1436H
R U M A H K I T A
Kita bukan penduduk bumi,
kita adalah penduduk syurga. Kita tidak berasal dari bumi, tapi kita berasal dari syurga. Datuk Nenek kita Adam dan Hawa berasal dari syurga...
tercampak ke bumi dek secebis dosa😰😭
oleh itu ingatlah tmpt asal kita...rumah penginapan kita yg sebenar iaitu SYURGA🌻😍💞🌷🌸🌸💐🐾😘..
Maka carilah bekal untuk kembali ke sana.
kembali ke kampung halaman asal kita.
Dunia bukan rumah kita,
maka jangan cari kesenangan dunia.
Kita hanya pejalan kaki dalam perjalanan kembali kerumahnya.
Bukankah mereka yang sedang dalam perjalanan pulang selalu mengingat rumahnya dan mereka mencari buah tangan untuk kekasih hatinya yang menunggu di rumah?
Lantas, apa yang kita bawa untuk penghuni rumah kita, Rabb yang mulia?
Dia hanya meminta amal sholeh dan keimanan, serta rasa rindu padaNya yang menanti di rumah.
Begitu beratkah memenuhi harapanNya?
Kita tidak berasal dari bumi,
kita adalah penduduk syurga.
Rumah kita jauh lebih Indah di sana.
Kenikmatannya tiada terlukiskan, dihuni oleh orang-orang yang mencintai kita. Ada istri sholeha serta tetangga dan kerabat yang menyejukkan hati.
Mereka rindu kehadiran kita, setiap saat menatap menanti kedatangan kita.
Mereka menanti kabar baik dari Malaikat Izrail. Kapan Keluarga mereka akan pulang.
Ikutilah peta (Al Qur'an) yang Allah titipkan sebagai pedoman perjalanan.
Jangan sampai salah arah dan berbelok ke rumahnya iblis Laknatullah yaitu neraka.
Kita bukan penduduk bumi,
kita penduduk syurga.
Bumi hanyalah perantaun sementara utk mencari bekal yg secukupnya utk dibawa
Kembalilah ke rumah asal kita...SYURGA yg kekal abadi selamanya😍💞😭😰
Amy Raudhah Azmie

Kenapa bila berdemo dan bersuara pasal usul lain tak perlu tunggu dapat putrajaya


Kenapa bila berdemo dan bersuara pasal usul lain tak perlu tunggu dapat putrajaya
,......... tapi nak kemuka pindaan undang-undang syariah kena tunggu dapat putrajaya?
Kenapa marah bila umno memfitnah, pecat mb suka-suka hati, menganiaya orang tapi tak marah bila pkr buat?
Kenapa masa nak laksana undang-undang manusia tak adapun yang cakap kena tunggu hapus kemiskinan dan didik rakyat dulu?
Kenapa orang kecoh pasal dilabel "kafir" tapi tak kisah nak bersikap dan bertutur bercanggah dengan islam?
Kenapa orang yang buat salah boleh label orang yang mengata sebagai mengaku tuhan sedangkan mereka sendiri berlagak tuhan dengan sesuka hati lawan perintah Allah?
Kenapa bila berdemo dan bersuara pasal usul lain tak perlu tunggu dapat putrajaya tapi nak kemuka pindaan undang-undang syariah kena tunggu dapat putrajaya?
Kenapa marah bila umno memfitnah, pecat mb suka-suka hati, menganiaya orang tapi tak marah bila pkr buat?
Misteri nusantara~

tinggallah si miskin dan marhaen tak punya apa !


Dalam Kolam bekas lombong, banyak makanan berlimpah ruah.
Ikan berlumba lumba datang mendapatkannya.
Berlaku pertandingan dan perlawanan
Ingin mendapat habuan
Ketamakan menjadi jadi di antara mereka
Berebut rebut rezeki yg ada
akhirnya musnah semuanya !
Rezki dan Makanan yg asalnya segar dan cantik
Menjadi kusut, carik dan berterabur.....
Akhirnya musnah dek tamak haloba mereka yg punyai kuasa.
Akhirnya kolam itu menjadi padang jarak padang tekukur
Tinggal pergi mereka yg punyai kekayaan ke lain kolam
tinggallah si miskin dan marhaen tak punya apa !
Like · Comment ·  · 81

Tak pernah belajar pun sejarah lepas, kata ahli politik yg bijak !!???

Tak pernah belajar pun sejarah lepas, kata ahli politik yg bijak !!???

https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/photos/a.531223513583153.1073741827.420621651310007/918010844904416/?type=1&comment_id=918116918227142&ref=notif&notif_t=like

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1593788347548883&set=a.1380230832237970.1073741830.100007531983838&type=1


Disebabkan penyakit hati yg sudah sampai ke tahap kronik...orang masuk studio buat rakaman


Disebabkan penyakit hati yg sudah sampai ke tahap kronik...orang masuk studio buat rakaman ucapan selamat hari raya pun dikata nak menyanyi....kalau kawan tu beli lauk jam 2 tengahari, terus dituduh tak berpuasa....kalau buat apa pun, semua akan dipandang negatif....
Kasihan kpd golongan2 yg berpenyakit hati tu....semoga Allah berikan keampunan, taufiq dan hidayah ke atas kita semua


Minyak naik 10 sen ...
Menteri tak kisah...
Yg kisahnya kita !!!!
Kita = Org UMNO & Org Pembangkang ...
Wahai kawan !
Apa bezanya kita pangkah samada pembangkang @ BN ?


menurut saranan dari sahabat aku bernama Adik Din Paka iaitu 'hotdog' pun tak boleh dimakan sebab ia bermakna 'anjing panas'.....itu bukan lagi digelar anjing tu....tapi anjing pun dimakan!!!!......
justeru, elok aku sarankan kepada Majlis Fatwa supaya mengharamkan menjual, memasak dan memakan 'hotdog' oleh seluruh umat Islam di Malaysia..... kalau nak makan jugak, makan lah sosej.....


pesan aku kepada semua rakan2....jangan jadi macam budak dalam cerita kat bawah ni....tak apa lah jugak, masih lagi budak.... tapi kalau yang dah tua bangka pun tak reti bahasa.... maka lebih teruk dari budak ni
Pada satu petang , si ibu membawa anaknye berusia 4 thn bersiar2 menaiki kereta. Dlm perjalanan si ibu membunyikan hon kepada seseorang....
Anak : Naper ibu bunyikan hon & saper org tu?
Ibu : Tu sedara kiter, kenalah hormat.
Dlm perjalanan mereka seterusnya mereka terserempak dgn seekor lembu yg nak melintas lalu si ibu membunyikan hon.
Anak : Itupun sedara kiter jugak ke?
ibu : (&*^(%)$^#$@#!

Kadang-kadang kita berfikir jika Allah Taala memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini

Kadang-kadang kita berfikir jika Allah Taala memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini, adakah Dia akan memberi kepada kita juga di akhirat nanti? Terbit rasa takut dan risau jika membaca ayat Al-Quran yang sungguh menyentap hati:
“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang-orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): “Kamu telah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu telah bersenang-senang menikmatinya.” (Surah Al-Ahqaf ayat: 20)
Alangkah ruginya memiliki segala-gala kemewahan dunia tetapi setakat dirasa selama enam puluh tahun sahaja. Bahkan ketika ditanya berapa lama kamu hidup di dunia? Mereka menjawab tidak lebih daripada setengah hari saja. Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai begitu pula hidup miskin lagi merbahaya kerana manusia boleh jadi lebih dekat kepada kekufuran. Bagi mereka orang-orang miskin jangan menyesal telah dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergulatan antara nasib baik dan buruk. Kita hanya disuruh memenangi perlawanan ini dengan senjata iman. Rsulullah pernah bersabda: SEsungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.
Bermimpilah untuk memilih rumah-rumah anda di syurga dengan amalan yang sederhana dan mudah dilakukan, sebagaimana sabda Rasulullah SAW: “Tidaklah salah seorang kamu mengambil wudhu kemudian memperbaiki wudhunya dan mengerjakan sembahyang dua rakaat melainkan wajib baginya syurga’. (HAdis riwayat Abu Daud, disahihkan oleh Albani) Diwajibkan masuk syurga sebagaimana lafaz daripada Imam Muslim.
Bagi mereka yang miskin atau kaya, yang masih bernafsu untuk menaklukkan dunia mencapai kemuncak kenikmatan yang fana ini, sampai bilakah jerih payah dan pengorbanan dapat memuaskan diri? Jika suruhan dan perintah Allah Taala yang Maha Kaya tidak dipenuhi? Suatu ketika di negeri akhirat nanti, Allah Taala akan menyelamatkan seorang penghuni neraka dan memasukkannya ke dalam syurga.
Dia merangkak-rangkak menghampiri syurga Allah dan dialah orang terakhir memasukinya. Kemudian Allah Taala yang Maha Kaya berfirman: “Pergilah dan masuklah ke syurga, untukmu yang sebanding dengan dunia dan sepuluh kali gandanya.” Yang demikian itu dikatakan serendah-rendah kedudukan ahli syurga. (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dahulu saya seperti anda semua,saya hidup untuk makan,makan untuk hidup

Dahulu saya seperti anda semua,saya hidup untuk makan,makan untuk hidup.Saya tidak tahu apa yang sebenarnya terjadi,yang saya tahu,saya belajar,bekerja,beranak pinak dan mati.Saya tidak tahu dari manakah datangnya diri saya dan apa tujuan saya wujud di dalam dunia,atau ke  mana saya selepas ini.Dahulu saya percaya saya berasal dari beruk yang mengalami evolusi.Dahulu saya percaya bahawa bahawa rezeki datang dari pekerjaan,datang dari kilang,datang dari pejabat,datang dari kebun.

Dahulu saya bukanlah orang yang mengendahkan soal agama.Saya tidak jaga solat apatah lagi solat berjemaah.Rumah saya hampir dengan masjid tetapi saya pekakkan telinga bila azan berkumandang.Darjat saya hampir sama dengan Teresa Kok atau Namawee yang memperlekehkan azan,bezanya saya Islam tetapi mereka bukan Islam.Bezanya saya pernah belajar melaungkan azan ketika di sekolah agama rakyat,tetapi mereka tidak berpeluang belajar tentang azan dan segala khazanahnya,apatah lagi tentang Islam.Bezanya saya tahu tetapi buat-buat tak tahu,mereka pula memang tak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu.

Dahulu saya tidak pernah menghargai Islam yang saya anuti.Saya rasa Islam atau tidak,sama sahaja.Kehidupan saya sama seperti orang kafir.Saya rasa Islam tidak memberi apa-apa impak kepada kehidupan saya,saya tetap lulus periksa dan mendapat pekerjaan yang bagus.Saya tetap berjaya dan memiliki apa yang saya idamkan.Islam saya hanya pada nama.

Suatu ketika apabila saya terbaca maksud dari surah At-Thariq,pada ayat-ayat yang terakhir:


"Sesungguhnya orang kafir itu merencanakan tipu daya yang jahat dengan sebenar-benarnya

Dan Aku pun membuat perancangan pula dengan sebenar-benarnya

Maka berilah tangguh orang-orang kafir itu, iaitu berilah tangguh kepada mereka barang sebentar"

"As for them, they are but plotting a scheme

And I am planning a scheme

Therefore grant a delay to the Unbelievers: Give respite to them (for awhile)


(At-Thaariq, 86:15-17)



....saya merasakan ada sesuatu rahsia penting di dalam ayat-ayat itu.Siapakah mereka yang merancang itu?Mengapa Tuhan begitu baik membiarkan mereka dengan memberi tangguh?Apakah perancangan Tuhan?Kemudian soalan-soalan itu berlalu begitu sahaja.

Sehinggalah pada suatu hari apabila saya berpeluang menghadiri satu perjumpaan sebuah kelab di Eropah.Kelab tersebut didanai oleh satu pertubuhan sulit LuciferianCraft,dan saya hadir di sana bukanlah sebagai tetamu tetapi salah seorang konsultan utiliti yang menjaga fasiliti-fasiliti tertentu,dan saya perlu berada di dalam premis mereka untuk memastikan semua kelengkapan dalam keadaan baik.Saya tidak tahu mengapa saya boleh terlepas,dan ini mungkin ada hikmahnya.Di dalam perjumpaan sulit itu,saya begitu terkejut bahawa agenda utama mereka adalah membincangkan untuk menghadapi satu perkara yang selama ini saya tidak peduli sama sekali.

Islam.

Sejak dari itu saya mula mengkaji dan mengkaji tentang Islam dan mengapa ada sekelompok manusia yang begitu takut dengan agama ini.Saya seolah-olah seperti orang kafir yang mula mahu mengenali Islam.Saya mula terkenangkan ustaz di kampung ketika kecil yang mengajar saya mengaji.Dahulu saya tidak ambil pedulipun tentang AlQuran.Namun saya mula sedar akan kehebatan AlQuran apabila berjumpa dengan ahli-ahli Luciferian yang membaca AlQuran untuk mengorek rahsia masa hadapan dan dimensi-dimensi ghaib malah ada yang menghafalnya,sedangkan saya seorang Islam pun masih merangkak-rangkak membaca AlQuran.

http://jigsclues.blogspot.com/

Hukuman menyeberangi sempadan

Dari Amirul Naim....
Hukuman menyeberangi sempadan
1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akan mendapat 12 tahun kerja keras.
2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.
3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akan ditembak.
4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.
5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidak akan dilihat lagi.
6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akan dikenakan bayaran sebagai pengganas.
7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakan sebagai mata-mata dan dihukum gantung.
8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap, didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.
9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang ke dalam penjara politik reput.
10) Jika anda menyeberangi secara haram sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:
- Mykad sementara atau
-Status PR Penduduk Tetap
- Lesen Memandu
- Hak Mengundi
- Tempahan Kerja
- Keistimewaan Khas Bumiputera setelah fasih berbahasa melayu dan mengamalkan adat istiadat melayu.
- Kad kredit
-boleh buka akaun di mana2 bank
- Pendidikan Percuma
- Penjagaan kesihatan dgn kos minimal
-jadi tauke kedai runcit.
- jadi bos org tempatan
- beli rumah
- beli tanah free hold
- kahwin orang tempatan
Dll.

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI.

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Ia duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya
Ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka berserulah
"Kapur!", jika saya angkat pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Murid muridnya pun mengerti dan mengikuti. Guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.
Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan.
Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat
pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu
saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk
mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi
kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Sang guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Murid-murid, begitulah kita
umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita
begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh musuh kita memaksakan
kepada kita dengan perbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang
haq menjadi bathil, dan sebaliknya. Pertama-tama mungkin akan sukar
bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan cara-cara menarik oleh mereka, akhirnya lambat laun kamu akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kamu tidak pernah berhenti membalik dan menukar nilai dan etika.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina
tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa
rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan
yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa,
materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya
sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan.
Paham?" tanya Guru kepada murid-muridnya.
"Paham cikgu..."

"Baik permainan kedua..." begitu Guru melanjutkan.

"Cikgu ada Qur'an, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang
anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah, bagaimana caranya
mengambil Qur'an yang ada ditengah dengan tangan tanpa memijak karpet?"
Murid-muridnya berpikir. Namun tiada yang mahu mecuba.

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil
Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .
"Murid-murid,begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya. .. Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang. ..Kerana tentu anda akan menolaknya mentah mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang
kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang
kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn
tapaknya dulu, tentu saja hiasan-hiasan dinding akan dikeluarkan dulu,
kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah
dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan
menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan meletihkan
anda.

Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga
meskipun anda muslim, tapi anda telah meninggalkan ajaran Islam dan
mengikuti cara yang mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini
semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang
dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak cikgu?" tanya
murid- murid. "Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang,
misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang
tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak
teran
g-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..." Matahari bersinar terik tatkala
anak-anak itu keluar meninggalkan tempat belajar mereka dengan fikiran
masing-masing di kepalanya...

Renungilah cerita ini demi kebaikan bersama.

oint DAP ... confirm dapat laksanakan ..... Full Stop !


4 hrs · 
HUDUD adalah PERJUANGAN PAS...
Tak payah beritahu semua orang tahu HUDUD ialah Perjuangan PAS.... sekarang beritahu macamana nak MERIALISASIKAN HUDUD di bumi MALAYSIA....
61 tahun asyik besembang berjuang hudud....cuba sekarang berbincang macamana nak merialisasikan HUDUD di bumi Malaysia...
sekarang beritahu...
bila nak laksananya...????
macamana nak laksananya...???
cara mana nak laksananya...???
bagaimana nak laksananya...???
Bila tu apabila semua perlembagaan negara dan undang negara di pinda....
Macamana nak laksana tu ialah kita memerlukan pindaan kepada perlembagaan negara dan beberapa ruu enakmen dalam perlembagaan negara
Cara mana ialah dengan cara mengundi di parlimen iaitu mendapat sokongan 2/3 untuk meminda perlembagaan negara dan simple majoriti untuk pindaan ruu enakmen dalam perlembagaan negara
bagaimana pula ialah kita memerlukan sokongan ahli parlimen dan dalam parlimen kita ada ahli parlimen kerajaan & pembangkang... dan pembangkang ialah kita sendiri yg ada 21 kerusi sahaja dan sekarang kita memerlukan sokongan semua ahli parlimen terutama yg Islam... dan adakah mereka akan menyokong kerja buat kita....
nak harap sokongan DAP mereka awal2 lagi tolak bab HUDUD nie.. nak Harap PKR mereka memberikan alasan untuk melaksanakan kewajipan yg lagi utama seperti basmi kemiskinan, hapus kezaliman pemerintah sebab nak bawa skrg tak akan cukup sokongan simple majority dan jika nak 2/3 jauh lagilah jawabnya...
Nak harapkan pemerintah negara mereka sekadar suruh bawa bab nak bagi sokongan sampai skrg tak tetap keputusan..beritahu kata selasa PM akan umum sampai skrg tak umum2..manakala menteri agama pula suruh buat dalam kerangka perlembagaan negara...dan mereka juga diugut oleh kompenan mereka iaitu MCA MIC dimana jika UMNO sokong mereka akan keluar BN...jadi disini sudah dapat dilihat kearah mana sokongan mereka....
Jadi nak tak hendak PAS sendiri kena perkukuhkan parti mereka dan mencari KUASA... sebagai ahli parlimen seramai mungkin dan memerintah negara bersama dalam ikatan pakatan yang dimetrai....
Apabila ada kuasa dan menang di PUTRAJAYA baru boleh tunjuk kuasa...semasa waktu tersebut baru kita tanya DAP & PKR...anda nak beri laluan tak kami nak bawa pindaan perlembagaan negara dalam parlimen...dengan kuasa MP yg PAS ada dan baru boleh kata kami sanggup hilang kuasa (jatuh kerajaan Malaysia..almaklumlah kan pegang putrajaya) baru nampak hebat dan berkuasa.. nie kuasa apa pun tak ada nak gertak org kata kita kuat dan hebat....
jadi tak payah dok bising habaq satu dunia kata PAS akan perjuangkan HUDUD...semua org dah tau.. UMNO pun tau Ahli PAS pun tau dan DAP pun tau....sekarang maju kedepan berbincang macamana nak laksanakan HUDUD dibumi malaysia.....
Like · Comment ·