Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, June 22, 2015

Yang sebenarnya usahkan 70% dari ahli pas, 70% dari ahli PASMA pun belum tentu keluar PAS

Yang sebenarnya usahkan 70% dari ahli pas, 70% dari ahli PASMA pun belum tentu keluar PAS.
Saya dah bercakap hati ke hati dgn beberapa yg terlibat PASMA atau menyokong idealisma PASMA. Mereka cakap mereka join PASMA kerana mahu 'kuatkan PAS'. Mereka sangka majoriiti orang PAS sokong dan bersama mereka.
Malah mereka diberitahu jumlah pencalonan DS TGHH 99 berbanding cuma 5 UAA hari itu adalah satu strategi yg dah dirancang teliti untuk perangkap orang2 TG Hj Hadi.
Tak sangka rupa2nya 80% ahli PAS sokong DS TGHH seperti keputusan muktamar pusat.
Bila pemimpin2 idola mereka sekarang menjalankan 'agenda' menyerang PAS, mereka celik mata.
Ini bukan nak kuatkan PAS. Ini bukan nak bantu perjuangan Islam.
Ini sudah mahu sabotaj PAS. Mahu khianat kepada perjuangan Islam.
Yang akan untung bila PAS dikhianati adalah dua pihak. DAP yg akan terus jadi paling berkuasa dalam Pakatan Rakyat. Dan..
UMNO yg akan terus menang kerana berjaya pecahkan undi PAS hasil pengkhianatan ejen yg jadi harapan DAP ini.
PKR sendiri tersepit.
Pemimpin bukan Islam dalam PKR tidak sesekali akan menyanggah DAP. Dilema sama pernah berlaku di dalam PAS suatu ketika bila sebahagian pimpinan PAS tidak sesekali akan 'derhaka' kepada Anwar.
Dalam waktu yg sama pemimpin2 melayu dalam PKR tahu, jentera yg menggerakkan sokongan kepada mereka diperingkat akar umbi lumpuh jika tiada bantuan dari jentera PAS.
UMNO dan DAP kedua duanya liberal. Lim Kit Siang pernah secara terbuka nak bekerjasama dgn UMNO untuk sekat perjuangan Islam oleh PAS.
Media Malaysiakini dan The Malaysian Insider, serta kumpulan perang siber tajaan kelompok mereka jika kita perhatikan secara konsisten menyerang PAS.
Perhatikan, satu satu pihak yg tidak pernah mereka serang adalah DAP.
JADI...siapa sebenar dibelakang mereka?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej