Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, June 29, 2015

Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) gagal mengemukakan sebarang bukti terhadap tuduhan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim salah guna kuasa termasuk dakwaan penyelesaian hutang Bank Islam yang meragukan.

Pegawai Khas kepada Khalid, Faekah Husin berkata, mantan Menteri Besar Selangor itu telah mengheret beberapa pemimpin utama PKR ke mahkamah kerana membuat tuduhan dan menfitnah beliau.

Katanya, walaupun PKR telah memfailkan beberapa dokumen penting termasuk Penyataan Pembelaan, namun tiada satu buktipun dikemukakan bagi menyokong tuduhan itu.

“Mahkamah akan membuktikan bagaimana jahat dan hinanya kumpulan ini menfitnah mantan Menteri Besar demi merampas tampuk pemerintahan di Selangor,” katanya.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) itu berkata, usaha PKR menjatuhkan Khalid dengan melemparkan fitnah dan tohmahan nampaknya sia-sia kerana penggantinya, Azmin Ali, gagal mentadbir Selangor dengan baik.

Katanya, sepanjang sembilan bulan menjadi Menteri Besar, tiada sebarang fakta yang boleh menyokong bahawa Azmin mentadbir lebih baik berbanding Khalid

http://peraktoday.com.my/2015/06/pkr-gagal-kemuka-bukti-khalid-salah-guna-kuasa/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej