Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, June 29, 2015

Teuku ni tak habis habis lagi nak bermusuh dengan Ulama

Teuku ni tak habis habis lagi nak bermusuh dengan Ulama terutama pendakwah dari Hadratulmaut yemen. Anti sungguh dia ni dengan Ulama dan pendakwah sejak berkawan baik dengan DAP !

Bukan kita nak tolak peranan laksamana cheng ho, tapi sikap dia yg terlalu prejudis terhadap mana mana Ulama, sehingga dia sedaya upaya menafikan peranan ulama.

Mu nak bermusuh dengan Ulama sampai bilaTeuku ???  sampai bila  ?

Cuba hangpa terjah page dia, tak ada benda lain selain dari cercaan , fitnah dan hinaan terhadap para Ulama. org lain ada juga buat posting tentang doa, dakwah, nasihat agama dsb ... tapi dia ni  macam ada satu penyakit aneh yg menimpanya !

Ayat alquran mungkin boleh menjelaskan penyakitnya -

سُوۡرَةُ البَقَرَة
فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ۬ فَزَادَهُمُ ٱللَّهُ مَرَضً۬ا‌ۖ وَلَهُمۡ عَذَابٌ أَلِيمُۢ بِمَا كَانُواْ يَكۡذِبُونَ (١٠)

Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).


Teuku Zacharyah Iskandar​ >>Sejarah bahawa Islam sampai ke Melaka kononnya disebarkan oleh Para Pedangan Arab adalah suatu pembohongan yang nyata..

Islam sampai di Melaka disebarkn oleh Laksamana Cheng Ho setelah Cheng Ho dan ribuan anak kapalnya menjejakkan kakinya buat pertama kal8nya di pantai Melaka pada waktu Subuh bulan Ramadhan tahun 1409 Masehi..

Fakta sebenarnya Para pelayar dan perdagang arab besama2 beberapa org saudagar dari Gujerat Ibdia telah singgah di Peulak ( Perlak ) di Aceh dan bertemu dengan Si Muerah Silu iaitu peminpin Masyarakat Peulak..

Mereka menyebarkan Dakwah di Peulak dan seterusnya Si Muersh Silu dan rakyat di Peulak memeluk islam.. Si Meurah Silu telah menukar namany kepada Sultan Malikus Shaleh dan memerintah Kerajaan Islam Samudera Pasai.. sekitar tahun 1200 Masehi.
Like · Reply · 1 hr

Teuku Zacharyah Iskandar Sila buka kitab Rehlah catatan Ibnu Batutah..
Like · Reply · 1 hr

>>>>>>  موءاز عزيزان Reply :

 kamu hanya bersandarkan catatan ibnu batutah tanpa mahu keluar drp kepompong itu..padahal dlm manusrip2 kuno cina yg disimpan rapi kerajaan china membuktikan di tanah melayu pada kurun ke-12 yg lalu..telah wujud kerajaan MELAYU negara kota yg maju...islam sebagai anutan... jauh lebih awl drp sejarah melaka... try kamu tanya sahabat2 kamu di beijing...mungkin mereka ade sumber...

*** Bukti awal kedatangan dan penyebaran Islam di Nusantara bergantung kepada batu nisan dan bukti-bukti lain yang bertaburan di rantau ini.
Contoh penting termasuk batu nisan yang ditemui di Champa sekitar awal abad ke 11M, batu nisan di Gresik, Jawa bertarikh akhir abad ke-11M dan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1303, rekod penempatan orang Islam di Majapahit dan kumpulan pedagang Islam di utara Tanah Melayu, serta pengislaman raja Pasai pada tahun 1282.

Pada akhir abad ke-15, Islam sudah mengukuhkan kedudukan di Tanah Melayu, Sumatera, bahagian utara Pulau Jawa, Brunei dan Utara Borneo. Islam juga menembusi Maluku dan Sulu. ****


*** Berdasarkan catatan sejarah Cina yang menyebut bahawa pada abad ke-7 Masihi, orang-orang Arab telah sampai ke Tanah Jawa.Pada tahun 684, mereka telah mendirikan sebuah perkampungan di pantai barat Pulau Sumatera.

Menurut satu catatan lagi, pada zaman pemerintahan khalifah Al-Makmun bin Harun Ar-Rashid, seorang nakhoda telah memimpin seramai 100 orang mubaligh dengan 1 orang dari kalangan mereka berketurunan Quraish belayar menuju ke Nusantara untuk menyebarkan Islam.

Apabila mereka sampai di Perlak, mereka mengadap Raja Perlak, Acheh dan berjaya mengislamkan baginda.Baginda Raja Perlak mengahwinkan puterinya itu denagan mubaligh Quraish itu tadi sementara mubaligh lain berkahwin dengan wanita biasa. Hasl perkahwinan mubaligh Quraish dengan puteri raja tersebut,Allah kurniakan mereka seorang putera lalu diberi nama Syed Abdul Aziz yang kemudian menjadi Sultan Perlak.

Terdapat juga dalam satu catatan Barat menyebut bahawa pada tahun 1717 Masihi, sebuah angkatan laut Islam yang terdiri dari 35 buah kapal berlayar dari Tanah Arab menuju ke China. Dalam perjalanan ke China,kapa-kapal itu telah berhenti sebentar di Ceyloon di Sri Lanka, Srivijaya dan Palembang.Ketika mereka berhenti , mereka telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam di situ.

https://www.facebook.com/ayob.hussin/posts/10204597593680424

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej