Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, November 18, 2015

FAHAMI ISU, BUKAN TERMAKAN SENTIMEN HEADLINE BERITA

Abu Sofea
FAHAMI ISU, BUKAN TERMAKAN SENTIMEN HEADLINE BERITA
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Orang politik yang bodoh dalam bidang agama, boleh je cakap bab agama. Tapi bila orang agama nak cakap bab politik, kena maki suruh pergi masjid buat ibadat je.
2) Lulusan dalam bidang bahasa je, sains politik je, undang-undang je... selamba je cakap bab agama. Tapi apabila orang agama mengetuai parti politik, disuruhnya letak jawatan, dikatanya "aku hormati dia sebagai ulamak, bukan sebagai ahli politik".
4) Dr Maza kata PAS dan Umno sama saja, patut bergabung dah. Guan Eng suruh Umno dan Pas menikah saja lah. Depa nak mai makan kenduri kaa kalau Pas dan Umno menikah? Bwahahaa Takpa laa depa nak kata apa pun buat masa ni. Maybe 10 atau 20 tahun lagi depa akan faham apa yang presiden buat.
4) Ramai yang hentam presiden bab nak halang Dap halalkan arak. Siap tanya lagi Arak di Pahang, Selangor, siapa yang luluskan? DAP ke? Ok tuan-tuan pemarah sekalian. Kenyataan TG Haji Hadi itu hanyalah jawapan spontan sebagai membalas balik kenyataan Guan Eng yang mahu "halang pas buat jahat di Selangor".
5) Maka bacalah kenyataan TGHH itu dalam lingkungan Selangor. Memang bukan DAP yang meluluskan arak. Umno/BN yang luluskan arak. Tapi Dap menjadi penghalang untuk haramkan Arak. Isu arak sketika Hassan Ali vs Ronnie Liu pun orang Selangor masih ingat lagi.
6) Apa beza lulus arak dengan halang haramkan arak? Dua-dua jahanam kan? Umno jahanam, Dap pun jahanam. Itu saja maksud kenyataan balas TGHH. Bukan nak cari pasal apa pun. Blogger dan Facebookers je yang meraban tak tentu pasal. Panas dek baca headline saja, tak faham isu sebenar.
7) Tentang penjualan arak, secara jelasnya perlu dibahas detail tentang perlaksanaannya dalam sebuah kerajaan yang berkongsi kuasa. Bukan melatah terhadap kenyataan TGHH yang hanya menjawab tuduhan "kerja jahat Pas" yang DAP mahu halang, itu saja.
Sekian
p/s: orang politik Malaysia ni bila laa nak berubah cara berfikir

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej