Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, November 8, 2015

Semuanya ada hikmah !!

Semuanya ada hikmah !!
Saya teringat satu cerita org tua tua.
Di satu masa dulu, ada seorang raja . Dia punyai seorang pegawai istana yang lurus, jujur dan tulus.
Apa saja yg berlaku, pegawai ini hanya berkata "Semuanya ada Hikmah" !
Ditaqdirkan satu hari semasa berburu, sang raja terputus jari terkena pedang.
Pegawai ini berkata "Semuanya ada Hikmah" !
Raja yg sakit mulai berang kerana dia berfikir si pegawai ini berolok olok !
Si Pegawai ini dipenjarakan.
Selang beberapa lama, Raja dan pengawal pengawalnya keluar berburu semula.
Mereka pergi jauh ke dalam hutan.
Ditaqdirkan org asli telah menangkap raja dan semua pegawainya.
Malang sekali org asli ini ialah jenis pemakan daging manusia.
Setelah ditangkap, mereka semua diperiksa dulu. Sebelum dimakan, org asli ini nak buat upacara nenek moyang terlebih dahulu dan manusia yg hendak dibuat upacara dan hendak dimakan mestilah yg lengkap tubuh dan tiada cacat cela.
Oleh kerana jari si raja cacat, maka dia dilepaskan. Manakala semua pegawai dan pengawalnya tidak dilepaskan.
Lepas saja ikatannya, raja tersebut lari sekuat kuatnya kembali ke Istana.
Si raja terus saja berjumpa dengan pengawal yg dipenjarakannya dan menceritakan segala yg berlaku....
Pegawai itu berkata "Semuanya ada Hikmah" !

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej