Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, November 18, 2015

Tuan Guru Haji Hadi Awang - Penglibatan antarabangsa dan penghasilan buku


https://ms.wikipedia.org/wiki/Abdul_Hadi_bin_Awang
Penglibatan antarabangsa[sunting | sunting sumber]
Ketika menjadi mahasiswa luar negara[sunting | sunting sumber]


Mula terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah. Selain itu, beliau turut menggalas tanggungjawab sebagai Setiausaha AgungGabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah.


Semasa di Madinah, beliau telah menerima pendedahan pemikiran Ikhwanul Muslimin secara serius apabila dua tokoh Ikhwan, Profesor Dr Muhammad Al-Wakeel dan Sheikh Said Hawwamenjadi mentor Siasah Syar'iyyah beliau. Beliau turut belajar dari Dr. Abdul Satar Al Khudsi yang turut aktif dalam Ikhwanul Muslimin waktu itu.


Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen (bahagian) Syariah dan Undang-undang, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.
Mewakili gerakan Islam Malaysia[sunting | sunting sumber]


Sebagai pemimpin kanan PAS, Tuan Guru bukan sahaja memimpin gerakan Islam dalam Malaysia, tetapi juga terlibat dengan aktif di pentas antarabangsa bersama-sama gerakan Islam lain menangani permasalahan ummah.
Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gabungan Parti-parti Politik Islam bagi menangani isuPalestin, berpusat di Amman, Jordan pada 1990.
Memberi sokongan terhadap Harakah al-Muqawwamat al-Islamiyyah (HAMAS)
Seiringan berada di pentas bersama-sama kepimpinan HAMAS, Ikhwanul Muslimindalam membela isu Palestin
Mendesak Kerajaan Malaysia mengiktiraf kemenangan HAMAS sebagai kerajaan yang sah.
Mengetuai delegasi ahli Parlimen PAS serta NGO Islam untuk memasuki Kota Gaza, namun dihalang. [23]
Ahli al-Majma' al-Alami li al-Taqrib Baina al-Mazahib al-Islamiah (Majlis Antarabangsa bagi Pendekatan Mazhab-mazhab Islam), berpusat di Tehran, Iran. [24]
Ahli Jawatankuasa Sekretariat Islam Antarabangsa bagi Mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
Anggota Delegasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Boutros Boutros Ghaliserta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.[25]
Anggota Delegasi Ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr Necmettin Erbakan.
Anggota Delegasi pemimpin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
Anggota Delegasi pemimpin gerakan Islam dunia ke Baghdad atas jemputan Perdana Menteri Iraq, Saddam Hussien semasa krisis Perang Teluk. [26]
Anggota Delegasi pemimpin gerakan Islam seluruh dunia yang diketuai oleh pemimpin Ikhwanul Muslimin, Sheikh Mustafa Masyhur ke Afghanistan, bagi membantu penegakan negara Islam dan mengelakkan konflik antara jemaah Islam yang agak retak selepas pengunduran Rusia dari Afghanistan. Selain Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Dato' Fadzil Mohd Noor, selaku Presiden PAS waktu itu turut menyertainya.[27]
Ahli Jawatankuasa Sekretariat Gerakan Islam Antarabangsa yang berpusat di Istanbul, Turkipada 1994.[28]
Sering diundang menghadiri Ijtima' Am yang dianjurkan Jamaat-e-Islami Pakistan, dan beberapa gerakan Islam Indonesia seperti Partai Keadilan Sejahtera dan Partai Bulan Bintang.[29]
Pernah menyampaikan ucapan di Seminar Antarabangsa Perpaduan Umat Islam dalam menghadapi masalah Bosnia-Herzegovina.[30]
Mewakili PAS ke Muktamar Pertubuhan-pertubuhan Islam Sedunia ke-5 di Istanbul pada1996.[31]
Diberi penghormatan menyampaikan ucapan bertajuk 'Kebangkitan Islam: Kebijaksanaan Menanganinya' di Persidangan Antarabangsa Kebangkitan Islam di Tehran pada 24 September 2011. Persidangan yang disertai oleh 700 perwakilan dari seluruh negara umat Islam itu membincangkan konflik terkini yang berlaku di Asia Barat seperti di Mesir, Tunisia,Libya, Yaman, Syria dan Palestin.
Mewakili gerakan Islam Malaysia (PAS) ke Kongres Kesatuan Antarabangsa Komuniti Muslim kali ke-22 di Istanbul, Turki pada Mei 2013. Kongres tersebut turut dihadiri oleh pemimpin dari An-Nahdah Tunisia, Rashid al-Ghannushi; dari HAMAS Palestin, Ismail Haniyeh dan Khaled Meshal; dari Ikhwanul Muslimin Mesir, Muhammad Badie; dari Jamaat-e-Islami Pakistan, Syed Munawwar Hassan; dan dari Ikhwanul Muslimin Syria, Riyadh al-Sakfa. Kongres tersebut turut menerima ucaptama dari dua pemimpin Negara Islam, DrMohammed Mursi (Mesir) dan Mahmoud Ahmadinejad (Iran). [32]
Dilantik sebagai Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia, bersama-sama Dr Ahmad Raysuni dan Sheikh Al-Khalili yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi pada tahun 2014.[33]
Diberi penghormatan menyampaikan Syarahan Perdana di Rajaratnam School of International Studies (RSIS), Universiti Teknologi Nanyang, Singapura pada 28 April 2015.[34]
Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Pada 20 Julai 2001, beliau dianugerahkan Darjah Seri Setia Sultan Mahmud Terengganu (S.S.M.T) yang membawa gelaran "Dato' Seri" di Istana Maziah, Terengganu oleh Paduka Seri Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu, sempena Hari Keputeraan ke-39 Sultan Terengganu Darul Iman.[35] [36]
Pada 15 April 2011, beliau telah dianugerahkan anugerah 'Tokoh Alim Rabbani' olehUniversiti Islam Yala, Pattani, Thailand sempena Multaqa Muslimat Universiti Islam Yala. Beliau merupakan individu luar Thailand yang pertama mendapat pengiktirafan tersebut [37] . Mislah (Jubah Anugerah) telah dipakaikan oleh Dr Ismail Lutfi bin Abdul Rahman Japakiya, Rektor Universiti tersebut [38] .
Pada 26 September 2014, beliau dipilih sebagai Ikon Tani Terengganu 2014 dalam Karnival Petani, Penternak dan Nelayan Terengganu 2014 di Dataran Itqanul Muluk , Kuala Berang, Terengganu anjuran PAS Terengganu.[39]
Pada 16 Mei 2015, beliau dianugerahkan dengan Anugerah "Tokoh Murabbi Ummah" sempena Himpunan Pendidik Islam Malaysia 3.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan di Kompleks PAS Negeri Kedah.[40]
Pengiktirafan Melalui Penulisan[sunting | sunting sumber]
Jamhuri Badiuzzaman, Haji Abdul Hadi Awang : Hamba Allah Pemimpin Ummah, Pustaka Bunda, 1984.[41]
Riduan Mohamad Nor, Abdul Hadi Awang : Murabbi, Ideolouge, Pemimpin. Jundi Resources, 2011[42]
Hasil Penulisan[sunting | sunting sumber]
Fiqh Al-Solaah : Bagi Memahami Ibadah Sembahyang, 2015
Islam Satu-satunya Penyelesaian : Maktabah Barakah, 2014
Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 83-160, Penerbitan Harakah, 2014
Tafsir At-Tibyan : Tafsir Surah Al-Baqarah Ayat 1-82, Penerbitan Harakah, 2014
Tafsir Surah Al-Kahfi, Aisyah Humaira Publications, 2014
Fiqh siyasah Khulafa ar-Rasyidin : Amirul Mukminin Umar ibn Alkhatab : MDQ Enterprise, 2013
Amanat Haji Hadi: Antara Fitnah dan Fakta : Akademi Tarbyah Dewan Pemuda PAS Malaysia, 2013
Aqidah dan Perjuangan (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor ) : Jundi Resources, 2012[43]
Siapa Menganut Ajaran Sesat? : Jundi Resources, 2012 [44]
Islam dan Nasionalisme : Jundi Resurces, 2012
Tafsir At-Tibyan dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al Hujurat, Jundi Resources, 2011
Konsep Asas Negara Berkebajikan, Dewa Ulama PAS Pusat, 2011
Tafsir At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah As Saff : Jundi Resources. 2011[45]
Politik dan Agama Mengikut Perspektif Islam : Jundi Resources, 2011
Maqasid Syariah : Dewan Ulama PAS Pusat, 2011
Qazaf : Dalam Isu Fitnah Zina dan Liwat, Jundi Resources, 2011
Meniti Kehidupan Insan (Koleksi Terbaik Khutbah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang), WNS Publicators & Distributors, 2010
Taktik & Strategi Berpolitik Gaya Khulafa ar-Rasyidin : PTS Islamika, 2010.
Palestin Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan : Jundi Resources, 2010 [46]
Bagaimana Islam Memerintah Negara : PTS Islamika, 2009.
Islam : Adil untuk Semua : PTS Islamika, 2009.
Tafsir At Tibyan Surah Yasin : Nufair Street, 2009
Mutiara 2 Tok Guru: Membangun Ummah (bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat): Nufair Steert, 2008
Beriman kepada Qadak & Qadar : PTS Publications & Distributors, 2008
Beriman kepada Hari Akhirat : PTS Islamika, 2008.
فلسطين من قطاع الطريق إلى خريطة الطريق Muassisah Al-Risalah Al-Alamiyah, 2007
Beriman kepada Malaikat & Kitab : PTS Islamika, 2007.
Beriman kepada Rasul : PTS Publications, 2007.
Beriman kepada Allah : PTS Islamika ; 2007.
Inilah Akidah Muslim : PTS Publications & Distributors, 2007.
Fahaman dan Ideologi Umat Islam : PTS Islamika, 2007.
Takwa : Takut tetapi Rindu : PTS Publications & Distributors, 2007.
Islam dan Demokrasi : PTS Islamika, 2007.
Ramadan: Tetamu Yang Dirindui : PTS Islamika, 2007.
Muqaddimah Aqidah Muslimin (edisi baru): Sarjana Media, 2006.
Hadharah Islamiyyah bukan Islam Hadhari : Nufair Street, 2005.
Islam: Fikrah, Harakah & Daulah : Dewan Pustaka Fajar, 2005
At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran: Surah Al-Baqarah. Nufair Street, 2004
شبهات وعقبات حول تطبيق الشريعة في ماليزيا : Darul Tauzi' wal-Nasyr al-Islamiyyah, 2004
اهمية الموقف الاسلامي الموحد تجاه العولمة : Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn Bhd, 2003
Globalisasi : Pendirian Islam Mengenainya, Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, 2003
Suruhan Jaya Pilihanraya (SPR) Khianat Amalan Demokrasi Berparlimen? : Angkatan Edaran Enterprise, 2003
Sekolah Agama Rakyat Pertahan Benteng Kekuatan Ummah : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2003
Tafsir Surah Al-Hasyr & Al-Fil : As-Syabab Media, 2002.
Dari Mimbar Masjid Rusila : Khutbah Jumaat & Hari Raya : As-Syabab Media, 2002
Tafsir Surah al-Hujurat : As-Syabab Media, 2002.
At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Luqman : As-Syabab Media, 2002
Amanat Haji Hadi : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 2002
Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : Yayasan Islam Terengganu, 2002
Ketaatan dan Ubudiyah : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2002.
Qazaf: Mangsa Fitnah : Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001.
Angkara Minyak : Tumbangkan Kerajaan Haji Hadi (Bersama Dato' Tarmizi Mohd Jam), Rangkaian Minda Pubs, 2000
Tafsir Surah Yaasin : Menyelami Lubuk Hati Al-Quran : Penerbitan Muttaqin, 2000
Medan Kehidupan : Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Terengganu, 2000
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 6 (Jihad Di Jalan Allah): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 2000
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 5 (Mencapai Dua Kemenangan): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 2000
Lahirnya Beberapa Firqah di Kalangan Umat Islam : Darul Huda Enterprise, 1999.
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 4 (Tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 3 (Usaha Jahat Yahudi): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1999
Tafsir Surah Yasin : Menyelami Lubuk Hati Al-Quran, Penerbitan Muttaqin Sdn Bhd. 1999
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 2 (Umat Yang Dimurkai): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1998
Tafsir al-Quran Surah al-Baqarah : Siri 1 (Petunjuk Golongan Muttaqin): Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1998
Khutbah Jumaat dan Hari Raya, Institut Tarbiah Johor & An-Naas Enterprise, 1996
Sistem Pemerintahan Negara Islam : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1995
Penghujung Kehidupan : Dewan Muslimat Sdn Bhd, 1995
Isu Hudud : Haji Hadi jawab Mahathir : Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1994.
Antara Wawasan dan Jumud : Lujnah Penerangan dan Dakwah, PAS Kawasan Parlimen Balik Pulau, 1993
At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al-Hasyr : Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, 1993
At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Quran Surah Al-Saff : Lajnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS Pusat, 1993
Aqidah dan Kepimpinan, Jabatan Penerangan PAS Pusat, 1992
Beriman kepada Rasul : Pustaka Aman, 1992
Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (Jilid 2) : Dewan Pustaka Fajar, 1992
Kaedah Islam dan Implikasi Perang Teluk (Siri Suara PAS di Parlimen) : Jabatan Penerangan, Penyelidikan dan Dkawah PAS Pusat, 1991.
Beriman kepada Hari Akhirat : Pustaka Aman Press Sdn Bhd, 1991
Beriman kepada Qada dan Qadar : Pustaka Aman, 1990
Beriman kepada Malaikat dan Beriman kepada Kitab : Pustaka Aman, 1990
Beriman kepada Allah (Siri Aqidah Muslimin), Pustaka Aman Press Sdn Bhd, 1988
Dari Mimbar Masjid Rusila : Iman dan Amal, Pustaka Istiqamah, 1988
Muqaddimah Aqidah Muslimin : Pustaka Aman, 1988
Perpecahan Bangsa dan Penyelesaian (bersama Ustaz Fadzil Mohd Noor) : Dewan Pemuda PAS Malaysia & G.G Edar, 1988
Fiqh Al-Harakah dari Sirah Nabawiyyah (Jilid 1) : Dewan Pustaka Fajar, 1987
Tarbiah Islamiah Harakiah : Peranannya dalam Pembentukan Jamaah : GG Edar, 1987
Konsep Negara Islam dan Matlamatnya : GG Edar, 1986
Uslub Dakwah : GG Edar, 1986
Muqaddimah Aqidah Muslimin : Gedung Gua, 1985
Konsep dan Matlamat Negara Islam : Simposium Negara Islam, 1985
Rahsia Kekuatan Tentera Allah : Penerbitan Mujahid, 1984
Hizbullah dan Hizbul Syaitan : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
Jika Islam mentadbir : wawancara U.P.I. Paul Wedel dengan Haji Abdul Hadi b. Hj. Awang : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
Islam Tulen : Himpunan Khutbah : Penerbitan Gedung Ummah, 1984
Siapa Menganut Ajaran Sesat? : GG Edar, 1984
Batas-batas Iman dan Kufur : Pustaka Damai, 1983
Era Generasi Gemilang (bersama Fathi Yakan), Penerbitan Gedung Ummah, 1983
Islam : Menyelesaikan Masalah Ummat dan Negara : Media Islam, 1981
Kebangkitan Ummat Islam : Satu Gagasan : Media Islam, 1981
Ke arah penyelarasan dan pengembelingan tenaga ahli dan masyarakat untuk memperkuatkan gerakan dakwah Islamiah : Seminar Pembangunan Islam Terengganu, 1977
Menteri Besar Terengganu[sunting | sunting sumber]


Pencapaian Tuan Guru Abdul Hadi Awang semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Terengganujuga memberangsangkan. Walaupun dinafikan royalti petroleum seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum Tahun 1974, ia bukanlah alasan untuk beliau mengabaikan kesejahteraan negeri.


Antara pencapaian beliau adalah dalam sektor pendidikan (pengukuhan kedua-dua institusi pendidikan formal dan informal dalam negeri); institusi zakat yang adil (pungutan zakat yang lebih tinggi antara tahun 2000-2004 dengan jumlah pungutan sebanyak RM122.4juta berbanding tahun 1990-1999 di bawah pentadbiran UMNO tahun dengan jumlah kutipan hanya sebanyak RM85juta), reformasi tanah (pengurangan premium caj tanah dari 20% ke 10% dan melebihi sasaran untuk menyelesaikan 50,000 tunggakan kes pertikaian tanah setiap tahun);


Ketelusan dalam aktiviti pembalakan (premium RM60.6juta untuk 15,000ha pada tahun 2003 berbanding dengan premium sebanyak RM17.9juta untuk jumlah hektar yang sama semasa pentadbiran UMNO tahun 1997), pengurangan kadar kemiskinan dari 17.3% ke 14%;


Pengenalan dasar '5 hari bekerja' pada tahun 1999, yang kemudiannya diikuti oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 2000; pengenalan 90 hari cuti bersalin dan 7 hari cuti menjadi bapa; pemansuhan permit beca dan yuran bakul dalam kalangan peniaga-peniaga kecil, pemansuhan kutipan tol di Jambatan Sultan Mahmud, serta penubuhan semula Undang-Undang Islam dalam perlembagaan negeri dengan pengenalan beberapa enakmen yang berlandaskan Al-Quran danAs-Sunnah.[47]
Muslim Berpengaruh Dunia[sunting | sunting sumber]


Abdul Hadi Awang telah dinobatkan sebagai antara muslim yang paling berpengaruh di dunia oleh The Royal Islamic Strategic Studies yang berpengkalan di Amman, Jordan. Beliau telah diberikan pengiktirafan ini menerusi kategori Pendakwah & Pembimbing Rohani (Preachers & Spritual Guides) di dalam keluaran terbaru The Muslim 500; The World’s 500 Most Influential Muslims edisi 2016.[48]

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej