Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, January 8, 2016

Ingatkan AMANAH mahu lawan BN sahaja Rupanya dengan PAS pun mereka akan lawan!

Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan membayangkan bakal bertanding di Kelantan, sekiranya rundingan dengan kerajaan negeri itu tidak dapat diadakan.

Pengerusinya, Datuk Wan Abd Rahim Wan Abdullah bagaimanapun menjelaskan, keputusan muktamad hanya boleh dibuat Presidennya, Mohamad Sabu.

Beliau berkata, tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih jauh dan Amanah akan cuba mengadakan rundingan dengan PAS, kerana objektif utama parti pembangkang adalah untuk menumbangkan Barisan Nasional.

“Buat masa ini, kita menumpukan kepada penambahan ahli dan menubuhkan cawangan di setiap daerah mengundi. Hari ini juga, kita menubuhkan Amanah Kawasan Bandar yang diketuai Andy Tan.

“Untuk 2016, kita merancang menubuhkan sebuah cawangan di setiap daerah mengundi. Sebagai contoh, Amanah akan menubuhkan 10 cawangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Lama,” katanya pada sidang media hari ini.

Wan Abd Rahim menjelaskan, sejuta kemungkinan boleh berlaku dalam soal bertanding dan itu mungkin adalah jalan terakhir, jika pimpinan PAS Kelantan enggan mengadakan rundingan.

Menurutnya, sebagai contoh, jika Amanah bertanding di DUN Kota Lama, parti itu akan meletakkan calon berbangsa Cina untuk mencabar calon MCA dan PAS yang turut menurunkan calon berbangsa Cina, iaitu Datuk Anuar Tan Abdullah.

http://siemens-melayumaju.blogspot.com/2016/01/ingatkan-amanah-mahu-lawan-bn-sahaja.html

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej