Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, January 22, 2016

KRISMAS ADALAH PEMBOHONGAN SEJARAH

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK

KRISMAS ADALAH PEMBOHONGAN SEJARAH

Seluruh kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi terdahulu, walaupun telah dipinda dengan tangan-tangan manusia, ia masih mengandungi beberapa isi yang menunjukkan tentang kedatangan Nabi Akhir zaman.
Hakikat inilah yang menyebabkan seorang bekas paderi kristian bernama Ibrahim Khalil Philips dari Mesir, mengkaji kitab-kitab samawi Injil, Taurat termasuk al-Quran, akhirnya beliau dipancari taufik hidayah dari Allah lalu memeluk Islam.
Begitu juga seorang lagi paderi kristian ortodoks, juga daripada Mesir apabila mengkaji firman Allah dari surah at-Tiin ayat Wattiin wazzaitun, Wa turi siiniin, Wa hazal baladil amin yang bermaksud demi buah zaitun dan tin, demi bukit Tursina dan demi bumi yang aman. Tin dan zaitun itu merujuk kepada tempat asal tumbuhan tersebut iaitu bumi Palestin, tempat lahirnya Nabi Isa, yang diagungkan Kristian. Tursina pula adalah bukit tempat munajat Nabi Musa yang diagungkan orang Yahudi. Manakala 'bumi aman ini' adalah mekah, tempat turunnya ayat tersebut kepada Nabi Muhammad SAW.
Setelah mengkaji tentang sumpah-sumpah Alla itu, rupanya ketiga agama ini ada kaitan antara satu sama lain, iaitu semuanya adalah Islam yang dari Allah, lalu beliau memeluk Islam. Nabi-nabi itu semuanya membawa ajaran tauhid yang sama.
Telah ramai bekas-bekas paderi yang mengkaji penyelewengan agama kristian dan menjumpai kebenaran agama Islam. Antaranya juga ketika mengkaji sambutan perayaan krismas yang didakwa pada 25 Disember. Sebahagian mereka ada yang menyatakan pada 1Januari. Mereka beriman bahawa Nabi Isa dilahirkan pada tarikh-tarikh krismas tersebut.
Didalam al-Quran, tuhan menyebutkan kisah yang berbeza. Ketika Siti Maryam ingin melahirkan Nabi Isa, beliau menggoncang pohon kurma sehingga gugur rutab darinya. Buah rutab ini hanya tumbuh di musim panas sahaja, sedangkan tarikh Disember dan Januari yang didakwa masyarakat kristian hari ini adalah tempoh musim sejuk. Musim panas adalah sekitar bulan Jun.
Sebenarnya, orang-orang Kristian meminda ajaran asal Nabi Isa mengikut tempat dan cara orang mereka. Orang-orang rom di barat yang percaya kepada agama falsafah keberhalaan, menjadikan agama kristian turut memiliki berhala Isa, Maryam dan Malaikat di dalam gerejanya. Bahkan, rupa Nabi Isa juga diukir mengikut rupa paras orang barat. Orang kristian di Afrika pula, mencipta imej Nabi Isa hitam seperti mereka sedangkan Nabi Isa adalah berketurunan Bani Israel dari Asia Barat.
Walaubagaimanapun, masih terdapat orang-orang Kristian yang ikhlas mencari kebenaran seperti Raja Najasyi di Habsyah. Apabila beliau mendengar ayat-ayat al-Quran yang disampaikan oleh rombongan Jaafar Abu Talib, beliau menangis kerana mengetahui benarnya kandungan al-Quran dan akhirnya beliau menerima Islam. Bahkan beliau sanggup berjuang mempertahankan kebenaran apabila sebahagian rakyatnya yang kristian memberontak kerana menukar agama kepada Islam.
Firman Allah SWT:
وَإِذَا سَمِعُوا مَا أُنْزِلَ إِلَى الرَّسُولِ تَرَىٰ أَعْيُنَهُمْ تَفِيضُ مِنَ الدَّمْعِ مِمَّا عَرَفُوا مِنَ الْحَقِّ ۖ يَقُولُونَ رَبَّنَا آمَنَّا فَاكْتُبْنَا مَعَ الشَّاهِدِينَ
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
[Ali Imran:83]

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej