Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, January 13, 2016

KENAPA PAS DITUBUHKAN?

"Kenapa mesti sokong PAS?"

KENAPA PAS DITUBUHKAN?
Parti Islam Semalaysia atau PAS ditubuhkan secara rasmi pada 21 Zulkaedah 1370 bersamaan dengan 24 November 1951. Penubuhan PAS menempuh satu proses yang panjang sesuai dengan fitrah perjuangan Islam itu sendiri yang terpaksa melalui pelbagai liku-liku dan rintangan. PAS lahir bukan untuk mendapatkan habuan dunia atau kerana kehendak mana-mana individu. la juga bukan lahir kerana kekalahan dalam perebutan beberapa individu dalam perebutan jawatan politik dalam parti. PAS lahir di atas sahutan untuk menyempurnakan arahan Allah SWT tentang perlunya sebuah jemaah yang mempunyai cita-cita untuk menegakkan Islam di atas muka bumi sesuai dengan firmanNya yang bermaksud; "Hendaklah ada di kalangan kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji)"(Ali-Imran, 3:104)

SIAPAKAH DI BELAKANG PENUBUHAN PAS?

PAS bukanlah merupakan parti Islam yang pertama ditubuhkan. Tetapi di kalangan para pengkaji dan sarjana, mereka sependapat bahawa PAS merupakan parti Islam yang paling tua dan berpengaruh di negara ini. Sejarah penubuhannya diwarnai dengan pelbagai peristiwa yang menarik. Kontroversi berhubung isu kemerdekaan dan kedudukan orang Melayu telah mendorong persidangan ulama yang ketiga diadakan pada 24 November 1951. Persidangan yang diadakan di bangunan Kelab Melayu Bagan di Butterworth, Privince Wellesley (kini dikenali sebagai Seberang Prai) merupakan lanjutan kepada persidangan ulama kedua yang diadakan di Kuala Lumpur.

DARI MANA PAS MENDAPAT NAMANYA?

Persidangan itu telah dihadiri oleh lebih 200 perwakilan dan pemerhati termasuk 20 orang wanita dari seluruhTanah Melayu dan Singapura.Dalam ucapan dasarnya yang dibacakan oleh Haji Ahmad Maliki, Haji Ahmad Fuad menyatakan betapa sebuah kesatuan ulama atau Parti Islam Tanah Melayu harus ditubuhkan untuk menggabung dan menyatukan ulama serta umat Islam bagi membangunkan agama, ummah dan tanah air. Beberapa nama telah dicadangkan untuk menubuhkan kesatuan Islam ini. Daripada tujuh cadangan yang dikemukakan, akhirnya nama Partai Islam Se-Malaya (PAS) atau Pan-Malayan Islamic Party (PMIP) telah dipersetujui secara majoriti oleh perwakilan yang hadir dalam persidangan itu.

SIAPA PRESIDEN PAS YANG PERTAMA?

Haji Ahmad Fuad telah dipilih sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama. Beliau merupakan seorang tokoh ulama yang berasal dari Terengganu dan pernah belajar di sekolah agama rakyat Ma'ahad Ehya al-Syarif di Gunung Semanggol. Semasa di sana, Haji Ahmad Fuad Hassan banyak menyumbangkan tulisannya dalam akhbar-akhbar Melayu mengenai kemunduran orang Melayu dan kecetekan pengetahuan agama di kalangan umat Islam. Beliau pernah mencadangkan betapa pentingnya sebuah'kesatuan ulama' atau sebuah 'Parti Islam Tanah Melayu' ditubuhkan bagi menyatukan ulama dan umat Islam untuk membangunkan agama, ummah dan tanah air.

BAGAIMANA PAS BERKEMBANG SEBAGAI ORGANISASI POLITIK?

Sebagai sebuah organisasi politik PAS telah menggariskan empat objektif perjuangan yang utama. Pertama, untuk mewujudkan satu ikatan persaudaraan !slam untuk membentuk satu tenaga koiektif bagi menyelenggarakan semua tuntutan agama Islam dan politik demokrasi. Kedua, menumpukan usaha dan tenaga untuk menyatukan perlembagaan pentadbiran agama seluruh Tanah Melayu. Ketiga, memelihara dan mempertahankan hak, kepentingan, maruah agama dan umat Islam. Keempat, bekerjasama dengan organisasi-organisasi politik lain yang prinsip dan matlamatnya tidak bertentangan dengan ajaran Islam untuk mencapai demokrasi, keadilan sosial dan kemanusiaan.

BILA CAWANGAN PERTAMA PAS DITUBUHKAN?

Cawangan PAS yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinang pada 9 Mac 1952 diikuti dengan penubuhan cawangan di Perak pada 10 April 1952 sebelum melebarkan sayapnya ke Perlis pada 2 Mei 1952, Selangor pada 13 Julai 1952 dan Kelantan dua bulan kemudiannya. Sehingga Disember 1952, PAS telah berjaya menubuhkan 16 buah cawangannya di Tanah Melayu dan Singapura. Setahun selepas penubuhannya, PAS mengadakan muktamarnya yang pertama di Madrasah Dairatul Maarif, Kepala Batas, Province Wellesley pada 3 dan 4 Januari 1953. Dalam muktamar itu, Haji Ahmad Fuad dilantik semula sebagai Yang Dipertua PAS.

KENAPA AHMAD FUAD LETAK JAWATAN?

Bagaimanapun menjelang bulan September 1953, Haji Ahmad Fuad meletakkan jawatannya dan menyertai Parti Negara yang ditubuhkan oleh Dato Onn Jaafar. Pada 28 Februari 1954, Dr. Haji Abbas Alias telah dilantik untuk memangku jawatan Yang Dipertua PAS yang dikosongkan oleh Haji Ahmad Fuad. Tugasnya sebagai doktor perubatan dalam perkhidmatan kerajaan tidak membenarkannya bergiat secara aktif dalam PAS dan politik.Namun begitu, di bawah kepimpinannya PAS telah mengalami beberapa perkembangan yang pesat khususnya di Pantai Timur. Program lawatan ke seluruh negeri Kelantan oleh Othman Abdullah selaku Ketua Pemuda PAS dan Mohd.Asri telah mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tertubuhnya cawangan parti di Pasir Mas, Kota Bahru dan Pasir Puteh.

APAKAH SUMBANGAN DR. HAJI ABBAS?

Di bawah kepimpinan Dr. Haji Abbas ibu pejabat PAS telah dipindahkan ke Kuala Lumpur. Meskipun Dr. Haji Abbas tidak dapat berkhidmat sepenuh masa dengan parti tetapi di mana sahaja beliau bertugas, di situlah benih-benih PAS tumbuh. Pada Muktamar PAS ketiga yang diadakan di Madrasah al-Tahzib ad-Diniyyah,Titi Serong, Parit Buntar, Perak pada 12 hingga 14 Ogos 1954, Dr. Haji Abbas telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS.

BILAKAH PAS MULA MENYERTAI PILIHANRAYA?

Selang setahun kemudian, kerajaan Bristish telah mengadakan Pilihan Raya Persekutuan yang pertama pada 27 Julai 1955. Pendaftaran PAS sebagai sebuah parti politik diluluskan sehari sebelum penamaan calon diadakan. Pada pilihan raya itu, PAS telah meletakkan calon di 11 kawasan daripada 52 kawasan yang dipertandingan. PAS telah menang satu kerusi Parlimen di Kerian, Perak melalui calonnya, Tuan Haji Ahmad Tuan Hussain dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Perak di Parit Buntar menerusi Ahmad Kamal.

APAKAH CITA-CITA PAS?

PAS ditubuhkan untuk melaksanakan tuntutan menegakkan amar makruf dan nahyu munkar. Cita-cita ini tidak boleh dilaksanakan kecuali mempunyai kuasa politik atau pemerintahan. Dengan mempunyai kuasa politik dan melalui kerajaan sahaja yang boleh melaksanakan perintah dan larangan serta menguatkuasakan undang-undang Allah. Hal ini dilakukan oleh Rasulullah s.a.w yang melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahyu munkar dengan sempurna ketika memegang kuasa di Madinah. Langkah ini wajib diikuti dengan ijmak para sahabat dan ulama yang muktabar. Sebagai sebuah harakah Islamiah, tidak memadai bagi PAS bergantung kepada ceramah dan kuliah semata-mata untuk melaksanakan tuntutan tersebut. la memerlukan kuasa bagi memastikan tuntutan Islam dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya.

BENARKAH PAS MENCAMPUR-ADUKKAN POLITIK DAN AGAMA?

Adalah menjadi satu kewajiban kepada umat Islam berusaha untuk menegakkan masyarakat Islam yang tunduk kepada undang-undang Allah. Bertitik tolak daripada itu, PAS berusaha meneruskan perjuangan nabi untuk menyebarkan risalah dakwah dengan mengajak dan menyedarkan umat manusia tentang kedudukannya sebagai makhluk Allah serta tanggungjawabnya kepada khaliq. Seruan Pas itu adalah merentasi sempadan keturunan, agama dan batasan geografi sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat. Islam adalah ‘Ad deen’ dan agama yang bersifat sejagat. Jadi, Islam harus diperjuangkan secara menyeluruh dan tidak seharus berlakunya pemisahan di antara agama dan politik.

APAKAH DASAR PERJUANGAN PAS?

Dasar perjuangan PAS ialah Islam. Islam yang diperjuangkan oleh PAS ialah Islam yang lengkap merangkumi semua perkara sama ada yang berkaitan dengan ibadah, politik, ekonomi, pendidikan, sosial, akhlak dan sebagainya. PAS memperjuangkan din wa daulah iaitu agama dan negara. PAS menerima konsep Islam secara keseluruhan sebagai satu cara hidup yang syumul bukannya secara tempelan dengan beriman separuh dan menolak yang sebahagian lagi. PAS menerima Islam secara keseluruhannya dan tidak dalam perkara yang berkaitan dengan solat, puasa, zakat dan haji semata-mata tetapi merangkumi penolakan terhadap judi, zina, rasuah dan sebarang bentuk kemungkaran yang lain.

APAKAH SUMBER RUJUKAN PAS?

Islam yang diperjuangkan oleh PAS adalah bersumberkan kepada al-Quran dan hadis. Risalah Islam yang dibawakan oleh PAS bukan merupakan rekaan para pemimpinnya tetapi adalah berlandaskan kepada apa yang telah diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Agama Islam tidak boleh disamakan dengan doktrin dan ideologi ciptaan manusia. la bersumberkan kepada wahyu Ilahi. Jadi, PAS berjuang dan bertindak berdasarkan kepada apa yang dibenarkan dan terkandung di dalam Islam.

APAKAH MATLAMAT YANG HENDAK DICAPAI OLEH PAS?

Sejak ditubuhkan PAS telah berusaha untuk memartabatkan Is¬lam. PAS sebagai sebuah parti politik dan dakwah yang mempunyai matlamat jangka panjang untuk melihat kemurnian Islam dapat direalisasikan, keadilan Islam dapat dihayati dan kecantikan Islam dapat dipraktikkan di dalam kehidupan umat manusia. Cita-cita dan perjuangan PAS ialah untuk menzahirkan Islam agar ia tidak berada di dalam lipatan sejarah dan kitab feqah atau hanya menjadi perbincangan yang bersifat akademik sahaja.

APAKAH PERKARA INI TERKANDUNG DALAM PERLEMBAGAAN PAS?

Dalam Perlembagaan PAS telah dinyatakan secara jelas mengenai perkara ini. PAS mempunyai tujuan untuk memperjuangkan wujudnya dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-¬hukumnya menuju keredaan Allah. Selain itu, PAS juga ditubuhkan dengan tujuan untuk mempertahankan kesucian Islam, kemerdekaan dan kedaulatan negara.Tujuan ini telah menjadi asas kepada perjuangan PAS daripada dahulu sehingga kini biarpun kepimpinannya telah bertukar ganti manakala cabaran dan situasi juga sering kali berubah.

SELUAS MANAKAH DIMENSI PERJUANGAN PAS?

PAS merupakan sebuah parti politik yang mempunyai dimensi perjuangan yang Iuas. Perjuangannya tidak terbatas di dalam politik dan hal-ehwal yang berkaitan dengan sistem kenegaraan tetapi juga di dalam bidang dakwah, kemasyarakatan, kebajikan serta segala aspek kehidupan manusia. Penglibatan dan sumbangan di dalam bidang-bidang yang disebutkan itu merupakan suatu realiti yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun.Sejarah tidak pernah membohongi kita tetapi kita yang sering membohongi sejarah.

BENARKAH PERJUANGAN PAS TERBATAS KEPADA ORANG ISLAM SAHAJA?

Asas perjuangan PAS ialah Islam. Oleh itu, Pas membuka pintu perjuangannya kepada semua orang Islam tanpa membataskannya kepada sesuatu kelompok kaum sebagaimana yang disyaratkan oleh sesetengah parti politik.Walaupun PAS adalah didokong oleh orang¬orang Islam tetapi dimentii perjuangannya merangkumi juga mereka yang bukan beragama IsIam.PAS meletakkan Islam pada kedudukan yang paling tinggi sekali dengan mengenepikan perjuangan yang bersifatkan perkauman. PAS mendokong prinsip-prinsip keadilan Islam dengan memastikan hak semua kaum sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam mendapat pembelaan yang sewajarnya.

BOLEHKAH PAS BEKERJASAMA DENGAN PARTI POLITIK DAN NGO?

PAS merupakan sebuah parti politik yang bersikap terbuka dan berpandangan jauh. PAS bukan merupakan sebuah parti yang mengamalkan dasar perjuangan yang sempit apatah lagi bersifat perkauman. PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi mana ia tidak bercanggah dengan nilai sejagat dan perjuangan Is¬lam. Sejak ditubuhkan, PAS telah mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak sama ada yang berupa parti politik, gerakan Islam atau pun pertubuhan bukan kerajaan. PAS pernah menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 1974 sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada komponen itu pada tahun 1978.

APAKAH BENTUK PAKATAN LAIN YANG PERNAH DISERTAI PAS?

Kepimpinan PAS pernah mengadakan kerjasama dengan beberapa buah organisasi politik membentuk Harakah Keadilan Rakyat (HAK) dan mengadakan persefahaman dengan Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM), Parti Demokratik Sosialis, Parti Nasionalis Malaysia (NASMA) dan Majlis Perundingan Masyarakat Cina (CCC) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 1986. Kerjasama itu kemudiannya diteruskan di bawah kepimpinan Allaryarham Datuk Haji Fadzil selepas mengambil-alih jawatan Presiden PAS daripada Tuan Haji Yusuf Rawa. Kerjasama dengan Parti Melayu Semangat 46, Hamim dan Berjasa di dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) telah dibentuk pada tahun 1989 untuk menghadapi Pilihan Raya Umum 1990.

APAKAH HASIL DARIPADA KERJASAMA ITU?

Pakatan APU telah menyapu bersih semua kerusi yang dipertandingkan sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan. lni membolehkan PAS kembali berkuasa serta mendominasi politik Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990. Pada Pilihan Raya Umum 1999, PAS telah bekerjasama dengan Parti Keadilan Nasional (Keadilan), DAP dan PRM dalam Barisan Alternatif (BA). Kerjasama dan pakatan itu telah menamatkan penantian PAS selama 40 tahun untuk memerintah Terengganu. Malahan kerjasama itu juga telah menyaksikan pertambahan bilangan kerusi dan undi popularyang diperolehi oleh PAS di seluruh negara.

APAKAH YANG DIKATAKAN KEPIMPINAN ULAMA?

Kepimpinan ulama sebenarnya sudah bermula sejak awal PAS ditubuhkan. Cumanya istilah kepimpinan ulama hanya digunakan secara meluas pada tahun 1980an apabila berlakunya perubahan tampuk kepimpinan parti kepada golongan pemimpin yang berpendidikan agama. Kalau dahulu ulama sering dilabelkan sebagai tuan guru atau golongan ustaz yang mengajar di pondok, madrasah dan surau. Namun PAS telah mengangkat kedudukan ulama dan membuktikan betapa ulama juga mampu untuk mentadbir dan memerintah negera. Di bawah kepimpinan golongan ulama yang kini diterajui oleh Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang, PAS telah muncul sebagai parti kedua terbesar di negara ini selepas UMNO dengan keahlian yang hampir mencecah satu juta orang. Malahan PAS juga menjadi satu-satunya parti di negara ini yang menjadikan Islam sebagai asas perlembagaan, dasar dan matlamat perjuangannya.

KENAPA HARUS SOKONG PAS?

Sementelahan itu, PAS tidak sekadar melibatkan diri dalam hal¬hal yang berkaitan dengan politik dan dakwah tetapi turut menawarkan khidmatnya kepada masyarakat dalam pelbagai bentuk aktiviti sosial dan kebajikan. PAS sentiasa berusaha menjalinkan hubungan yang baik dengan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga masyarakat bukan Islam bagi memenuhi tuntuhan dakwah serta kegiatan politiknya. Dengan melibatkan diri dalam PAS,seseorang bukan sahaja dapat melibatkan diri dan memberikan sumbangan perjuangan Islam tetapi turut serta dalam pelbagai kegiatan dan program kemasyarakatan yang diadakan. Bagi yang meminati bidang dakwah, mereka boleh menjadikan PAS sebagai wadah perjuangannya. Ini kerana PAS menyediakan gelanggang pergerakan dakwah yang lebih luas sejajar tanpa melakukan pemisahan pada agama dan politik serta persoalan yang melibatkan dunia dan akhirat. Kedua-dua aspek itu diperjuangkan secara bersepadu sesuai dengan kedudukan Islam sebagai ad deen yang lengkap lagi syumul.

APAKAH ASAS PAS MELIBATKAN DIRI DALAM POLITIK PILIHANRAYA?

Penglibatan PAS dalam proses pilihanraya adalah bagi memenuhi tuntutan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.Selain itu, penyertaan PAS di dalam pilihanraya ialah bertujuan untuk menawarkan alternatif dan memberikan kefahaman kepada rakyat negara ini terhadap dasar-dasar perjuangan Islam yang dibawanya. Kehadiran PAS tidak sekadar untuk merancakkan suasana pilihanraya tetapi dengan harapan untuk mencapai kemenangan bagi membuka laluan kepada perlaksanaan pemerintahan Islam. Dengan kata lain, PAS tidak pernah menjadikan kuasa dan jawatan sebagai matlamat perjuangannya tetapi hanya sebagai wasilah serta alat untuk membolehkan cita-cita Islam yang diperjuangkannya dapat dilaksanakan dalam masyarakat kita. PAS yakin bahawa sistem Islam dapat diterima oleh semua pihak sekira dasar-dasar yang dibawanya difahami dan dihayati dengan fikiran terbuka tanpa melibatkan kepentingan serta permainan emosi yang melampau.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej