Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, January 18, 2016

MAHU SAMAN, TAPI KONSISTEN MAHU SELESAI LUAR MAHKAMAH

Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi
2 hrs
MAHU SAMAN, TAPI KONSISTEN MAHU SELESAI LUAR MAHKAMAH
Rayuan drpd pihak LGE agar Ust Nashrudin Tantawi bermula awal membawa sehingga ke tarikh perbicaraan.
Defendan menerima ugutan keras daripada individu tidak dikenali melalui pesanan ringkas agar tidak menghadirkan diri ke mahkhamah pada esoknya 15/01/15.
Sebelum perbicaraan plaintif@LGE mengarahkan peguamnya bertemu dgn peguam defendan mengemukakan hasrat mereka agar berhenti dan mengambil pendekatan selesai luar mahkamah. Ditolak keras oleh Defendan.
Sejurus perbicaraan bermula, plaintif@LGE mengarahkan peguamnya mengemukakan hasrat utk selesai luar mahkhamah kepada Hakim dgn syarat tambahan defendan mengemukakan permohonan maaf. Defendan Ust Tantawi diminta mempertimbangkan permintaan tersebut. Defendan dan peguamnya berbincang sekali lagi berkenaan permintaan plaintif.
Defendan melakukan solat sunat hajat dan istikarah berkenaan perkara ini dan akhirnya mengambil keputusan untuk meneruskan perbicaraan sekaligus tidak mahu menerima rayuan plaintif agar selesai diluar mahkhamah. Menurut defendan, jika perbicaraan ini diteruskan, menang atau kalah, banyak lagi pembongkaran akan dpt dilakukan mengenai salah laku plaintif memandangkan defendan mempunyai dua(2) dokumen OSA yg bakal menganggu gugat plaintif. Perbicaraan diteruskan.
Sekali lagi dalam keadaan resah, plaintif meminta peguamnya membuat rayuan kepada defendan dan peguam2 nya agar kedua belah pihak mengambil pendekatan selesai luar mahkhamah. Defendan tegas tidak mahu menerima dan tidak akan sekali-kali membuat kenyataan mohon maaf.
Konsistensi plaintif merayu agar perkara ini diselesaikan luar mahkhamah membawa kepada keputusan Hakim perbicaraan agar perjumpaan tertutup antara Hakim, plaintif dan defendan sahaja tanpa kehadiran peguam masing2.
Hakim mencadangkan perbicaraan ini diselesaikan luar mahkhamah dengan mengambil kira pendirian plaintif dan defendan. Mengikut plaintif, beliau mahu artikel defendan ditarik kembali dan membuat kenyataan mohon maaf secara terbuka. Hakim bertanya kepada defendan tetapi defendan keras menyatakan tiada mohon maaf kerana beliau tidak membuat fitnah tetapi bersetuju mungkin akan menarik balik sebahagian kecil artikel beliau boleh menyebabkan salahpaham atau interpretasi.
Plaintif sekali lg meminta agar defendan mengemukakan permohonan maaf kerana jika tidak akan menjejaskan kredebiliti beliau sebagai ketua menteri. Defendan berkeras dan memberi kata putus Tiada Maaf atau teruskan kes.
Hakim meminta agar plaintif menimbal semula memandangkan defendan setuju berlembut utk menarik semula sebahagian kecil artikel beliau, kenapa tidak plaintif.
Akhirnya kata sepakat diambil, perbicaraan ditamatkan luar mahkhamah dengan syarat defendan menarik kembali sebahagian kecil artikelnya dan tidak perlu memohon maaf kpd plaintif kerana tiada unsur fitnah dilakukan.
Mengambil kira pendapat peguam, jika perbicaraan diteruskan mungkin akan berlanjutan hingga setahun dan menelan kos tidak kurang RM300k, akhirnya defendan setuju utk melakukan penyelesaian luar mahkhamah dengan syarat TIADA PERMOHONAN MAAF dilakukan dan bersetuju utk menarik sebahagian kecil ayat artikel beliau yg mungkin boleh membawa kpd salah paham.
Kes ditutup dan TIADA tuntutan saman dilakukan selain daripada prosedur biasa perundangan defendan membiayai kos mahkhamah minimum RM10k. Dikhabarkan plaintif dan defendan berkongsi sebagai tanda kata sepakat kedua belah pihak bersetuju untuk mengambil pendekatan menyelesaikan diluar mahkhamah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej