Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, July 13, 2016

Ada yang minta Omak ulas kenyataan Timbalan Presiden PAS mengenai kenyataan beliau 'ADAKAH JALAN KELUAR"

Ada yang minta Omak ulas kenyataan Timbalan Presiden PAS mengenai kenyataan beliau 'ADAKAH JALAN KELUAR"

Omak masih berpegang kuat dan percaya amat musnahnya Pakatan Rakyat bermula dari Langkah Kajang cetusan idea berhantu dari pakar strategi paling brilian, genius, pintar lagi bijak dalam dunia Sdr Rafizi Ramli diikuti dengan kemelut turunkan Tan Sri Khalid Ibrahim secara kotor lagi jijik dengan fitnah 91 muka surat pelbagai tuduhan liar yang direka cipta dikepalai oleh Saifuddin Nasution Ismail yang sudah pasti dalam pengetahuan dan mendapat restu pimpinan tertinggi PKR.

Di ikuti dengan serangan bertali arus dari pimpinan tertinggi DAP sama ada dari Selangor maupun pusat.

PAS digambarkan sebagai parti yang khianat kepada perjanjian bersetuju untuk tidak bersetuju.

Tekan PAS dan Presidennya agar tunduk akan kemahuan PKR untuk hanya mencalonkan nama Dr Wan Azizah Wan Ismail seorang sahaja sedangkan pihak dari istana agar setiap parti Pakatan Rakyat mengemukakan lebih dari satu nama.

Apabila PAS dan presidennya enggan tunduk atas tekanan DAP dan PKR maka bermulalah suatu gerak kerja mau menukarkan Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang sebagai Presiden PAS di Mutamar PAS ke-61 tahun lepas hingga tercetus team pro ulama lawan team pro progresif yang secara terangan mendapat sokongan padu dari DAP.

Jelas DAP secara terangan dan terbuka melakukan kerja tidak sepatutnya sebagai ahli komponen Pakatan Rakyat iaitu mencampuri urusan dalam parti komponen lain.

Apabila team sokongan padu DAP tumpas teruk maka para pemimpinya amat kecewa terus merajuk dan tubuhkan parti baru diberinama PAN yang rata-rata diakui para penganalisis politik tanah air tidak lebih tidak kurang hanya sebagai proksi DAP untuk mendapatkan sokongan masyarakat Melayu kepada gabungan baru pembangkang yang ditubuhkan secara tergesa-gesa dan gelojoh tanpa PAS turut serta.

PAS terus menerus diserang secara kasar dan keras terutamanya dari DAP dan PAN.

Dari PKR pula yang cukup kuat menyerang dan membelasah PAS dengan cukup ganas tanpa ehsan ialah Rafizi Ramli dan Saifuddin Nasution Ismail selain Azan Ismail Pengerusi MPN PKR Terengganu.

Saranan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (TITM) lebih merupakan pandangan peribadi beliau yang belum pun dibincangkan dalam kepimpinan tertinggi PAS.

Niat beliau kena akui memang ikhlas dan murni tetapi sebagai parti yang sudah lama bertapak dalam negara ini sudah pasti keputusan sebesar itu tidak boleh diputuskan oleh seorang indvidu sahaja. Kalau boleh lebih molek dan afdal jika ianya dibawa ke suatu Muktamar Khas dengan memberikan kuasa kepada para perwakilan untuk menentukannya.

Apa jua keputusan diambil sama ada mengadakan rundingan atau pintu rundingan tertutup rapat biarlah para perwakilan dalam muktamar khas ini yang membuat keputusan.

Sebagai langkah agar rundingan ini menjadi realiti dengan suatu respon positif maka lagi sekali Omak menyatakan bahawa beberapa pemimpin PKR yang Omak sebutkan dan juga DAP tidak berada dimeja rundingan untuk berbincang.

PAN secara mutlak pasti ditolak mentah-mentah oleh PAS sebagai rakan berunding atas faktor khianat yang rasa tidak perlu Omak kupas dan ulas secara terperinci sebab umum sudah pun mengetahuinya.

Konklusinya .. jalan keluar ialah keluarkan Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution Ismail, Azan Ismail, beberapa pemimpin DAP terutamanya Tony Pua serta PAN dalam perbincangan.

TENKIU

Omakkau

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej