Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, July 7, 2016

hujah UMNO dan PAN yang menyebut Kelantan paling banyak pinjam dengan Pusat sebab tak pandai cari dana sendiri tu adalah palsu dan tertolak

Ramai yang kata PAS Kelantan tak pandai tadbir negeri hingga belanja mengurus pun terpaksa pinjam daripada Kerajaan Pusat.

Cakap free jer kan.

Tapi cuba lihat pada data rasmi yang dijawab di parlimen pada Mac 2016, dan diterbitkan pula oleh kitab utama UMNO iaitu Utusan.

Negeri mana yang paling banyak meminjam daripada pusat sehingga akhir Disember 2015?

Ini senarainya;

1. Pahang     : RM2.9 bilion
2. Sabah       : RM2.6 bilion
3. Sarawak   : RM2.5 bilion
4. Kedah       : RM2.28 bi­lion
5. Kelantan  : RM1.3 bilion
6. Selangor  : RM1.03 bilion
7. Mela­ka     : RM950 juta
8. N.Sembilan : RM942 juta
9. Terengganu : RM909 juta
10. Perak       : RM608 juta
11. Perlis       : RM373 juta
12. Johor       : RM249 juta
13. P.Pinang : RM69 juta

Malahan untuk negeri Kedah, lebih RM1 billion hanya diperuntukkan untuk menyelesaikan masalah bekalan air !

Justeru, hujah UMNO dan PAN yang menyebut Kelantan paling banyak pinjam dengan Pusat sebab tak pandai cari dana sendiri tu adalah palsu dan tertolak.

#silaSHAREdanTAGpadaHatersKelantan
#PemudaPASKelantan

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej