Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, July 23, 2016

Kes 1MDB - Ini pendirian PAS... Terpulang lah...

Ini pendirian PAS...
Terpulang lah...

1MDB: PAS KONSISTEN TUNTUT KETELUSAN DAN AKAUNTABILITI. TOLAK BUKA RUANG CAMPURTANGAN ASING

1. 1MDB ialah sebuah syarikat yang dimiliki kerajaan Malaysia yang terlibat dalam banyak pelaburan di dalam dan luar negara Malaysia tujuan memberikan pulangan dan keuntungan berterusan dan jangka panjang kepada negara.

1 MDB diberi pelbagai insentif dan keistimewaan termasuklah perolehan aset aset hartanah strategik bernilai tinggi milik kerajaan pada harga yang sangat murah.

Sejak tahun 2011, banyak laporan telah dibuat mengenai salah urus, ketirisan dan kelesapan duit serta aset 1MDB menjadikan skandal 1MDB sebagai skandal yang besar melibatkan duit rakyat Malaysia.

Ia bukan lagi skandal kewangan yang kecil kecilan bersifat domestik lagi, tetapi menjadi perhatian masyarakat antarabangsa dan mendapat liputan media utama dunia setanding skandal besar seperti ENRON di Amerika Syarikat.

2. Isu 1 MDB berkait dengan pergerakan jumlah wang yang besar yang sebahagiannya dibawa ke keluar dari Malaysia masuk ke dalam pelbagai janji niaga yang dipersoalkan jaminan keselamatan dan kuasa kawalan terhadap wang berkenaan.

Seperti dijangka, Kerajaan gagal memberi penjelasan yang munasabah kehilangan jumlah yang besar dari wang berkenaan.

Duit dan aset yang "lesap" dan terseleweng itu perlu "diproses" agar pemilikannya tampak sah; proses ini dinamakan penggubahan duit atau money laundering. Ia adalah jenayah dimana-mana negara.

Di Malaysia kita ada Akta 613, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Jabatan Keadilan Amerika melalui Peguamnya telah menyiasat dan mengesan aktiviti money laundering ini dilakukan oleh 1MDB menggunakan sistem kewangan negara Amerika Syarikat. Maka mereka berhak mengambil tindakan terhadap mana mana entiti luar yang yang menggunakan sistem mereka sebagai laluan untuk aktiviti haram ini.

Jadi US bukanlah campur tangan dalam urusan Malaysia, sebaliknya mengambil tindakan terhadap entiti asing yang mengadakan money laundering menggunakan sistem kewangan mereka. Antara entiti asing lain yang pernah dikenakan tindakan seperti ini ialah Deutsche Bank dari Jerman.  Saman sivil yang dikemukakan kali ini ialah untuk mendapatkan kebenaran menyita aset-aset berkaitan 1MDB dan melucutkan dan mendapatkan kembali dana USD 1 bilion berkaitan konspirasi antarabangsa melibatkan penggubahan haram ini.

3. Terdapat percubaan sesetengah pihak cuba memanipulasi kenyataan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang berkenaan mempertahankan negara dari campurtangan asing.

Gambaran dibuat bertujuan menyokong fitnah mereka bahawa DS TGHH mahu bersama UMNO, mempertahankan UMNO.

Ini sangat menyimpang dan tidak benar.

Jabatan Penerangan PAS Pusat menerima tempias perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menyebar poster bercetak yang memetik ucapan DS TGHH diluar konteks.

Selaku Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat saya ingin menegaskan poster berkenaan bukan terbitan Jabatan Penerangan PAS Pusat.

Perbuatan pemalsuan begini adalah keji dan wajar dikecam serta sudah tentu perbuatan mereka yang mencari cari ruang merosakkan persepsi orang ramai kepada PAS.

Adapun kenyataan TGHH yang berbunyi "Kita benci UMNO, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan UMNO. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur" adalah kenyataan beliau semasa wacana Iran: Kawan Atau Lawan pada Mac 2016 di Shah Alam.

Kenyataan tersebut mengulas mengenai krisis campur tangan kuasa asing di Syria. Tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB !

4. Perbuatan menyebarkan keratan kata-kata TGHH tanpa melihat konteks kata-kata tersebut dikeluarkan telah secara sengaja atau pun tidak mengundang PERSEPSI bahawa seolah-olah TGHH dan PAS mempertahankan Najib Razak dan penyelewengan 1MDB. Ia juga mengundang FITNAH seolah-olah Pas jahil dalam mengetahui kedudukan perkara ini disisi undang-undang dan ekonomi. Ini adalah *TIDAK BENAR* sama sekali.

5. Walhal PAS sangat konsisten daripada dahulu lagi dalam membantah sebarang bentuk penyelewengan dan salah urus harta rakyat oleh mana-mana pihak. Kenyataan media oleh Ust Idris Ahmad pada 21 Julai 2016 menyatakan bahawa Pas tuntut supaya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan yang dianggotai pakar-pakar kewangan bagi menyiasat penyelewengan dan mengheret orang yg bertanggung jawab ke muka pengadilan.

6. Kenyataan media ini turut dikuatkan oleh kenyataan Timb Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man di Facebook beliau bertarikh 21 Julai 2016 yang mempersoalkan integriti dan profesionalisme Ketua Polis Negara dan Ketua Audit Negara yang gagal memperolehi bukti siasatan sebagaimana yang difailkan oleh peguam negara US. Beliau juga turut menggesa penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini.

7. Pas terus komited dalam sebarang usaha menyuburkan pentadbiran yang baik (good governance) berasaskan prinsip dan nilai Islam, serta membanteras rasuah dan penyelewengan.

Sekian, dengan hormatnya.

ISTIQOMAH HINGGA KEMENANGAN

HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat
22 Julai 2016

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej