Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, July 30, 2016

dah jadi YB 2 tahun dah, kampung kita pun x mai melawat

Aku dihadapkan satu isu oleh sorang sahabat berkenaan pemimpin PAS yang katanya tidak layak dilantik di saf kepimpinan PAS....alasannya sbb susah nak dihubungi, susah nk berurusan, telefon tak jawab...mesej tak berbalas....dan bbrp alasan lain lagi....

Semua alasan yg diberikan itu mmg ada benarnya....tapi...mai aku cerita satu dialog lebih kurang 20 tahun lalu....

arwah bapak saudara aku pernah timbulkan hal yg serupa terhadap sorang ahli parlimen di tempat aku yg kali pertama menang dan kali pertama bergelar YB...alasan diberikan iaitu "dah jadi YB 2 tahun dah, kampung kita pun x mai melawat lagi, YB apa lagu ni!!!"...

Sblm aku jawab....aku tanya dulu...."pak lang dh berapa lama dok kampung ni?"....

Dia jawab "huh...hang xdak lagi aku dok dah kampung ni"....jawapannya tu konon nk habaq dia dh lama dok kampung tu....sejak puluhan tahun....

Dgn jawapannya tu, aku tanya lagi "kampung ni semua adik beradik kita kan?"

Dia jawab "dari hujung sungai tu sampai hujung ni semua adik beradik kita, kampung ni xdak orang luaq...dulu semua besan adik beradik"....sekali lagi jawapan nk habaq mmg sah dalam kampung tu xdak lain selain adik beradik belaka....

Lalu aku tanya lagi "dalam setahun, berapa rumah dah pak lang ziarah rumah adik beradik kita?"....

Dengan soalan last tu, dia terus senyap....dia dapat detect dah maksud aku tanya.....sebab dia senyap, aku bg penjelasan kpd dia....aku kata "pak lang, ahli parlimen tu ada beratus buah kampung dalam jagaan dia....dia bukan minta jadi YB, tapi kita (ahli PAS) yg angkat dia jadi YB...kita angkat dia bukan nk suruh dia mai dok sengeh dengan kita, tapi kita nak dia bawak suara Islam masuk ke dalam parlimen dan perjuangkan hak kita.....sedangkan kita sendiri pun, rumah adik beradik kita dalam kampung kita sendiri pun kita x dapat ziarah, mcm mana kita nk batang tubuh YB yg beratus buah kampung dia nk kena melawat. Bila dia x mai, kita marah....kita tarik muka...kita ugut tak mau sokong....kita sokong kerana dia jadi YB atau kerana dia bawak dasar Islam?"....

Bapak sedara aku senyap terus....xdak ayat dah...so, aku sambung lagi....

"parti kita (PAS) bukan serupa umno....bila sorang tu dh jadi YB....dia adalah segalanya tempat tumpuan. Sedangkan kita dalam PAS ni, bila kita menang kerusi DUN atau Parlimen, yg menang bukan batang tubuh tu, tapi yg menang adalah PAS. maka semua ahli PAS perlu mengambil tanggungjawab sebagaimana YB....kita lah yg menjadi wakil kpd parti walau tidak bergaji"

Aku tengok dia terhangguk-hangguk....entah paham entah tidak....aku sambung lagi kata aku "PAS ni berbeza amat dgn umno....kalau ada orang/ahli umno buat jenayah....orang tak sabitkan dgn parti yg dia sokong....tapi kalau orang PAS kena tangkap sebab jenayah, masyarakat akan palitkan orang tu dengan PAS.....depa akan kata: berjuang Islam, tapi dok buat jahat....itulah sunnah perjuangan Islam....di mana2 pun dalam dunia ni sepanjang zaman....bila orang kafir buat jenayah, agamanya tidak akan dikaitkan....tapi kalau orang Islam buat jenayah, terus dikaitkan Islam sebagai agama mundur, agama teroris, agama yg mengajar keganasan"....

Sebagai penutup, aku kata kat dia "pejuang Islam adalah dai'e Islam....walaupun tak berbuat apa, semua adalah pembawa imej Islam dan syariat Islam. Ada orang Islam memeluk Islam hanya kerana melihat orang Islam bersolat, tapi ada yg memusuhi Islam hanya kerana melihat ada org Islam buat jahat. Begitu juga dalam PAS....kita tidak bersandarkan kpd sorang YB....dia tidak ada apa2 fungsi jika tidak diberikan fungsi....YB bukan pemimpin jama'ah sebagaimana difahamkan oleh orang umno. YB hanya wakil kepada jama'ah dan pemimpin kepada jama'ah adalah kita semua ahli PAS. Sorang YB tidak boleh ubah apa2 dalam PAS, tapi PAS boleh tukar dan pilih sesiapa yg layak utk diajukan sebagai sorang YB"....

dialog di atas aku alih bahasa dari loghat Kedah kpd bahasa penulisan,tetapi masih mengekalkan maksud asalnya...kalau x paham....buat2 paham saja....senang cerita.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej