Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, July 9, 2016

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK *PENGIKUT AL-MAHDI DAN PENGIKUT DAJJAL*

PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
*PENGIKUT AL-MAHDI DAN PENGIKUT DAJJAL*

Jihad dengan maksud menegakkan kalimah Allah supaya dapat menarik seramai-ramainya orang kepada Islam. Bukan membunuh orang seramai-ramainya. Kalau ada yang menghalang jalan ini barulah dilawan. Ataupun jika Islam dihina dan direndah, kita berjuang mempertahankannya sebagaimana yang ditunjukkan Nabi dan Para sahabat.

Ini yang kita perlu faham. Perlu betul pada niatnya, caranya dan adabnya. Kalau tak kena caranya bukan jadi jihad, tapi jadi jahat. Mati masuk neraka saja-saja. Kerana itu perlu dipelajari hukum-hukum jihad sebagaimana dipelajari hukum-hukum solat, puasa, zakat dan haji. Bukan pakai langgar je semua.

Hari ini ramai sangat pergi berjihad tapi tak tahu kehala. Sampai masjid pun dibom. Sedangkan bom gereja pun dilarang, apatah lagi masjid. Nabi sebut hatta paderi tidak boleh dibunuh.

Orang yang berjihad di Palestin, Gaza dan Selatan Lubnan menentang Israel. Orang kafir menceroboh tanahair Islam. Itu baru jihad yang betul. Ini pergi berperang sesama Islam. Tidak dinafikan menentang pemimpin yang zalim adalah jihad. Tapi jihadnya macamana? Bukan jihad angkat senjata. Tapi jihad menegur, menerang dan menyatakan kebenaran.

Di samping pemimpin yang zalim itu ada kakitangan yang hanya menjalankan tugas biasa dan tidak zalim. Bahkan sekiranya negara diperintah oleh orang kafir sekalipun, perlu ada orang Islam berada dalam kerajaan bagi menjaga urusan orang Islam sahaja. Apakah kita nak membunuh semua golongan ini?

Kita berada di zaman fitnah. Nabi SAW bersabda di akhir zaman ini pembunuh tidak tahu kenapa dia membunuh dan yang dibunuh tidak tahu kenapa dia dibunuh. Pembunuh dan yang terbunuh kedua-duanya masuk neraka. Kena jaga baik-baik amaran ini.

Nabi pesan apabila tiba zaman fitnah, ambil pedang kamu dan tetaklah pada batu hingga tumpul dan kamu tidak boleh membunuh orang dengannya. Biarlah orang bunuh kamu itu lebih baik. Nabi sebut juga pada zaman fitnah, orang berjalan lebih baik dari orang berlari. Orang duduk lebih baik dari orang berdiri.

Inilah yang dilakukan Saidina Uthman. Apabila ada orang Islam yang kepung rumahnya untuk membunuhmya, datang para sahabat yang muda ke rumahnya mahu memerangi golongan tersebut. Namun Saidina Uthman melarangnya dan berkata, biarlah mereka bunuh aku saja.

Nabi SAW juga menyebut apabila munculnya Imam Mahdi, akan tiba bala tentera dari Syam datang untuk memerangi beliau yang berkuasa di Mekah. Tuhan jadikan fitnah terlalu hebat, tidak tahu mana yang benar melainkan orang yang diberi hidayah oleh Allah SWT. Waktu itu bilangan pengikut Imam Mahdi hanya 313 orang sahaja. Tetapi ditakdirkan Allah, di pertengahana jalan kumpulan ini ditelan oleh bumi. Pada masa itu barulah orang tahu bahawa dialah Imam Mahdi yang sebenar.

Terdapat juga Hadis yang menyatakan Dajjal akan muncul di antara Iraq dan Syam. Hari ini ramai orang berperang di sana. Mereka tak sedar Dajjal akan muncul di situ. Nanti mereka akan jadi pengikut Dajjal. Ini perkara yang perlu kita sedar dan berjaga-jaga.

Masjid Rusila
3 Syawal 1437
8 Julai 2016

_(Alang Ibn Shukrimun)_

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej