Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, July 15, 2016

PAS Malaysia: "PENASIHAT" - Aspirasi Al Quran vs Aspirasi Kebendaan

PAS Malaysia:
"PENASIHAT" - Aspirasi Al Quran vs Aspirasi Kebendaan
http://pas.org.my/surat-pembaca/9003-penasihat-aspirasi-al-quran-vs-aspirasi-kebendaan

"PENASIHAT" - Aspirasi Al Quran vs Aspirasi Kebendaan
Beberapa bulan lepas DSTGHH Presiden PAS buat satu kenyataan "mengejutkan" iaitu beliau (dan PAS) bersedia jadi Penasihat kepada kerajaan Malaysia.
Perkataan "PENASIHAT" adalah sinonim dengan perkhidmatan penasihatan (advisory) atau perundingan yg biasa dilantik oleh pihak kerajaan mahupun swasta dalam urusan tertentu.
Itulah persepsi konvensional. Maka lahirlah komentar segera oleh pelbagai pihak, khususnya musuh politik TGHH/PAS yang menuduh beliau sebagai mengejar jawatan, mencari kedudukan.
Di sinilah letaknya kesilapan pihak berkenaan.
Menilai pandangan DSTGHH dari perspektif konvensional, lebih-lebih lagi dalam aspek "mengejar" jawatan dan kedudukan murahan seperti itu adalah satu kesilapan besar. Bukan hanya DSTGHH seorang, bahkan keseluruhan pimpinan utama PAS sejak dahulu tidak berfikir dalam jalur pemikiran konvensional beraspirasikan kebendaan. Mereka berfikir dalam kerangka Al Quran dan As Sunnah. Pandangan mereka beraspirasikan Islam, bertunjangkan Al Quran dan As Sunnah serta garis garis syarak lainnya.
Apabila Presiden PAS sebut perkataan "PENASIHAT", bukan jawatan advisory atau perundingan atau seumpamanya yang dimaksudkan beliau.
Lalu apa maksudnya yang sebenar?
"PENASIHAT" yang dimaksudkan oleh DSTGHH ialah seperti yang termaktub di dalam Al Quran, Surah Al A'raf, ayat 68; "Tugasku ialah menyampaikan kepada kamu risalah Tuhanku, dan aku adalah PENASIHAT yang benar kepada mu".
Ayat ini menaqalkan kata-kata Nabi Allah Hud kpd kaumnya.
Tugas Penasihat ialah memberi panduan atau bimbingan dalam sesuatu perkara yang mana si Penasihat adalah lebih mahir, berilmu dan berpengalaman berbanding orang yang diberi nasihat.
Tugas ini juga beraspirasikan Al Quran seperti dinyatakan dalam Surah An Naziat, ayat 19; "dan aku bimbing engkau kepada Tuhan mu agar engkau menjadi gerun kepadaNya", di mana Nabi Allah Musa a.s diperintahkan Allah untuk menawarkan nasihat dan bimbingan kepada Firaun yang masyhur kezalimannya.
Bahkan boleh dirujuk pelbagai ayat Al Quran berkaitan tugas tugas nasihat ini, antaranya
- Al A'raf, 21
- Al A'raf, 62
- Al A'raf, 79
- Al A'raf, 93
- At Taubah, 91
- Hud, 34
- Yusuf, 11
- Al Qasas, 12
- Al Qasas, 20
Maka inilah perspektif DSTGHH apabila mencadangkan kesanggupan beliau dan PAS menjadi PENASIHAT kepada kerajaan Malaysia.
TIDAK sekali kali bermaksud mengejar jawatan dan kedudukan murahan seperti yang dituduh pelbagai pihak secara melulu.
Apa yang TGHH utarakan ialah sebahagian dari intipati Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang di pelopori PAS sekarang. Ia terkandung dalam Ciri 2 : Politik Dakwah.
Kesemua para rasul dan nabi-nabi menekankan kepada dakwah yang berobjektifkan mengajak manusia kepada keesaan Allah dan mengambil Islam sebagai sistem hidupnya. Ini bertentangan dengan politik konvensional yang bermatlamatkan pemusnahan kepada musuh politik masing-masing.
Ini lah agenda "PENASIHAT" DS Presiden PAS. Sebagai mana para Rasul dan Nabi menasihati pemimpin dan kaum mereka, maka PAS juga meneruskan kesinambungan tanggungjawab tersebut, menasihati kerajaan Malaysia dalam perkara yang mendekatkan kepada Ad Deen Al Islam, seterusnya membawa pelbagai manfaat kepada semua rakyat.
Lain kali apabila pimpinan PAS, khususnya Presidennya membuat kenyataan, maka rujuk lah Al Quran kerana mereka bertitik tolak dari aspirasi Al Quran, jauh sekali dari aspirasi kebendaan.

Haji Mohd Nurkhuzaini
Ketua Penerangan, PAS Putrajaya
{jathumbnail off}

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej