Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, December 4, 2014

Aplikasi Ilmu ilmu Agama

Setelah kita selesai mengaji dan mendalami ilmu ilmu agama seperti Usuluddin, Feqah dan Tasauf.... kita juga kena tahu bagaimana nak guna... bagaimana nak gaul... bagaimana nak "blend"... bagaimana nak "apply" semua ilmu tersebut ??!

Sebagai contoh, Semasa Solat... kita dah tahu segala rukun dan syarat Solat dengan mengaplikasikan ilmu feqah yg dipelajari.

Bagaimana dengan Ilmu Usuluddin dan Tasauf ?
Bagaimana nak gaul .. nak bancuh dan aplikasikan dalam Solat ?

Caranya begini :

Usuluddin :

1 -  Setiap bacaan kita hendaklah betul, teratur mengikut ilmu tajwid. Kerana kalau tak betul .. solat tidak sah... Dan Allah sedang memerhati dan sentiasa mendengar segala bacaan kita.. Allah maha mendengar dan maha melihat segala gerak geri kita dalam solat .. walaupun ia berlaku dalam hati kita !
ITU LAH ADALAH USULUDDIN !

Tasauf :

2 -  Hendaklah kita sentiasa perasan .... sentiasa "alert" yg Allah sedang memerhatikan kita .... tika itu Allah tersangat dekat dengan kita TERUTAMANYA KETIKA SUJUD ! Maka hendaklah kita mengelokkan segala perbuatan dalam solat kita .
Masa itulah kita merasa hina, sangat doif, sangat fakir dan merasa banyak dosa terhadap Allah.

Semasa sujud......katakan dalam hati kita... "Ya Allah, aku ini sangat banyak dosa terhadap mu..... aku ini jahil... aku ini faqir.. dan aku ini sangat sangat bergantung harap kepamu ya Allah ... ampunkan aku yg hina ini ya Allah "

Barangsiapa berbuat seperti di Atas... insyaAllah... kesannya sangat mendalam !

Kata org tasauf..."MAN LAM YAZUQ, LAM YADRI" Barangsiapa tak merasa , dia tak akan tahu !

Dari  situlah akan timbulnya khusuk', kesedapan dalam beribadat dan merasa tak puas sujud... kalau boleh kita nak sujud lagi dan lagi........

Wallahu A'lam....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej