Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, December 4, 2014

BUKANKAH SIFAT MUNAAFIQ MENGABAIKAN AMANAH ?



Kesan dan Aura mengaji dengan guru dan ulama Turoath sangat berkesan.. menyerap dalam hati dengan nur ma'rifah, taqwa dan nur ilmu Rasulallah.

Mereka tidak memiliki harta, pangkat dan kedudukan. Itu lah Alim Ulama waris Nabi dan Rasul !

Kiyai Syukri Titi Haji Idris... mengajar pagi, petang dan Malam... anak anaknya juga turut mengaji .. nak menyambung tugas bapa di hari mendatang agar Agama terpelihara.

Ilmu semakin kurang dan hilang di zaman penuh fitnah ... semua anak anak musleem menjadikan ilmu akademik dan dunia sebagai matlamat hidup.

Kalau ada 20 org anak... semuanya dipaksa masuk sekolah akademik dan sekular.
Semua musleem sekarang jadikannya trend. Kata mereka nanti kalau tak masuk universiti...nanti nak makan apa ? Pernah kah kita dengar org tak masuk universiti mati kelaparan ?  Yg kita dengar = mati kerana kekenyangan !

Macam mana nasib Agama kita nanti kalau semua kita berperangai macam ini ? Padahal kita diberi amanah untuk menjaga Agama... dan kita pula mengabaikan amanah ini.....  BUKANKAH SIFAT MUNAAFIQ MENGABAIKAN AMANAH ?

Bukan tak boleh mengejar akademik dan ilmu dunia... yg menjadi kesalahan dan kesilapan ialah... kita cuma menumpukan kepadanya semata... kalau ada seramai mana anak sekalipun... ke semua anak itu di jalan dunia dan akademik !

Sayugianya dalam satu keluarga hendaklah sekurang kurangnya seorang yang dihantar untuk mendalami ilmu agama tulin... seperti di pondok dan pasantren. Kalau semua ummat musleem mengamalkan begitu.. insyaAllah Agama akan terpelihara....

Adalah menjadi kesilapan juga... anak anak yg gagal akademik baru nak dihantar ke pondok atau pasentren... ITU ADALAH SALAH... DAN DIANGGAP MEMPERMAINKAN AMANAH AGAMA ....KERNA PERJUANGAN AGAMA MEMERLUKAN ORG YG TINGGI IQ DAN FIKIRAN YG TAJAM !

Ulama dulu ke semua mereka punyai IQ dan fikiran yg sangat tajam dan cukup peka !

Alangkah malang nasib agama kita.... alangkah malang nasib ibu bapa.... bila matinya ibu bapa... org lain yg menyembahyangkannya... org lain yg membaca doa... org lain yg membaca alquran......

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej