Beberapa Kemungkinan Bila Pimpinan PAS Tertukar PR bergolak
https://www.facebook.com/bn.perompakdanpenyamun?fref=nf
https://www.facebook.com/bn.perompakdanpenyamun?fref=nf
https://www.facebook.com/groups/1475616995992348/permalink/1487842884769759/
Adalah diharapkan para perwakilan berhati-hati untuk mengelakkkan kita kehilangan PAS sebagai parti yang memperjuangkan kepentingan umat Islam.
Sebaliknya sekiranya para perwakilan memilih golongan attaturk sekular untuk memimpin PAS maka pastinya PAS akan kehilangan sebahagian besar penyokong dan PAS akan menjadi parti kecil seperti BERJASA, HAMIM, KITA dll yang ada pun seperti tidak ada.
Dan kepada kita yang memperjuangkan Islam sebagai ad deen terpaksalah memulakan langkah baru untuk menubuhkan parti baru dan tentunya melalui jalan yang sukar untuk menempatkan diri dipersada politik Negara.
Ini adalah kerana APA YANG AKAN BERLAKU SELEPAS MUKTAMAR PAS JUN DEPAN bergantung kepada siapa yang dipilih untuk menjadi AJK PAS Pusat dan jawatan-jawatan utama didalam PAS.
1) JIKA KEM TEKNOKRAT YANG ANTI ULAMA MENANG DAN KUASAI PAS:-
A. KESAN TERHADAP PAS
A1. PARTI PAS AKAN HILANG IDENTITI SEBAGAI PARTI YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM dan bertukar menjadi parti sekular seperti yang berlaku kepada parti PPP, PKS, PKB, Parti Bulan Bintang dll di indonesia yang hilang identiti parti islam bila ugamawan di pinggirkan dari pimpinan.
Apa yang terjadi seterusnya adalah parti yang dahulunya dominan bertukar menjadi parti kecil selaras dengan perubahan dasar perjuangannya yang menjadi sumber kekuatan parti-parti itu selama ini kearah sekularisme secara automatik menyebabkan parti-parti itu kehilangan penyokong-penyokongnya dan itulah juga yang kan terjadi sekiranya kepmpinan PAS diambil alih oleh kepimpinan sekular anwarinas.
A2. Hubungan PAS dengan PKR dan DAP akan menjadi semakin rapat dimana PAS AKAN MENJADI PARTI YANG AKAN MENURUT APA SAHAJA KEMAHUAN DAN KEHENDAK PKR DAN DAP .
A3. SOKONGAN PENGUNDI MELAYU KEPADA PARTI PAS AKAN MEROSOT TERUK kerana orang2 melayu yang majoritinya menyokong PAS kerana dasar perjuangan PAS menegakkan kalimah lailahaillallah dan hidup berpandukan alqur’an dan hadis tidak akan memberikan lagi undi kepada PARTI PAS YANG AKUR KEPADA SETIAP ARAHAN DAP DAN PKR.
A4. PAS AKAN KALAH DIKUBU TRADISIONAL MEREKA DI KELANTAN, TRENGGANU DAN KEDAH.
A5. Kekalahan juga berlaku dikubu2 PAS di Perak, Selangor dan Pahang dimana jumlah pengundi melayu 55-65%.
A6. akan berlakunya kemerosotan undi dari penyokong-penyokong PARTI PAS kepada calun-calun melayu PKR yang seterusnya AKAN MENGAKIBATKAN CALUN-CALUN MELAYU MP DAN ADUN PKR AKAN KALAH TERUK. Hasilnya PKR selepas pru 14 akan menjadi parti yang sebahagian besar MP dan ADUN adalah bukan melayu
B. KESAN TERHADAP PKR DAN DAP
B1 KEMUNGKINAN AKAN MENGAKIBATKAN KERAJAAN PAKATAN DI NEGERI SELANGOR TUMBANG PADA PRU 14
Ini adalah disebabkan pastinya akan berlakunya kemerosotan undi orang-orang melayu kepada calun-calun PAS dan calun-calun PKR keturunan melayu yang seterusnya akan mengakibatkan kerajaan pakatan di negeri Selangor tumbang pru 14 nanti kerana para penyokong PAS tidak akan mengundi calun-calun PAS dan PKR sebagai protes penguasaan golongan teknokrat anti ulama dalam PAS.
B2 KEMUNGKINAN KERAJAAN DAP DI PULAU PINANG JUGA TUMBANG kerana kegagalan calun-calun PKR keturunan melayu mendapat undi dari penyokong PAS untuk mengekalkan kemenangan yang dicatat PKR dalam dua PRU yang lalu.
Ianya berlaku disebabkan penguasaan puak2 sekular didalam PAS akan menyebabkan pengundi-pengundi PAS tidak lagi akan memberi sokongan dan undi kepada PKR dan DAP yang ternyata suka menjalankan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan nilai dan kehendak2 penyokong PAS seperti penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja, penganjuran pesta arak oktoberfest, I wanna to touch a dog, LGBT, SIS dll yang jelas bertentangan dengan hukum2 Allah.
Kegagalan calun-calun PKR keturunan melayu untuk mengekalkan 10 kerusi DUN kemenangan yang dicatat PKR dalam dua PRU yang lalu di pulau pinang bermakna berlakunya pertambahan kerusi UMNO dan sekiranya DAP tewas 1 DUN ianya dah cuup untuk menumbangkan DAP di pulau pinang apatah lagi sekiranya PAS juga tewas 2 kerusi DUN kepada uMNO.
Pertimbangkan kedudukan semasa DUN Pulau Pinang
DAP : 19
PKR : 10
BN : 9
PAS : 2
2) SENARIO 2-JIKA TG HADI DAN ULAMAK MENANG DAN KUASAI PARTI PAS TAPI MEREKA KEKAL PAKATAN:-
2.1 pendokong pasma dan teknokrat yang kalah secara perlahan2 akan sertai PKR dan masaalah dalaman PARTI PAS selesai.
2.2 PARTI PAS akan dilihat oleh majoriti melayu sebagai parti harapan untuk membela nasib orang-orang melayu dan Islam kerana tak mudah menurut kehendak PKR dan DAP. Keyakinan ini akan membolehkan PAS menang dikubu2 kuat UMNO selama ini.
2.3 Parti DAP akan kembali merapatkan hubungan dengan PAS dan membantu PAS mencapai kemenangan demi memastikan DAP kekal parti yang dominan dan kekal berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor.
Mereka faham sekiranya PAS kalah dikawasan2 yang ramai bukan melayu di Selangor maka ianya akan menyebabkan tumbangnya kerajaan PR di Selangor.
3) SENARIO 3-TG HADI DAN ULAMA MENANG KUASAI PARTI PAS TAPI KELUAR PAKATAN DAN BERSENDIRIAN:-
3.1 PARTI PAS akan menjadi semakin kuat di Kelantan, Trengganu dan Kedah.dan mungkin juga di Perak, Selangor dan Pahang kerana PAS dah mampu keluar dari anggapan bahawa PAS hanya jadi pak turut DAP dan PKR. Dengan itu PAS diyakini mampu menjadi parti dominan melayu untuk menggantikan UMNO.
3.2 Tanpa PARTI PAS walau pasma mengganti PARTI PAS didalam pakatan kesannya tetap sama iaitu sokongan melayu kepada pakatan jatuh tetap teruk dimana MP dan ADUN PKR dikawasan majoriti melayu akan mengalami kekalahan. Akibatnya PKR hanya akan diwakili oleh MP dan ADUN bukan melayu.
3.3 PAS akan mengalami kekalahan dikawasan2 yang pengundi bukan melayu melebihi 40%.
Semoga analisa mengenai kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku kepada PAS dan PR selepas muktamar nanti dapat menarik perhatian perhatian yang akan memilih barisan kepimpinan PAS pada muktamar nanti dapat membuat keputusan yang tepat dan dapat mengelakkan sesuatu yang buruk berlaku.
Adalah juga diharapkan sahabat-sahabat sekelian dapat mencetak hard copy mengenai possibility study ini untuk dibincangkan dengan rakan-rakan perwakilan mengenai betapa perlunya puak2 sekular attaturk disingkirkan dari terus menduduki jawatan2 utama seperti TP, NP dan AJK PAS Pusat.
nota: kajian kemungkinan ini dilakukan oleh teknokrat yang menyokong kepimpinan ulama dan mahukan PAS terus berjuang menegakkan hukum Allah.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej