BANK AMAT BENCI SPEECH INI
Semasa dalam sebuah perbincangan meja bulat bersama beberapa individu dalam pembangunan usahawan dalam kerajaan, saya lebih banyak senyap dari bercakap. Sehingga semasa mereka bertanyakan tentang pendapat saya. Maka saya bercakap dan mereka semua diam sampai ke hujung.
Saya nyatakan bahawa dana kerajaan habis berbillion untuk kononnya membantu usahawan bumiputra lebih banyak ke longkang dari melahirkan usahawan. Berapa banyak pinjaman yang dibuat oleh usahawan diberi panduan atau menjadi mentee kepada usahwan TULEN yang bukannya pegawai yang tidak pernah berniaga? Berapa ramai jika ada mentor dari kalangan usahawan yang ada kepentingan dalam pembangunan menteenya? (Jika mentee berjaya atau gagal...mentor tidak hilang apa-apa dan tidak untung apa-apa). Berapa ramai pula pegawai yang benar-benar engage kepada perniagaan bumiputra setiap hari atau minggu sehingga mereka tahu dan masak benar akan masalah perniagaan peminjam mereka? Berapakah ramai yang tidak mampu membayar semula pinjaman akhirnya disenaraihitam dan dibengkrapkan oleh bank-bank pemiutang tanpa mereka kaji kegagalan perniagaan peminjam itu disebabkan faktor-faktor luar kawal.
Bukan menidakkan usaha baik dari agensi seperti MARA tetapi banyak pembaikan boleh dilakukan dari segi engagement kepada usahawan yang masih gagal merapatkan jurang kekayaan antara bumiputra dengan bangsa lain.
Apabila saya nyatakan konsep AH-LONG ORIGINAL seperti dalam speech saya ini dan konsep itu LEBIH ISLAMIK dari pembangunan usahawan MARA dan agensi-agensi pembangunan usahawan negara yang hanya banyak masuk newspaper tetapi hasilnya boleh dipersoalkan. Rancangan hanya cantik pada kertas tetapi hasilnya jarang pula dinaikkan.
Video ini saya layoutkan juga bagaimana TANPA BANK YANG CEKIK DARAH MELALUI RIBA' CONVENTIONAL DAN RIBA' ISLAMIK tetapi dengan kaedah wakaf komuniti, kita tidak akan perlukan bank lagi sampai bila-bila. Jika tidak terlampau mudarat, dari banyak-banyak dosa Nabi secara spesifik berpesan untuk tinggalkan RIBA' dalam wasiat di Khutbah Wada' baginda.
Riba' hanya ditukar nama sahaja tetapi pedih akan kesannya tetap sama atau mungkin lebih teruk lagi seperti kenajisan anjing dan babi yang tidak boleh dimakan tetapi disembeli dengan cara Islam tetap tidak mengubah yang haram itu haram.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej