Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, May 21, 2018

Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan Islam?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211754939769603&id=1251877796

Orang PH bertanya;
"Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan Islam? Siap kau kata orang Islam dalam PH bodoh dah kena brainwash menentang bangsa dan agama sendiri. Apa bukti kau ada? "

Dan aku jawab;
Setakat ni banyak. Tapi aku ambik satu yang paling nyata dan terbaru. Kes pelantikan menteri antara Lim Guan Eng dengan Dr Mazlee.

Lim Guan Eng dah didakwa di mahkamah tapi masih dibenarkan jadi menteri. Kalau BN atau PAS buat gini tentu Bar Council dan korang  bagai dah protes siap buat demonstrasi. Pada waktu yang sama Lim Guan Eng dan parti DAP dah banyak keluarkan statement statement yang rasis dan menentang Islam. Tapi ada orang Islam dalam PH peduli? Tak ada. Mereka sokong jer macam lembu.

Masuk je kes Dr Mazlee, orang bukan Islam dalam PH mula protes kata dia sokong Dr Zakir Naik. Mula timbul isu dia pensyarah UIA tak sesuai sebab credential dia lebih kepada agama, perlu menteri yang berfikiran sekular. Yang sedih tu orang Islam dalam PH bergaduh sesama sendiri isu ni. Yang menyokong dan yang menentang pelantikan Dr Mazlee. Siap dedua group buat petition kumpul sokongan online.

Waktu buat petition ni nyata group anti Islam menang. Ni disebabkan sokongan ramai bukan sahaja dari bukan Islam tetapi juga orang Islam PH yang dah dijaja jawatan tu patut diberi kepada Mahathir. Orang Islam PH ni lupa ke PM dalam PH tak boleh pegang portfolio ikut manifesto PH?

Last last orang Islam dalam PH yang ada kesedaran sikit ni, terpaksa minta bantuan daripada group PAS dan BN untuk tandatangan petisyen tersebut. Bayangkan sehingga isu lantik menteri pun orang Islam dalam PH terbahagi dua, dan akhirnya kena minta bantuan luar  begitulah hinanya kedudukan orang Islam dalam PH.

Terpaksalah demi mempertahankan portfolio pendidikan daripada jatuh ke tangan puak sekular dan tentera dajjal, orang Islam bersatu. Walaupun pahit bagi PAS membantu salah sorang yang memfitnah PAS, pahit bagi UMNO membantu parti yang memfitnah kata negara nak bankrap tapi rupa rupanya tak bankrap, kena jugak buat demi menyelamatkan pendidikan anak anak dan cucu daripada kesesatan. Barulah petition untuk Dr Mazlee naik dan setakat ni melebihi petition mereka yang membantah.

Persoalannya sampai bila kena jadi begini, yakni orang Islam PH akan selalu minta bantuan PAS dan UMNO/BN untuk mempertahankan Islam? Akan tiba waktu dan situasi kami dari PAS maupun UMNO tak dapat menolong. Apa akan jadi kepada orang Islam di negara ni bila dipimpin oleh parti sebegini?

Lemah sungguh kedudukan orang Islam di dalam PH. Mereka tak mampu mempertahankan Islam langsung. Lantik menteri pun mereka kalah. Sedang seorang bukan Islam yang didakwa rasuah di mahkamah, datang dari sebuah parti rasis dan islamiphobic, tak timbul masalah langsung jadi menteri. Menteri Kewangan pulak tu. Seorang Islam yang menyatakan sokongan kepada Zakir Naik dan Islam, timbul pelbagai masalah.

Itulah bukti negara kita dah dijajah semula secara halus oleh orang bukan Islam. Orang islam dalam PH hanyalah boneka yang senang diperkotak katikkan. Tanpa majority, mereka tak ada leverage untuk duduk berbincang dengan orang bukan Islam as equals. Pedulikan tentang perlu 2/3 undi dan persetujuan Majlis Raja raja untuk pinda perlembagaan bagai. Tak sampai few hours PH menang para penyokong PH dah mintak Agong Sultan semua dihapuskan. Nabi dan Islam dihina secara terbuka online. Orang Islam dalam PH diam jer. And now lantik menteri pun masalah.

Menang sorak tapi kampung tergadai. Itulah nasib orang Islam di dalam PH.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej