Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, May 12, 2018

Jadi bukan salah PH kalau mereka gagal mansuhkan GST, batalkan tol dan macam-macam janji lagi


Bijaknya Tun Mahathir, awal-awal lagi dia dah buat disclaimer. Jadi bukan salah PH kalau mereka gagal mansuhkan GST, batalkan tol dan macam-macam janji lagi. Apa pun kita tunggu dahulu. Masih terlalu awal untuk kita mengatakan PH mengamalkan janji tidak ditepati.
_________________________
Dr. Mahathir akui janji-janji tak mampu dicapai
Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui bahawa beberapa janji pilihan raya yang dilaungkan oleh kepemimpinan Pakatan Harapan diketuai DAP sebelum ini tidak mampu dipenuhi sekiranya pembangkang berjaya menguasai negara ini kelak.
Calon Perdana Menteri sementara Pakatan Harapan itu bagaikan berpijak di bumi nyata apabila memberi alasan kedudukan kewangan kerajaan yang terhad tidak membolehkan janji-janji tersebut direalisasikan.
“Kita sedar bahawa sebelum kita menyiapkan manifesto ramai juga daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan telah buat kenyataan tertentu.
“Kita tidak terikat dengan kenyataan pemimpin tertentu jika kita dapati kenyataannya itu tidak dapat dilaksanakan oleh kita,” katanya dalam sidang akhbar di Galeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dekat sini hari ini.
Pemuda Pakatan Harapan sebelum ini menjanjikan perlawanan bola sepak antarabangsa termasuk EPL di RTM secara percuma jika pembangkang diberi mandat mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). -UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej