Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, May 19, 2018

Hari ini, ke masjid Rusila, entah kenapa hati saya dilanda sebak tidak semena-mena


Ummu Muaz
Rasa memang tak mahu share politik di Ramadhan ini.. namun..
Hati ini Allah jualah Yang Maha Tahu..
😢😢😢
Hari ini, ke masjid Rusila, entah kenapa hati saya dilanda sebak tidak semena-mena.
Mendengar suara serak-serak basah Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi mengajar sirah, hadis dan tafsir terasa benar ketulusannya menusuk ke hati.
Melihat pasar di perkarangan Masjid Rusila meriah dengan gurau senda orang ramai berjual beli dan tawar menawar seusai kuliah, terasa damai jiwa yang memandangnya.
Dalam hati berdoa..
'Ya Allah, Engkau kekalkanlah momentum keamanan ini. Lindungilah kami.'
Diam-diam, airmata menitik.
Sungguh. Sebenarnya, ramai yang tersinggung bila Dato' Seri Anwar Ibrahim yang sebaik saja dibebaskan terus menyatakan hasrat mahu merampas Kelantan dan Terengganu daripada PAS.
Allahu.. salah kami apa?
Terkedu! Langsung tak menyangka. Dalam ucaptama kali pertama, begitukah cara beliau merafakkan kesyukuran atas pembebasannya? Adabnya di mana?
Allahu Akbar. Pilihanraya baru saja menemukan noktahnya. Rakyat sudah pun memilih.
Lalu, besar harapan kami agar pemimpin mula menumpu pada tugas masing-masing. Bukan sibuk mahu mengintai pihak lawan lalu melayankan rasa tamak mahu meluaskan jajahan.
Benar. Pakatan Harapan menang besar kali ini. Kami menghormati kemenangan tersebut. Justeru alangkah indahnya jika kemenangan kami turut dihormati.
Kami tidak menafikan pilihan orang lain, maka jangan pula mahu dinafikan pilihan kami.
Kelantan dan Terengganu telah pun memilih mahu bernaung di bawah pemerintahan yang memperjuangkan agama. Maka apa perlunya melukakan hati kami dengan menyebut-nyebut hasrat merampas kemenangan yang baru saja kami miliki?
Allahu Rabbi.. kalaupun niat itu sudah terdetik, biarlah sekadar bisik-bisik. Jangan dilaungkan pada dunia hingga menyebabkan banyak pihak terluka.
Sedarlah diri.
Pakatan Harapan mungkin hero di mata mereka tapi bukan di hati kami.
Faktanya begitu. Pakatan Harapan gagal merebut waima satu kerusi pun di Kelantan dan Terengganu. Bahkan kebanyakan calon Pakatan Harapan hilang wang pertaruhan menandakan betapa parahnya nilai kekalahan. Tewas total!
Terimalah hakikat ini.
Benar kalian telah menang. Maka bersyukurlah saja pada kemenangan yang telah diterima. Fokuslah saja pada membangunkan negara.
Buktikan dahulu kesungguhan dan ketelusan Pakatan Harapan memperbaiki situasi. Jangan diributkan kami yang terpencil ini. Kita ada masa 5 tahun lagi untuk saling membuktikan janji.
Dato' Seri Anwar yang dihormati,
Tidak mengapa kalau tuan mahu menunjukkan betapa besarnya jiwa tuan memaafkan musuh yang menyumbat tuan ke penjara hingga tuan sekeluarga begitu menderita.
Tapi kami mohon, janganlah pula kami yang pernah setia berhujan berpanas dan berhempas pulas memperjuangkan keadilan buat tuan tiba-tiba mahu dianggap musuh pula.
Allahu Akbar.
Salah kami apa?

1 comment:

  1. Hello!!! Do you want to me a member of the great illuminati brotherhood and earn a chance of receiving $30,000 every month and be popular among others and have riches,wealth and fame beyond measures?this is the only open opportunity of being a member of the great brotherhood illuminati,i was sent by freemason high chief to bring 42members into the brotherhood,i have gotten 30,so we are looking for 12 lucky members,try and be among the 12people to be rich,wealthy and famous.
    Email us on:powellscottilluminati666@gmail.com or text us on whatsapp;+2348032476611 so that we can begin the joining process.

    ReplyDelete

Tinggalkan Mesej