Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, May 1, 2018

Nik Aziz - Tidak elok kita pakai banyak perhiasan. Nanti kalau kita pergi ziarah rakyat miskin


Pernah suatu hari ketika mula-mula Tok Guru jadi Menteri Besar, isteri beliau Tuan Sabariah meminta izin suaminya untuk beli sedikit perhiasan untuk di pakai.
Jawab Tok Guru; "Tidak elok kita pakai banyak perhiasan. Nanti kalau kita pergi ziarah rakyat miskin, lepas tu mereka tengok perhiasan yg kita pakai, mungkin mereka akan cemburu.
Bila dia minta daripada suaminya, suaminya tak mampu nak beli sebab miskin. lalu bergaduh suami isteri. Mereka akan bergaduh sebab kita.
Sejak dari itu,isterinya tak pernah meminta sebarang perhiasan daripada suaminya.
Beliau hanya memakai seutas gelang kecil sahaja sejak dari dulu. Beliau meletakkan kecintaan pada suaminya melebihi keseronokannya pada perhiasan yg tiada nilai keika menghadap allah SWT kelak.
Inilah contoh yang wajar di jadikan tauladan oleh pemimpin di muka bumi Allah. Di sebabkan kelunakan hati mereka kepada akhirat, kemewahan hidup dunia di anggap sebagai suatu yg perlu di jaga. Tidak hairanlah pemimpin sebegini mampu melahirkan rasa cinta di hati rakyat terhadap mereka.
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bukan sahaja Menteri Besar yang luar biasa, malah beliau telah dikenali sebagai seorang wakil rakyat yang luar biasa juga.
Selama 19 tahun beliau menjadi anggota parlimen dan lima tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri beliau masih tidak mempunyai rumah yang dilengkapi dengan perhiasan mewah hatta kerusi meja sekalipun, sebagaimana kebanyakan orang menganggap peralatan ini harus ada pada seseorang pemimpin parti atau wakil rakyat apatah lagi menteri.
Ketika saya dan rakan-rakan lain dari Kuala Lumpur dan Kuala Terengganu dijemput menikmati sarapan pagi di kediamannya di Pulau Melaka pada 30 Disember 1990, saya tidak nampak di ruang tamu itu kerusi meja, walaupun sebuah.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej