Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 3, 2015

Jenis2 syahid akhirat

Jenis2 syahid akhirat أقسام شهداء الأخرة

Syahid Akhirat adalah berdasarkan hadis sahih muslim1615:
ما تعدون الشهداء فيكم ، قالوا : يا رسول الله من قتل في سبيل الله فهو شهيد ، قال : إن شهداء أمتي إذا لقليل : قالوا : فمن يا رسول الله ؟ قال : من قتل في سبيل الله فهو شهيد ، ومن مات في سبيل الله فهو شهيد ، ومن مات في الطاعون فهو شهيد ، ومن مات في البطن فهو شهيد ، والغريق شهيد
“ Apa yg anggap sebagai syahid?” Para sahabat menjawab “ Ya Rasulullah orang yang mati dijalan Allah adalah syahid. “ Nabi membalas “ Kalau begitu tentulah sedikit syahid dikalangan umatku.” Para sahabat berkata “ Siapa lagi ya Rasulullah?” Nabi saw menjawab “orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yang mati dijalan Allah adalah syahid, orang yg mati kerana taun adalah syahid, orang yang mati kerana sakit pd perut adalah syahid dan orang yang tenggelam adalah syahid.”
Jenis2 syahid akhirat adalah:

1. طالب الشهادة
قال رسول الله (ص) : من سأل الله الشهادة بصدق بلغه الله منازل الشهداء وإن مات على فراشه
“Siapa yang meminta kepada Allah swt dgn ikhlas Allah akan meetakkannya di kedudukan org2 yg sahid sekalipun dia mati atas katilnya.”
(Hadis Riwayat Muslim: no.3532)

2. Sesiapa yang mati kerana Taun
قال رسول الله (ص) : الطاعون شهادة لكلّ مسلم
“ Penyakit taun adalah syahid bagi setiap muslim.”
(H.R Bukhari: no. 2618)

3. Mati kerana sakit perut
ومن مات في البطن فهو شهيد رواه مسلم 1915
“ Sesiapa yang mata kerana perutnya sakit, maka dia syahid.” Hadis sahih Muslim
قال رسول الله (ص) : من قتله بطنه لم يعذّب في قبره
“ Sesiapa yang mati kerana sakit pada perutnya tidak akan diazab di kubur.”
(H.R. Tarmizi: no. 984)

4. غريق
رواه مسلم “الشهداء خمسةٌ: الشهيد في سبيل الله أي المقاتل في سبيل الله والمطعون والمبطون والغريق وصاحب الهدم
Nabi saw bersabda “ Syahid itu ada lima 1. Syahid yang berperang dijalan Allah 2. Mati kerana ta’un 3. Mati kerana sakit di perut 4. Mati kerana tenggelam 5. Mati kerana runtuhan. Hadis sahih Muslim

5. Mati kerana kebakaran
قال رسول الله (ص) :والحرق شهيد
(H.R. Imam Malik dalam Muwata’: no. 493

6. wanita mati melahirkan anak
والنفساء في سبيل الله شهيدة
Hadis sahih dalam kitab kanzul ummal
قال رسول الله (ص) :والنفساء يجرها ولدها بسرره إلى الجنة
(H.R. Ahmad: 15426)

7. المقتول دون ماله mati mempertahankan hartanya dari dirampas
وأخرج أبو داود والترمذي من حديث سعيد بن زيد مرفوعا من قتل دون ماله فهو شهيد
“ Siapa yang terbunuh mempertahankan hartanya dikira syahid.”
Hadis sahih riwayat bukhari,Abu daud dan Tirmizi
8. Mati mempertahankan dari kezaliman
روى النسائي والضياء من حديث سويد بن مقرن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال : من قتل دون مظلمته فهو شهيد
“Siapa yang terbunuh kerana mempertahankan diri dari dizalimi dikira syahid.” Hadis riwayat nasaie

9. Mati kerana runtuhan
(صَاحِبُ الْهَدْمِ شَّهِيدُ) رواه البخاري ( 2674 ) ومسلم ( 1914 ) .
“ Orang yang mati disebabkan runtuhan adalah syahid” hr sahih Bukhari dan Muslim

10. Mati kerana ketumbuhan atau kanser pleura (selaput bawah rusuk)
(وصاحب ذات الجنب شهيد)[رواه النسائي1846]
“ Orang yang mengalami penyakit ketumbuhan di pleura adalah syahid.”
Hadis nasaie

11. Mati kerana penyakit tibi
والسل شهادة
“Mati kerana taun itu syahid.” Hadis sahih riwayat tabrani

12. Mati mempertahankan diri
ومن قتل دون دينه فهو شهيد، ومن قتل دون دمه فهو شهيد) وأخرج أبو داود والترمذي من حديث سعيد بن زيد مرفوعا
“ Sesiapa yang terbunuh mempetahankan agama dia syahid dan siapa yang mati mempertahan dirinya dia syahid.”
Hr Abu daud (4772) dan timizi. Syuaib Arnaut menghukum sahih

13. Mati mempertahankan ahli keluarga
وأخرج أبو داود والترمذي من حديث سعيد بن زيد مرفوعا ومن قتل دون أهله فهو شهيد،
“Siapa yang mati mempertahankan keluarganya adalah syahid.”
Hr Abu daud (4772) dan timizi. Syuaib Arnaut menghukum sahih

14. Mati kerana dibunuh oleh pemimpin yang zalim
جابر رضي الله عنه ، عن النبي صلى الله عليه وسلم قال : ” سيد الشهداء حمزة بن عبد المطلب ، ورجل قام إلى إمام جائر فأمره ونهاه فقتله ” ” قال الحاكم :صحيح الإسناد ، ولم يخرجاه “
“ Penghulu syuhada adalah Hamzah bin Abu Talib dan lelaki yang bangun kpd pemimpin zalim, menyuruhnya kebaikan dan menegah kemungkarannya dan pemimpin itu membunuhnya.”
Hadis sahih riwayat hakim

15. Mati kemalangan kenderaan
روى الطبراني من حديث عقبة بن عامر قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من صرع من دابته فهو شهيد
“ Sesiapa yang jatuh dari binatang yang ditunggangnya adalah syahid.”
Hadis sahih riwayat tabrani

16. Orang yang mabuk laut
ما جاء عن أم حرام عن النبى صلى الله عليه وسلم أنه قال:”المائد فى البحر الذى يصيبه القىء له أجر شهيد والغرق له أجر شهيدين”{رواه أبو داود والبيهقي. وقال شعيب الأرناؤط”حديث حسن”}.
“ Orang yg mabuk laut mendapat pahala syahid dan orang yg tenggelam dapat dua pahala syahid.”
Hadis riwayat Abu Daud. Syeikh Syuaib Arnaut menghukumnya hasan.

17. Mati dalam pengembaraan
موت غربة شهادة
“Mati dalam pengembaraan adalah syahid.” Hr Ibnu Majah
Ibnu Hajar dan Imam Bukhari mengatakan huzail perawi hadis ini adalah munkar. Tidak boleh dijadikan hadis ini sebagai hujjah dan kelebihan amalan kerana sangat lemah.
18. Orang yang membaca zikir tertentu pd pagi petang
“من قال حين يصبح ثلاث مرات: أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، وقرأ ثلاث آيات من آخر سورة الحشر، وكل الله به سبعين ألف ملك يصلون عليه حتى يمسي، وإن مات في ذلك اليوم مات شهيداً، ومن قالها حين يمسي كان بتلك المنزلة”.


“ sesiapa yg membaca 3kali pd waktu pagi أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم، dan membaca 3 ayat terakhir surah alhasyr Allah swt akan menghantar 70ribu malaikat yg akan mendoakannya sampai petang, sekiranya mati pd hari itu dia akan mati syahid. Siapa yg membaca ayat ini waktu petang akan mendapat kelebihan yg sama.”

Hadis tirmizi dgn sanad yg lemah. Boleh diamalkan hadis ini sebagai kelebihan amalan kerana ia tidak terlampau lemah.
Salman maskuri : Pkl 12 mlm hari selasai 13/3Alhamdulillah selesai mencari dan mengkaji hadis2 tentang syahid akhirat serta kedudukan hadis ini. 1 hingga 15 didokong hadis sahih atau hasan. Hadis 16 ulama bersilisih pendapat tentang sanadnya. Hadis 17 sangat lemah dan yg ke 18 lemah

http://darulilmi.org/2013/03/13/499/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej