Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, February 7, 2018

DAP langgar perjanjian

AyobHussin Pulau Keramat KUALA LUMPUR: Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mendedahkan bahawa Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang bersama-samanya dalam perikatan pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional, yang sebenarnya telah melanggar persetujuan bersama dalam pakatan pembangkang itu.

Beliau berkata, ketiga-tiga parti dalam pakatan itu sebelum ini telah bersetuju untuk memberikan hak kepada Kerajaan Pas Kelantan bagi melaksanakan hukum hudud di negeri berkenaan.

Persetujuan itu, katanya, telah ditandatangani oleh beliau sendiri bersama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Encik Lim Kit Siang.

"Akhirnya dia bersetuju buat kenyataan bersama. Itu hak Kelantan. Adapun DAP tak setuju, itu hak DAP. Ikut pandai kamu lah, itu hak kamu, itu maknanya.

"Nak laksana syariat, ini hak Kelantan. Dia setuju dan tanda tangan surat. Saya sign. Datuk Seri Anwar sign (tandatangan). Lepas itu Lim Kit Siang pun sign surat itu. Disebar dalam surat khabar beberapa tahun dulu.

"Tiba-tiba sampai masa kemuncak, kita nak bawa di Kelantan, dia (DAP) bantah lagi. Dia buat satu langkah yang keras, kalau sekiranya kita bawa juga, dia nak keluar dari pakatan pembangkang. (Kita) kata keluarlah, keluar. Kita tegas dengan pandangan kita," katanya.

http://www.beritaharian.sg/dunia/hadi-dap-langgar-janji
Manage
ReplyRemove Preview2m

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej