Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, February 6, 2018

UG ke ni..sebijik mcm TGHA sarankan


** UG ke ni..sebijik mcm TGHA sarankan !!! * 😜😜😁
PERCUBAAN PERTAMA MAHATHIR MENIRU IDEA KERAJAAN PERPADUAN (UG) HADI AWANG UNTUK TARIK UNDI
Setelah sekian lama kita tidak mendengar cerita idea Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, hari ini page rasmi DAP menyiarkan berita tentang Mahathir yang menyatakan bahawa "HARAPAN akan libatkan pembangkang pilih pegawai tinggi kerajaan".
Dahulu TGHA telah mengemukakan idea ini dimana kerajaan dan pembangkang perlu bekerjasama dalam mentadbir negara dan mengenepikan perbezaan pendapat untuk kepentingan rakyat.
Namun tanpa berfikir panjang DAP terus menolak idea ini dan menuduh PAS sebagai pengkhianat. PAS dituduh cuba wujudkan Kerajaan Perpaduan dengan Umno sedangkan dengan jelas Presiden PAS telah nyatakan tidak akan buat kerajaan perpaduan dengan UMNO tanpa persetujuan DAP dan PKR. Walaupun UMNO terkinja-kinja memujuk PAS namun, Presiden tegas. Tiada Kerajaan Perpaduan tanpa DAP dan PKR. Idea ini terpaksa disimpan bagi menghormati pandangan rakan Pakatan ketika itu.
Namun kumpul pengkhianat dalam PAS yang di ketuai Khalid Samad terus menerus memfitnah PAS dan menyebarkan cerita bahawa pimpinan PAS mahu bergabung dengan Umno. Sedangkan pemimpin PAS hanya berbincang untuk memaklumkan pada UMNO yang PAS tidak akan tinggalkan PR. Akibat fitnah ini, DAP dan PKR serang PAS hingga menyebabkan Pakatan Rakyat dibubarkan.
Hari ini, bila Mahathir menyuarakan hasrat ingin membuka ruang kepada pembangkang untuk terlibat dalam melantik pegawai tinggi kerajaan, mereka terus bersetuju pula. Siap tolong promote lagi.
Bukankah ini sebahagian dari idea Kerajaan Perpaduan yang memberikan ruang pada pembangkang menyertai kerajaan dalam mentadbir negara. Mahathir sendiri sebut;
"" jika kita menjadi kerajaan, kita akan alu-alukan pembangkang untuk bersama dalam urusan kerajaan. Kita berharap (anggota parlimen) dapat mengesahkan kelayakan (calon) untuk jawatan tinggi ini,"
Beliau turut berkata, antara pelantikan yang akan melalui proses itu adalah ketua polis negara dan peguam negara. Malah beliau turut tawarkan jawatan Ketua Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) untuk disandang oleh Pembangkang.
Nampaknya Mahathir sudah pandai meniru idea TGHA untuk menarik sokongan, walaupun kita tahu yang apa dicakapkan itu adalah janji-janji palsu.
Kita lihat sahaja cara beliau uruskan PPBM, siapa yang dia suka akan Naik dan yang dibenci akan dipecat.
Selain itu, bila berlaku pergeseran kerana perebutan kerusi di Selangor, beliau dengan selamba minta ahli PAN, PKR dan DAP jangan beri kesetiaan pada parti masing-masing tapi fokus beri setia pada PH yang beliau Pengerusikan. Maknanya setia pada dia seorang sahaja
Memang bagus kalau benar beliau cuba meniru idea Kerajaan Perpaduan tu kerana idea itu bakal beri manfaat kepada semua. Namun, sejauh mana rakyat mahu percaya janji politik ini kerana DAP lah antara pihak yang paling kuat menentangnya kerana mereka lebih suka mengunakan pendekatan agreasif "Malaysia Malaysian".
Nampaknya, mereka sebenarnya terdesak untuk mencipta idea ini kerana mereka sebenarnya tidak yakin dapat membentuk Kerajaan dengan majoriti 2/3. Mereka mulai sedar bahawa prospek Kerajaan campuran sama ada bersama PAS atau BN akan berlaku dan mereka perlu mengunakan idea Kerajaan Perpaduan ini untuk berkuasa.
Saya tidak terkejut jika selepas ini keluar pula Idea untuk melantik ahli parlimen parti pembangkang memegang potfolio sebagai Menteri atau Timbalan dalam pentadbiran negara sebagai langkah mendapatkan kuasa.
Kita tahu Mahathir hanya benci Najib. Tetapi tidak kepada pemimpin dan ahli umno yang lain. Malah tidak mustahil beliau akan Cuba gabungkan PH dan BN tanpa Najib jika PAS menolak kerajaan campuran. DAP, PAN atau PKR pasti tidak akan menolak peluang itu kerana mereka akan berpeluang menjadi Menteri Kabinet juga.
Apa pun jua, satu persatu idea TGHA mulai diterima pakai oleh orang-orang yang dahulunya begitu keras menolaknya. Beginilah hebat dan tajamnya pemikiran TGHA yang berfikir jauh kehadapan. Malah beliau juga mempromosikan idea wawasan akhirat dan mahu melihat semua parti politik mengamalkan politik matang dan Sejahtera.
Kita doakan PAS menang banyak kerusi dalam PRU-14 dan PAS boleh memimpin untuk membentuk Kerajaan yang memberikan kesejahteraan kepada rakyat bersama parti-parti lain yang bersetuju dalam Gagasan perjuangan ini
Herman Samsudeen
Kuala Lumpur
6 Februari 2018

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej